Friday, October 22, 2010

Testing... Testing... Say Cheese..!

Assalamualaikum wbt.

Semalam selepas tiga hari membaca review tentang kamera idaman. Petang tadi kamera pun sampai. Suka sangat. Alhamdulillah. Saya beli online. Order petang semalam. Hari ni sampai. Cepatkan servis dorang. Kamera pertama dulu pun beli dengan syarikat yang sama.

Memandangkan model-model saya tak nak bergambar hari ni. Saya pun carilah apa yang boleh dijadikan objek untuk menembak. Klik... Klikk. 

Teringat semalam saya singgah M&S saja cuci mata. Nampak pamplet percuma kat kaunter. Apalagi, sambarlah satu. Nampak muka depan gambar bunga cantik. Belek-belek dalam lagilah cantik. Dalam kepala dah keluar idea menarik. Ting..! Nanti senanglah kalau nak hias bunga sendiri. Tengok gambar pastu pandai-pandailah susun sendiri. Best kan..! :)

Model-model ni tak payah dah suruh senyum. Letak je. Pandai-pandailah saya yang posingkan.


Autumn flowers & gift delivered


















Bestkan. Tengok gambar-gambar bunga ni. Saya yang tengok pun teruja.  Mulalah berangan. Seronok kalau dapat gubah bunga-bunga ni. Kat sini saya tak jumpa lagi bunga plastik macam kat Malaysia. Err... tak tahulah kalau saya yang tak habis ronda. :P Biasa saya jumpa bunga segar ja. Jual kat tepi jalan. 

Psssttt... ada beza tak kualiti gambar dengan kamera lama? ;D


9 comments:

K-Addicts said...

saya admire betul life kat tempat matsaleh ni..they appreciate fresh flowers in their daily life.bersinar-sinar mata saya tengok bunga-bunga ni. lucky you get to see them there easily. tahu2 la kat mesia ni fresh flowers are not cheap!bunga sejambak yang koman-koman pun dah buleh beli nasik untuk seminggu agaknya.

saya memang penyuka bunga. Yang segar.lepas ni buleh la menangkap banyak lagi gambar bunga-bunga yang real kat sana. Jangan malas2 tau. New toy dah dapat.Haha..

*sila maafkan saya yang sesuka hati mengomen seperti membuat entri kat blog awak. Hihi...Love reading yours!

Anonymous said...

ko beli kamera ape?
amek la canon G10..terbaeekkk!!!-aminuddin aki-

shafida said...

wah..dah beli baru...
kat luar negara ada jugak yer beli kamera online?
kalau kat malaysia...rasanya balum lg kot...risau juga..tkt sampai2 aje dh rosak.

irma beli jenis apa.....

nk tnyala..kalau kamera LUMIX DMC-TZ10 (Panasonic) berapa kat sana..kat malaysia (dalam rm 1400)

Ummu~Ishak said...

gambar yg kedua dari bawah tu comel sangat bekas bunganya.

eLLy said...

Kat msia klu nak cari bunga ros & bg taik ayam senang la jumpa ;p

Fazlinil Irma said...

K-Addicts..

yup.. sini dorang ada bunga segar ja. kalau ikut duit sini mmg murah. 45 pounds.. 35 pounds.. tapi bila convert dgn msia sama je. maybe lagi mahal kot. hehe.

baiklah kita ada bunga plastik. sekali beli boleh tahan sampai bertahun-tahun. ;)

oh. musim bunga dah habis. kalau awak baca entry bulan 3-5. ada la sy letakkan gambar-gambar bunga. skrg dah masuk musim luruh. ambik gambar daun ja.

oh.. sy pun dah balas komen mcm tulis entry. haha.

terima kasih kerana sudi membaca.

amin.. aku beli powershot sx210is. G10 sudah takde kot. Ganti dgn G11/G12. itu model sudah lari bujet lorhh.. haha. nanti balik msia aku pakai dslr abang je. ;)

shafida.. kat uk ni semua company ada online website. senang kalau kita sibuk tak sempat nak p shopping. atau org yg duduk rumah ja. klik2 dah boleh beli. berani dorang hantar barang rosak. kalau mcm tu dah lama company tu bungkus tikar. hehe.

model tu dalam RM1000 ja. tak termasuk aksesori lain.

kalau awk nak tengok. pi kat website ni. www.camerabox.co.uk

ummu.. awak pun boleh buat sendiri. mahunya lagi cantik.

kak elly..malaysia berbangga dgn bunga raya. bunga kebangsaan tu oo.. hehe

fa10 said...

salam Irma...
sudah lama akak menyepi, kini kembali ke dunai blog... x tahu la brp lama blh bertahan ni..
slr tu dah jual ke? tp susah juga ada slr ni, berat nak usung

Fazlinil Irma said...

wsalam..

akak dulu pun sy pakai canon powershot je. ni sy upgrade sikit. beli yg MP besar. kamera cikai ja pun.

dslr mmg berat. pernah cuba. lenguh tengkuk nak usung. hehe

Nadiah Sidek said...

murah tak kamera kat sana?