Sunday, August 3, 2008

Seronoknya London


Assalamualaikum…

Salam sayang dan rindu buat semua. Diharapkan semuanya berada dalam lindungan Allah terutamanya mak tersayang. Saya rindu mak..! memang rindu sangat-sangat. Dah melimpah ruah. Minggu nie je asyik teringat kat mak. Dah lama tak cium dia. Bila dihitung kembali dah masuk bulan ke 7 saya berada di London nie. Alhamdulillah, Allah sentiasa menjaga saya. Melindungi saya. Memberi kekuatan pada saya untuk terus bersyukur dengan nikmat-nikmat yang di beri. Alhamdulillah, moga-moga Allah sentiasa menjaga hambaNYA ini walau di mana berada. Moga-moga saya juga sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Ameen..!

Ehm, ramai yang bertanya. Kawan,anak murid,sepupu. Best ke kat sini..? Mula-mula dulu memang excited. Jawapan yang meluncur di bibir.

BEST..BEST...BEST sangat..

Tapi bila dah lama. Adakalanya jawapan yang diberi ialah BORING la.

Jadi, sekarang saya nak kongsi apa yang best dan tak best kat London nie.

Kita citer yang best dulu la kan..


Apa yang saya suka kat London nie ialah…


  • Taman - Kat sini memang banyak taman..taman dia mmg di jaga dgn baik..kalau cuaca elok..kita akan jumpa ramai org melepak di taman…jalan2 di taman mmg mengasyikkan..ralit..tenang..


  • Langit membiru - Saya suka tengok langit. Bila cuaca cerah, langitnya bersih. Warna biru yang sangat cantik. Saya tinggal di South West London. Dekat dengan airport city. Memang tempat laluan kapal terbang naik dan turun. Tapi saya lebih suka tengok kapal terbang yang lalu jauh di dada langit. Kalau kena gaya kadang-kadang boleh sampai 10. Ralit sangat tengok mereka membelah awan.
  • Sungai Thames - Rumah saya dekat dengan Sungai Thames. Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai. Selalu kalau cuaca baik, petang-petang kalau ada masa kitorang akan jalan-jalan untuk tengok matahari terbenam. Duduk melihat air sungai surut. Melihat burung-burung bermain di gigi air. Mendengar bunyi angin dan air. Sangat seronok.


  • Pengangkutan - Di sini tiada masalah tentang bas lebih-lebih lagi dalam hal pengangkutan awam. Sangat sistematik. 10 minit sekali bas sampai. Dah tue lalu semua ceruk jalan. Pernah sekali nak ke Lewisham. Sejam lebih baru sampai. Memang sistematik betul. Kadang-kadang ternampak juga, bas kosong pun mereka jalan. Kalau tube pula memang tak dinafikan, macam-macam line ada. TOL..! buat pengetahuan semua, kat sini tak de tol.. TIADA..! kecuali ada la 1 dan 2 tempat yang ada tol. Tapi tak pe ada jalan alternatif..


  • 4 musim - Saya dah merasa 3 dari 4 musim yang ada. Sejuk, bunga dan panas. Yang belum rasa ialah musim luruh. Kita akan nampak perubahan pokok. Dari botak takde daun sehingga la berdaun atau berbunga dan akhirnya luruh. Masa salji best sebab saya tak pernah pegang salji. Memegang ais di dalam peti sejuk bukan dikira salji okey. HAHAHA. Tue pun sempat rasa sikit. Belum lagi sampai yang lebat. Insyaallah moga lepas nie saya di beri peluang untuk merasai nikmat Allah ini.


  • United Kingdom - Negara nie sendiri sebenarnya memang saya suka. Apa yang ada kat sini seperti bangunan, istana, tempat-tempatnya. Semuanya memang ada keistimewaan sendiri. Nak cerita memang banyak. Kita cerita perlahan-perlahan okey.. Mana tempat yang saya pergi akan saya buat entry lepas balik dari sana.


  • Car boot sale - Sapa-sapa pun akan suka shopping. Tapi untuk shopping di London memang la tak mampu. Tak kena dengan bujet gaji saya. Boleh cuci-cuci mata aje la kalau masuk shopping mall sini. Melainkan kalau ada sale. Baru la boleh kot. Tapi tak penah lagi kena sale kat sini. Nanti-nanti la kan. Balik cerita car boot nie. Kebanyakkan barang-barangnya 2nd hand. kalau kena gaya ada juga barang baru. Kita kena pandai pilih. Adat orang putih mereka tak suka simpan barang-barang yang tak boleh dipakai. Bila dah tak berguna mereka akan jual. Kalau pandai pilih memang nampak baru. CBS nie tak de slalu. Dia ada masa musim panas je. Kena pula akhi fauzi memang kaki CBS. Kalau cuaca elok selalu gak kitorang g.


  • Kanak-kanak - suka tengok anak-anak sekolah. Macam-macam bangsa ada. Ada sorang namanya Ilaf. Anak arab. Cute sangat. Mata biru. Setiap kali hantar maryam ke nursery, dari jauh dia dah nampak saya datang. Dia akan tunggu dekat pagar. Bukan sembang apa pun. Cuma senyum. Kadang-kadang dia tunjuk lukisan yang dia buat. Tanya makan apa lunch pack tadi. Pastu dengar dia cerita pasal sekolah. Layan je la…!


  • Londoners - Ehm, ok la..friendly. Baik hati. Gentleman. Tapi tak semua. Ada juga yang sombong. Kalau yang muslim bagus. Kalau kita kat Malaysia lelaki bagi salam kita kata gatal. HAHAHA. Kat sini bila lelaki beri salam bermakna salam sesama muslim. Pernah sekali dalam tube, seorang lelaki beri salam pada Fatimah dan Syakirah. Kuat bunyi salam yang dihulur. Mungkin sebab susah nak jumpa orang Islam. Jadi bila salam di beri memang kita rasa seronok. Sebab jumpa orang muslim.


  • Internet - LAJU. Berbanding dengan Malaysia yang selalu membuatkan saya 'hangin' kalau ke CC. Pernah sekali dalam masa sejam langsung tak boleh buka email. Sangat-sangat marah dalam hati. Tak pasal-pasal kena bayar rm 2 selepas diskaun. Dekat sini boleh buka 6 page tanpa perlu 'hangin' satu badan okey. Ayat berlagakkah ini. Berlagak sikit je. HEHE. Disebabkan terlampau laju. Amboi, ayat.. tak kuasa nak gelak..! dalam masa 5 minit dah boleh habis baca satu entry. Laju kan..! movie, drama..bla..bla..blaa.. Jangan cakap la ye. dekat Malaysia saya tak pernah tengok AF langsung. Tapi kat sini sampai diari AF pun tengok. Okey, cukup jangan berlagak sudah. HAHAHA.


  • NOMI - adalah perkhidmatan panggilan antarabangsa yang sangat murah. Err, telefon rumah lagi murah tapi tidak sesuai untuk digunakan sesuka hati. Bayangkan seminit 5p sama dengan 25 sen. Lagi murah dari panggilan hp di Malaysia. Kalau bergayut tu memang la tak ingat yang sebenarnya saya ni jauh dari Malaysia. Sampai ada kawan-kawan risau takut kredit saya habis. HEHE.
  • Majikan yang BEST - Ini lah yang paling seronok sebenarnya. Bekerja dengan majikan yang tidak cerewet. Kalau nak cerita memang tak habis. Tapi ini lah buktinya. Salah satunya saya diberi kemudahan internet untuk berhubung dengan dunia luar. Yang lain biar saya je la yang menikmatinya. Anda sendiri dapat merasainya kan. Saya tahu.

Ok lah. Kalau nak senaraikan semua memang banyak. Nanti ada yang cakap, amboi macam la best sangat duduk London. Cuba anda perhatikan drama melayu di Malaysia, selalu memberikan contoh London kalau nak bercuti atau shopping. Tak ke memang best tue. HAHAHA.

Sayang anda semua..

No comments: