Thursday, May 22, 2008

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum…

Salam sayang buat semua yang sudi membaca…

Hari dah larut malam sebenarnya. Sekarang dah pukul 12.12 tengah malam. Badan dah penat sangat sebenarnya. Tapi mata tak mengantuk. Jadi nak tunggu mata nie mengantuk,saya tulis sekejap cerita-cerita yang boleh dikongsi sepanjang hari-hari yang berlalu.

Semalam dan hari nie saya perlu hantar dan ambil anak-anak di sekolah. Kak ct ada kursus di Central London. Pagi tak perlu hantar sebab anak-anak tumpang mak Ruby..Selamat la sangat-sangat. Kalau tidak, saya perlu berulang alik 6 kali ke sekolah. Jadi tolak pagi, saya perlu ke sekolah sebanyak 4 kali. Tengahari dan petang. Bas kat sini tak de masalah sebab setiap 10 minit sekali. Yang menjadi masalah ialah push chair hanya dibenarkan 2 sahaja dalam 1 bus. Jadi masa balik dari ambil anak-anak, kami perlu tunggu sampai sejam. Nak tunggu bas yang kosong atau ada 1 ruang untuk kami masuk dengan push chair. Semalam anak-anak mengadu lapar. Saya tak bawak apa-apa ingatkan sekejap je. Sian tengok dorang. Biskut yang sekeping dikongsi berempat. Maryam sampai menangis-nangis ingatkan ada lagi biskut. Hari nie saya dah sedia. Macam-macam bekal yang saya bawak. Biskut, Alpen, gula-gula, limau. Semua cukup. Nak jadi citer hari nie pun macam semalam. Kena tunggu sampai bas yang ke-4 baru kami boleh naik. Nasib ada bekal, kira kami berkelah sementara tunggu bas datang.

Tadi...dalam dok check email dan update friendster. Tetiba kawan saya Ajib masuk ym. Terkejut gak. Dah la halimunan. Rupa-rupanya dia keja shift malam. Banyak jugak yang kami cerita. Termasuk la cite dia dah bertunang. Dah nak kawen bulan 8 nie. TAHNIAH AJIB…!

Cerita fateh. Sian kat dia..Adus...! Sapa yang baca entry nie dia tau la..he..he..2 hari berturut-turut jatuh. Hari Isnin jatuh dari katil bilik saya. Sekelip mata ja. Saya nak masukkan baju dalam almari. Pusing-pusing tengah susun baju dengar bunyi benda jatuh..gedebuk..! Ya Allah..Fateh jatuh..kepala dulu..nak pengsan saya..selawat dan mengucap tak payah cakap la. Dia pulak menangis siap mengelupur lagi. Saya sapu muka dia dengan air. Bagi minum. Ok tak de pape,alhamdulillah.
Nak jadi citer semalam pun jatuh jugak. Nie fatimah pulak. Dok main acah-acah dalam buai masa kawan tue nak tido. Buai letrik tak payah enjut. Tapi dia dok kacau jugak fateh. Tetiba jatuh dengan buai-buai sekali. Saya pulak kat dapur tengah masak. Dengar Syakirah panggil. Nak kata apa dah. Angkat fateh pujuk je la. Hari nie terus demam. Tak sihat..

Last sekali. Dalam dok ghalit dengan tenet. Tetiba terkeluar novel2 terbaru di Malaysia. Waaa…rindunya nak baca. Cari punya cari..ada banyak jugak la yang best2…ehm..Macam nak suruh je mak beli bagi kat Dr Borhan atau kak nab…dorang nak balik mesia…he..he…

Esok sehari je lagi anak-anak bersekolah. Lepas nie CUTI…best-best. Nak jalan2..he..he..
Yang penting nak p CAR BOOT SALE..he..he…nak p Central London tak tau la jadi ke tak…tgok la..
Ok..panjang umur kita jumpa lagi..
Jaga diri baik-baik..
Wassalam…

No comments: