Entry khas tentang manisan yang paling mahal pernah saya makan. Barangkali memang harganya paling mahal di dunia. Sana sini orang memperkatakan tentang kesedapan macaroon. Untungnya saya dapat merasa macaroon yang dibuat di kedai asalnya. Laduree, Harrods.
Macaron atau macaroon.
Dua-dua adalah betul belaka. Kalau ditulis dengan macaron tanpa harakat. Itu adalah sebutan dari negara asalnya Perancis.
Jika ditulis dengan perkataan macaroon (baca dengan 2 harakat ye.) maknanya anda menggunakan sebutan inggeris.
Jadi tak payah nak kata sebutan ni salah atau sebutan tu betul. Dua-dua pun betul belaka.
Memandangkan saya beli di London, maka saya akan menulis sebagai macaroon. Ada harakat. Nanti bila ada rezeki lagi. Boleh beli di Paris. Saya panggil macaron. Takda harakat pulak.
Dah lama saya teringin nak merasa keenakan macaroon yang dijual di Laduree, Harrods, London. Sementelah saya masih berada di sini. Rugi rasanya kalau tak merasa. Sungguh pun pada mulanya berpinar mata tengok harga yang dibayar oleh seorang rakan blogger untuk merasa keenakan macaroon. Saya tahu harga yang dibayar berbaloi dengan rasa macaroon itu sendiri.
Pintu masuk Laduree dari Harrods. Lama saya tunggu pintu masuk ni kosong. Jangan harap. Ada ja orang keluar masuk. Akhir sekali, snap ajelah sekeping. Untuk tatapan kawan-kawan di blog. Koranglah.
Papan tanda Laduree, Paris. Sebenarnya kat London je.
Ramaikan. Masa ni petang dah pukul 5. Jadi ramailah orang nak minum tea dan beli macaroon. Mulanya saya dah ditegur oleh seorang pelayan. 'No camera please'. Err.. tapi macam biasalah. Selamba aje ambil. Tunggu pelayan tu beredar saya pun apa lagi. Snap aje. Pastu lalalalaa. Buat muka toye.
Psssttt.. nak bagitahu. Saya dilayan oleh satu-satunya mamat kat kaunter tu. Handsome. Terkelu kejap lidah nak beli. Huahua.
Masa ni tengah beratur tunggu giliran. Nampak tak mamat handsome tu kat cashier. Lepas tu dia datang layan saya pulak. Ecewaah.
Ini jenis-jenis macaroon yang dijual. Ada macam-macam perisa. Tak semua dijual dalam satu masa. Ada yang bermusim. Nak merasa semua kena datang selalu lah. Pengsan. Tak bangun-bangun. Tunggu Allah beri rezeki yang murah untuk saya. Nanti saya boleh pergi makan dekat Paris pulak. Walaweyhh. doa. doa.
Nak tahu sejarah Laduree. Meh klik di sini. ---> Laduree.
Ini bila dah balik rumah. Jenuh peda (baca:jaga) tak nak bagi orang bertuh (baca:langgar). Takut pecah. Dalam duk jaga tu terlepas juga masa dalam train. Saya terlelap. Jatuh. kuikuikuii.
Tadaaaaa.... Untuk permulaan saya beli yang paling sikit. Bujet kecik je. Nak rasa dulu. Kena dengan citarasa baru fikir nak beli banyak. Eceehhh, ye la tu.
Elok je saya susun ikut urutan sedap. Dari kanan yang paling sedap. Pistachio. Terasa kacang dia yang asli tu memenuhi mulut saya. Kemudian, perisa vanilla, Rose petal, rasberry, blackcurrent violet dan last sekali chocolate.
Ada macam-macam lagi perisa lain. Saya tak berani nak beli. Takut menyesal.
Bagi sayalah, selepas mencuba makan macaroon semua ni memang ternyata ianya sangat manis. Nak seimbangkan rasa manis tu kenalah minum teh tanpa gula. Nak lagi ngam lagi duduk dekat taman sambil membaca. Barulah terserlah kePerancis-annya. Ni kalau makan sambil ambik gambar. Apa kes weyyh! ;P
Cukuplah sekali mencuba merasa macaroon yang disebut-sebut oleh ramai ni. Memang ternyata kesedapan dia yang sampai hari ni masih teringat lagi. Nak lagi best. Masih terbayang menghulurkan dua keping note sepuluh pounds untuk membayar harga lapan biji macaroon. Puas hati.
Nak tahu berapa harga macaroon yang dibeli di Laduree, Harrods..?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ada sesiapa nak kirim. Bulan Disember nanti saya balik. Sempat lagi nak kumpul duit sampai bulan 12. Saya berbesar hati nak pergi belikan untuk korang. ~kenyit mata banyak-banyak~
P/S : Bagi mereka yang berada di sekitar KL dan Selangor dialu-alukan untuk mengirim. Korang boleh ambil di rumah saya sahaja.
Luar kawasan sepertinya tidak berbaloi. Kalau nak pos dikhuatiri akan pecah. Sanggup ke makan yang dah pecah. :D
P/S : Bagi mereka yang berada di sekitar KL dan Selangor dialu-alukan untuk mengirim. Korang boleh ambil di rumah saya sahaja.
Luar kawasan sepertinya tidak berbaloi. Kalau nak pos dikhuatiri akan pecah. Sanggup ke makan yang dah pecah. :D
26 comments:
ekk, boleh ke kirim beli macaroon ni..?
kak marina..
insyaallah. boleh. tapi akak kat terengganu kan. takut kalau nak pos nanti pecah. melainkan akak sanggup dtg kl =)
biskut ke ni, nampak sedap, macam2 perisa tu..bestnye dapat merasa..mahalnya..huhu
wahh..teringin la akak nak merasa... :P
salam... kalu harga 9dolar ditukar ke rm, jadi brape ek.. tingin gak n merasa bile irma kata sedapppp.. :D
nak nak .. dah terbayang2 nie .. akak kat KL.. camne nak kirim?
:)
tanak kirim.nak tunggu awak yg wak balik. nak makan free,haha
kak sweetsal..
mmg mahal. dapat merasa sekali pun jadilah.
kak yours truly..
nak merasa kena beli ;)
kak sue..
sy tak pasti kalau dolar. tp kalau pounds darab dgn 5. jd utk satu kotak ni dlm 53 rgt.
kak elly..
nanti bank inkan duit pastu ambil di rumah sy bila sy dah sampai msia.
ummu..
sy dah merasa. sy x beli dah. haha.
aiseh bestnye irma dpt merasa macaroon laduree! saya yg kt sini pun belum dapat try lagi huhu.. nk try jugak la cari 2-3 ketul :)
wah2 k.irma, klo ade resepi msti k.irma wat kan..hehe
fatih..sekali seumur hidup. lepas ni kena belajar buat sdiri pulak kot =)
dina..
resepi dah ada. ulangkaji dah buat. cuma kekuatan belum ada nak buat. bahan mudah tp teknik memasak tu yg xde. lg la belajar sdiri. tok guru harap youtube dan xperimen org lain ja.
satu hari nanti. insyaallah akan cuba =)
salam..
xmo pesan macaroon tp nk pesan belikn cheese leh x? brp rege philadelphia after currency conversion ek? kt sini RM11 utk 250gm.. klu murah, igt nk mtk tlg beli... leh wat stok dlm fridge hehehe
wsalam nashya..
maaf ya. sy tak ambil order utk cheese. wpun sy tahu cheese kat sini murah banding di msia. boleh beli utk diri sdiri ja.
halal x makanan ni?
kak irma pergi tak festival makanan Malaysia kat kota London baru-baru ni?
mcm best je macaroon ni. terliur pulak. kalau kirim, leh dapat paper bag dia jugak kan? sy suka kumpul...
btw, harga cream cheese (philadelphia)di kedai bakeri cuma rm11++ untuk 500g.saya pernah beli di yummy bakeri, bangi. kalau beli di giant, tesco mhl la..
fatayatul jihad..
insyaallah halal.
cumie kids..
boleh.. nanti email sy utk detail.
salam..sy nk tempah jugak,,boleh x?boleh email details kat saya?biarla pecah pun..tp kalu dlm kotak xpecah kot.sy nk kisah harga..sbb tempting sgt nk cuba laduree..
ni email saya.. luvlypinky1@gmail.com
salam irma..lamanya tak online ni...ingat nak minta tolong belikan macaron tu... respon kat email cikmin ye cikmin@ymail.com
dear... bole kirim tak kalau u pergi sana lagie.. macam best jew.. email me k.. r-yuzsha@hotmail.com
aritu p harrods london tk berkesempatan singgah laduree..kalo tk,leh merasa macaron nye..tu la dgr kak irma bli utk cikmin...die pn dh jd tokey macaron
klau pesan hbag boleh ke?hihi..tetibe
Saya nak order boleh x sekotak :D
terliur la baca cite awak ni..
Post a Comment