Monday, January 17, 2011

Bangkai Ayam.

Assalamualaikum wbt...


Hari ini cerita kita bertemakan ayam ye. Bayangkan kononnya korang semua berada di pasar ayam Chow Kit. Nak beli ayam.


Cerita bermula.


Semalam semasa kursus seorang Pegawai Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi cerita.

Pegawai  : Kamu tahu tak, ayam yang kamu makan setiap hari tu disembelih macamana?

Mestilah sembelih pakai pisau. ;P

Pegawai : Untuk kawasan Lembah Klang pembekal-pembekal ayam perlu menyembeli 10 ribu ekor ayam bagi memenuhi permintaan pembeli setiap hari.

Oh men...! banyaknya.. itu baru Lembah Klang ya kawan-kawan. 1Malaysia berapa banyaklah agak-agaknya. Tu tak masuk lagi cuti sekolah yang selalunya ramai betul nak kawen.

Sempat ke ayam tu membesar dengan sempurna..??

Sambung cerita.

Pegawai  : Bagi seekor ayam yang disembelih mengikut kaedah Islam, ayam tu memerlukan 3 minit untuk mati selepas terkena pisau yang tajam.

Kalau ayam degil tak ke lebih dari 3 minit nak mati. haha. Ada ke ayam degil. Nama je mantan anak tokey ayam. Sekali pun saya tak pernah tengok abah sembelih ayam. ;)


Pegawai : Jadi cuba kamu bayangkan. Sempat ke 10 ribu ekor ayam tu nak disembelih dan kemudiannya ditunggu sehingga ayam tu betul-betul mati. Kamu agak dia guna apa untuk mencepatkan proses kematian ayam tu?


Semua peserta diam tak menjawab. Ngeri pun ada gak.


Pegawai  : Bagi mempercepatkan proses, mereka masukkan ayam yang disembelih ke dalam rebusan air panas. Jadi kamu semua selama ni makan ayam apa?


Masa pegawai tu tanya, muka dan mata dia pandang ke arah saya yang duduk di hadapan barisan sekali. Alamak, nak kena jawab ke? Dalam kepala memang dah ada jawapan. Takut betul atau tak je.

Secara spontan saya pun terus menjawab, " BANGKAI "


Pegawai : Haaaa... tahu pun. Kamu semua makan bangkai.

Semua orang diam. Loya agaknya memasing.


Kemudian pegawai tu sambung cerita pasal restoren mamak 24 jam. Tentang kebersihan pekerja-pekerja. Tentang mereka yang sebenarnya bukan Muslim bila disuruh mengucap tak tahu. Apatah lagi membaca Al-Fatihah. Kedai yang bergantungan ayat-ayat Al-Quran diletakkan untuk mengaburi mata pelanggan.


Oh.. jangan kata saya memandai-mandai buat cerita ya. Ini cerita dari Pegawai Kesihatan KKM yang didengar oleh 100 orang peserta kursus semalam.


Balik rumah saya ceritakan pula dengan mak. Jawapan mak buat saya terdiam tak terkata apa. " Baru tahu ke? Tu sebab abah tak suka makan ayam segera. Dia boleh tahu ayam tu disembelih atau ayam mati. Tu kat pasar Chow Kit dulu ada kedai makan yang jual semangkuk sup penuh dengan isi-isi ayam. Awak ingat ayam apa tu? Tu semua ayam bangkai yang mati atau ayam langgar. Tu pasal dorang jual semangkuk RM3 saja. Kalau goreng ayam, ada lagi darah yang mengalir walaupun dah goreng lebih dr 5 min dengan api yang kuat. Tu maknanya ayam tu mati tak sembelih la."


Sejak dari semalam saya bukan setakat terdiam malah lebih percaya dengan cerita mak apatah lagi sudah dibuktikan lagi dengan cerita (pengakuan) dari Pegawai Kesihatan sendiri.


Satu lagi. Memang jelas ayam di Malaysia berbeza dengan ayam yang saya biasa guna untuk dimasak di London dulu. Saya kan hari-hari masak ayam kat sana. Apa yang saya perhatikan, ayam London tak ada lemak. Ada pun sikit sangat. Senang nak dibasuh banding dengan ayam Malaysia. Sekali basuh pun dah cukup. Bersih. Apatah lagi kalau basuh 3 kali.


Bagi saya, terpulang pada diri sendiri. Andai anda yakin. Boleh je makan ayam yang dijual di pasaran. Sekiranya ada rasa ragu carilah alternatif lain yang lebih selamat dan diyakini HALAL.



8 comments:

Epelijau said...

salam...
Betul tu..beli ayam organiklah irma. Senang nak basuh kerana sgt kurang lemak. Saya ni duduk di kawasan kampung jadi ada tempat org jual ayam yg memang disembelih dan diproses depan mata kita...bila kita minta baru disembelih. Halalah toyyiban insyaAllah.

shafida said...

dsalam, irma...rindu nya saya pada entry terbaru ini..lama sungguh saya masuk rumah nie, tapi iada coretan terbaru...saya terfikir tentu empunyanya begitu sibuk ziarah sedara mara atau tetamu yg datang xputus2..maklumla baru balik..heheheheh....takpun empunyanya tengah edjust jadual harian....yela..bertukar tyime kan...macammana anigin udara malaysia....?

ayam...emm...memang was-was sekaranie,kami sekeluarga kalau nak beli ayam..kali akan beli ayam iup n minta tukang sembelih tu sembelih...n cabut kat situ jugak bulunya...kita tgk sendiri ayam tu mati..insya allah....semoga kita semua bebas dari makan benda2 yang syubhah

fa10 said...

alamak?... akak suka kfc.. hukhukhuk

Anonymous said...

SALAM..
Betul tu kadang di negara ISLAM ni lg kita was2 nk makan..
klu nk beli ayam saya beli ayam al-zain..insyaallah..
ayam organik yg diusahakan oleh DR Zainol

niza et sofia said...

As salam Irma, seronoknya dah balik Msia kan. Macam2 hal sekrang kat Msia, akak balik Msia mmg jarang mkn ayam, selalu IKAN menu utama, kat UK ye lah Ikan kan mahal jadi ayam+daging tu menu biasa kan.
Kena pandai2 lah cari makan lepas ni... byk sgt org buat shortcut nak mengaut keuntungan.
Kirim salam mak Irma ye

muhamad ammar said...

KFC mempunyai sistem dia sendiri dalam memastikan kehalalanya...ayam KFC bukan disembelih mcm di pasar2..dia ada sistem yg baik..

muhamad ammar said...

salam..KFC ada sistem dia sendiri dlm pastikan kehalalanya..mungkin pegawai KKM tu pun tak tau sistem tuh..nak lebih lanjut rujuk dengan bahagian hub halal jakim.

blackcardomompods said...

Irma,beto tu,saya ingt saya sorang je yg oerasan aym uk n aym msia different taste. Rasa sedap n lembut ayam uk dr msia dan manis

Dh balik eh?rindukan uk kan,hihi.akakpun dh balik gak