Tuesday, September 28, 2010

Jalan-jalan Nak Cari Macaron.

Assalamualaikum wbt.


Macamana dengan raya korang? Masih banyak ke jemputan makan yang diterima. Bestkan. Dapat makan free. Kat sini dah takda jemputan. Nak makan kena masak sendiri. Macam hari Khamis lepas, dek kerana tak puas makan nasi impit dan kengkawan. Kak Ct pun masak sekali lagi kuah lodeh dan kuah kacang. Saya masak nasi impit dan rendang. Sedap sampai boleh makan berulang-ulang. Korang boleh? :D

Hari Sabtu pulak ada tetamu dari Malaysia sampai. Tak putus rahmat Allah berikan pada Kak Ct sekeluarga. Paginya selepas sepupu akhi Fauzi balik. Malamnya bersambung dengan pelajar dari Ireland yang singgah satu malam sebelum meneruskan perjalanan balik ke Ireland.

Saya pernah cadangkan suruh Kak Ct buat buku pelawat. Boleh tahu siapa yang datang ziarah rumah dia. Memang tak putus. =)

Sementara ada tetamu, saya pun siap bagi cadangan lagi kat dia. Ajak jalan-jalan kat London. Huahua. Sebenarnya siapa yang nak jalan ni? ~angkat kening~

Selepas ditanya tempat mana dia tak pergi lagi. Jadi saya pun buat keputusan ajak dia pergi muzium dan Harrods. Tengok... ada agenda tersembunyi di situ yang cuba bibik sembunyikan. Baca sampai habis.

Selepas solat baru kami keluar. Senang. Tak payah fikir nak berhenti solat di mana. Jalan je sampai petang. Lagi satu lega sebab tube nak ke sana takda yang ditutup untuk tujuan pembaikian. Nak kata dekat. Jauh jugaklah nak sampai. 2 jam okey. Jalan punya pasal. Sejauh mana pun sanggup ku pergi. Ewah. 




Destinasi pertama yang takkan jemu pergi sampai bila-bila. Muzium. Sampai je kat simpang terowong nak keluar dah terbau aura muzium yang sangat best. Tambah lagi aura musim luruh dengan daun yang dah mula berguguran. Alahai. cantiknya.


Sebelah dengan muzium ada taman rama-rama. Kecil ja. Kita ambil gambar je dulu. Masuknya kena fikir saploh kali. Enam pounds boleh beli macam-macam. Teringin tapi tangguh dulu. Kalau ada rezeki satu hari nanti saya masuk juga. Itu pun kalau ada lagi lah kan. Tak pun, kat Malaysia pun ada Taman Rama-Rama. Lagi besar kot.


Ini taman dalam Victoria & Albert Museum. Sebelum ni tak pernah masuk pun. Rupanya tak rugi pun masuk. Ada taman yang cantik kat dalam. Ramai yang datang dan duduk melepak kat kolam. Lagi-lagi cuaca hari tu cerah dan nyaman sahaja.


Kat tengah kolam tu ada binaan macam roda basikal. Saya tak tahu nak cerita macamana. Baca pun tak habis papan info dia. Abaikanlah eh.


Bangunan lama yang masih terpelihara. 


Sekarang London menggalakkan penduduknya menggunakan basikal untuk ke mana sahaja. Oh, bukan free. Harus dibayar lorh. Yang penting jalan lebih baik. Baik untuk kesihatan. 


Dalam perjalanan nak ke Harrods akan lalu kedai ni. Sebelum ni saya segan (betul la) nak ambil gambar. Masa ni pulak saya tunjuk kamera terus dia posing. Apa lagi, peluang jangan ditolak. Snap je lah satu keping pun. Comel kan dia.


Tu diaaaaa. Dah nampak dari jauh tempat yang dituju.


Harrods, Knightsbridge, London.


Eh... eh... dah panjang pulak entry ni. Saya sambung entry baru la eh. =D



2 comments:

nieda said...

best dpt jln2...muzium mmg tempat menarik untuk dilawati. shoping lagi BEST.hehe

salam aidilfitri. Kalau kt mesia selagi dlm bln syawal byklah open house terutama kalau yg duduk kt bandar

Fazlinil Irma said...

salam aidilfitri juga buat nieda..

shopping tempat lain. utk bujet murah mcm sy. hihii. kalau london ni sy suka jalan-jalan..