Hari ni rupanya ada perlawanan antara Harimau Malaya dengan Liverpool. Saya tahu pun bila tengok wall FB kawan-kawan naik status pasal bola. Ada jugak gambar kawan yang bersemangat sampai pergi stadium.
Saya...?? Dah habis game baru sedar. haha. Nampak benar tak berminat langsung nak tahu.
Apa yang saya tahu. Saya dah sampai Liverpool. Melawat seorang kakak yang sedang melanjutkan Phd sebelum pulang ke Malaysia. Terima kasih Kak Nina untuk layanan istimewa sepanjang saya di sana.
Liverpool terletak di utara England. Perjalanan ke sana mengambil masa 5 jam menaiki bas dan 3 jam dengan keretapi.
Bandar Liverpool kecil sahaja. Sehari pun cukup untuk berjalan. Bandar dan Anfield Stadium untuk peminat Liverpool. YNWA. eceeh. ;)
Masa di bandar Liverpool saya jalan sendiri selepas Kak Nina belanja makan waffle dan coklat panas. Gambar klik sini.
Petang tu Kak Nina kena masuk bekerja. Maka, bermulalah perjalanan seorang diri melihat bandar Liverpool.
Tengah seronok nak tulis blog. Adik lelaki nak guna laptop pulok. Laptop sendiri masuk klinik.
Nanti saya sambung ya. ;)
2 comments:
comelnya buih dlm sungai
cantik gambar yg irma ambik..dah lah terror masak ambik gambar pun berbakat :)
Post a Comment