Wednesday, September 22, 2010

Fruits Picking, Hewitt's Farm, Orpington, Kent.

Assalamualaikum wbt...


Ahad, lepas pergi car boot sale belah pagi hari. Petangnya memang dah plan nak pergi memetik buah. Plan asal nak pergi Garson's Farm tetapi dibatalkan sebab jauh. Jadi pergi yang dekat pun jadilah. Aiseyy. bunyi macam tak seronok ja. HaHa. 

Errr... kurang lah seronok sikit sebab tak leh petik strawberry. Masa sampai kat tempat strawberry tinggal daun je. Buahnya sudah enggak ado. Tak palah, dalam hati duk kata. 'Petik strawberry kat Tesco aje lah'. ~eden sodeyyhh.~

Kali ni tak banyak buah yang tinggal. Kira dah penghujung musim la kononnya. Yang ada pun buah epal, plum dan pear. Tu je yang saya nampak. Yang tak nampak tak tahulah kan. Ladang tu besar. Lain lah kalau ada menara tinjau. Boleh nampak semua bahagian. 
Bukan setakat buah je yang ada. Sayur pun ada macam-macam jenis yang ditanam. Saya sempat nampak beberapa jenis sahaja. Bukannya nak petik pun. Sekadar melakukan lawatan sambil mengambil gambar saja. Huahua. ;P

Meh la saya kenalkan gambar-gambar yang ada. Sebenarnya, den dah malas nak menaip. Kita tengok gambar je lah. Sambil tu sapa-sapa yang tak kenal lagi nama-nama sayur atau buah ni. Boleh la tengok.

Psttt... saya pun bukannya kenal semua. Tengok papan tanda. 'Ohhh.. sayur ni ka.' Tu belum masuk menyebut lagi.  Kang tak pasal-pasal ada yang dapat nama glamer dari saya. ;P


Bahagian satu : Mari mengenal sayur-sayuran.





















Ok. Banyak sangat gambar. Jadi tunggulah episod dua pulak ya. Masa untuk memblog dah tamat. Nak masuk ofis. Masak. Chiaauuu...

Apa pun saya tetap rindu sayur sawi masak air. Sedapnya..!

2 comments:

sweetsal said...

seronok tgk sayur-sayuran segar kt sini..nampak macam labu kundur ja, blh buat masak lemak ni..best, kalau kt mesia susah nk jumpa macam ni..

marinahunny said...

sayur sawi masak air tu mak akak suka letak isi ikan yg ditumbuj pastu gentel bulat2..