Sunday, February 10, 2008

Bestnyer Soping..!

Hari nie genap seminggu berada di kota London…ehm,cuaca walaupun panas terik tapi tak bermakna peluh akan mengalir… Angin sejuk tetap ada..nak keluar umah kena jugak pakai kot dengan stokin…bagi penduduk London hari nie la dorang keluar kononnya esok2 tak tahu lagi nak dapat tak matahari yg sepanas macam hr nie…
Ehm… hari nie jugak saya berpeluang jalan2 cari sweater dan coat dengan kak ct..jadi pagi tadi lepas breakfast kitorang pun keluar berdua..keluar je dari Battery Road jalan dah sesak..kat sini kalau hari Sabtu memang sesak..warga London mengambil kesempatan utk ’shopping’…rasanya kalah la jam kat kl..kalau ikutkan bukannya jauh pun town yang kitorang nak pegi..tapi dah adat dorang macam nie..jadi nak tak nak kena la SABAR..keta kat sini kebanyakkan AUTO..jadi tak la penat kaki nak tekan clutch..sampai je kat town,kitorang pun mulalah start cari kedai nak beli sweater…dalam dok cari kedai baju,saya dah kesejukan..gigi dah terketar2..tapi tahan jer…sekarang kebanyakan kedai dia buat clearance stock..jadi murah la jgak….
Dalam dok jalan2 tue nampak la macam2 gelagat orang London nie..satu yang menarik hati ialah ada sorang lelaki nie bercakap je…tapi takde pun orang dengar..kak ct cakap kat sini tak kisah kita nak cakap..cakap la apa pun…bebas untuk bersuara… kedai pertama kitorang masuk adalah MARKS & SPENCER..yang nie bukan main outlet dia..just cawangan saja..ehm,masuk2 bukan tengok baju..korang pun tau kan..mestilah tengok harga… he…he…he…boleh tahan jugak la harga..cari punya cari ada yg berkenan tapi takde saiz..dalam dok cari baju sempat lagi usyar kasut…he…he…teringat kat ami…mie,kasut kat sini cantik2..kalau but tue jangan cakap la…bergantung2..sebelah dengan kasut pulak ada handbeg..lagi la sesuwei kalau awak yang datang….he…he..he..kalau tengok kasut memang best..gerenti ada saiz..tapi hari nie bukan nak cari kasut..jadi lain kali la kalau nak beli pun..
Dah takde kat sana,kitorang pun cari kat kedai lain..nama kedai tak ingat..ada saiz tapi tak praktikal pulak…warna pun dah cun..kuar lagi cari kedai lain..kedai yang ketiga ingat nama..PEACOCK namanya…haaaa,kat sini jumpa yang sesuwei dengan citarasa dan ada saiz…harge pun ok la L 10..dah dapat sweater..pastu cari pulak kot..kalau pk2 balik memang malas nak pakai..tapi dah adat,dok negara yang sejuk nie,nak tak nak kena la jugak ada..cari punya cari…alhamdulillah,jumpa la kot…ehmmm,kalu tak datang London,rasanya sampai bongkok 2 pun tak merasa pakai kot yang selalu dok tengok orang pakai dalam tv…he…he..he…
Dah jumpa kot dan sweater,kak ct tanya nak beli tak tshirt dengan seluar…ei,cukuplah setakat sweater dengan kot..lain kali la pulak…SEGAN..!

Habis je beli sweater dengan kot,kitorang singgah kat SAINBURRY’S.. supermarket cari bahan nak buat lasagna esok..dalam dok cari barang2 nak buat lasagna kak ct beli jugak pizza dengan garlic bread untuk tengahari…bila dah makan pizza,lambat la sikit masak nasi…jadi esok boleh la belajar buat lasagna….yuuummmmy!!

No comments: