Sunday, September 19, 2010

The Works, UK.

Assalamualaikum wbt..
 
Saya sangat suka. Suka sangat. Teramat suka. Haa. kan dah banyak sangat suka. Suka pergi kedai buku nak bagitahu. Acara wajib setiap kali keluar jalan-jalan. Boleh jadi terapi minda jugalah. Dapat belek buku atau majalah. Belek-belek sahaja. Belinya tak pun. Atau belek majalah tapi beli benda lain. Pen sebatang contohnya. Meraikan tokey kedai yang asyik memandang saya membelek buku atau majalah tetapi tak beli. HaHa.

Tunggulah tokey. Tengah bulan memang kita belek-belek je buku. Hujung bulan saya angkutlah 2 biji novel. Ada duit lebih boleh jadi tiga atau empat. Tu kira tamaklah tu. Nak baca buku. 

Kat sini pun macam tu jugak. Kalau jumpa The Works. Tak sah kalau tak masuk. Mesti masuk punyalah. Kedai ni mula-mula saya tak heran sangat nak masuk. Sebab duk agak bukunya mesti mahal. Bila Kak Zu cerita yang harganya selalu ada diskaun. Saya pun selalu merajinkan diri masuk.

Tengok buku. Belek. Tengok harga dan tukar kepada duit Malaysia. Memanglah. Memang murah. Sangat murah. Tak padan dengan kualiti buku. Kalau kat Malaysia mahunya mahal. Tak mampu nak beli. Pastu kena balut pulak tu. Kedekut betul. Nak baca kena beli.

Kat sini buku-bukunya tak de pulak dibalut. Elok je buku tu. Takda yang terkoyak atau terkelepet. Barangkali ini semua ada kaitan dengan diri kita. Kalau kita tahu menghargai buku. Kita takkan belek buku dengan kasar. Tahu letakkan balik ditempat dia selepas dipegang. Ini tidak. Sebaliknya berlaku. Tu pasal buku-buku di Malaysia kebanyakannya dibalut. Tak sanggup kedai tu nak tanggung risiko kerugian. 


Pantang jumpa. Wajib masuk. 



Amacam. Teruja tak..? Saya biasa ja. Tak teruja sangat. 

Ada tempat yang lagi teruja. Tapi takda la buku baru. :D




Rambang mata. Kena tahan hati dan tangan dari ambil semua.




Mula-mula nak beli. Dah siap ambil satu. Bawak pusing satu kedai. 

Akhirnya letak balik. Sebab nak survey kat internet. 

Mana tahu ada yang lagi murah. 

Kedekut betul minah ni. :P




Ini memang berbaloi. Baru. Murah. Jadi, kena beli.



Hasil rembatan di The works. 

Gunanya tak tahulah bila. 

Beli ja dulu. Nanti-nanti boleh fikir nak buat apa.


Sebenarnya saya tengah cari buku travel tentang South West England. Kawan saya beli di The Works 99 pence ja. Suka sangat tengok buku tu. Saya cari jugak di Woolwich. Takda pulak. Ehmm.. patut ka saya pergi The Works Lewisham. Boleh jalan-jalan jugak. eheh. Alasan baik punya. Nanti kena cari mood. Nak ke Lewisham naik bas 1 jam perjalanan. Perrghh, panas punggung tau duduk lama dalam bas. sempat lagi tidur sampai tersenguk. ;P

Ahaaa... yes. Baru teringat. Nanti tunggu Kak Niza balik sini. Nak ambil barang. Boleh singgah pekan Lewisham. Selesai.


13 comments:

eLLy said...

membaca jambatan ilmu.. cewaah

sweetsal said...

bagus lah minat membaca..seronok tgk kedai buku bertimbun-timbun buku..dulu memang minat membaca skrg sejak dua mejak ni macam malas nk mengadap pulak..suka tgk majalah ja..hehe

marinahunny said...

mcm MPH Bookstore ek..emm bestnya lepak kedai buku..

Anonymous said...

salam ziarah... :)

p!nkerton said...

murahnya irma! kalau kat sini pikir banyak kali nak beli buku huhu mahaii sgt kdg2 :( betul tu, attitude org kan, mentang2 tak beli, dihenyak2 buku sesuka hati :(

Shy said...

ma....nk beli buku2 ko tuh....nk cup cake stand tu ma...

Fazlinil Irma said...

upss.. buku2 tu bukan utk di jual. hehe.

kalau ko nak nanti aku belikan. bgtahu yg mana.

Fazlinil Irma said...

fatih. mmg sgt murah. kdg duk kata. depa ni ada ka untung jual murah mcm ni. hihii.

syidah xiao hong said...

salam...

amboi bagusnya! saya ada tabiat, suka sangat masuk kedai buku... masuk kedai buku bukan takat belek, mesti membeli... wah, harga murah-murah ye... errrrrrr kalau nak kirim boleh ke? tak malu sungguh!

Anonymous said...

akak pun baru balik dr works, borong t-shirt utk anak buah

Fazlinil Irma said...

syidah..

sy beli bila kat car boot saja. lg murah :)

kalau serius nak beli email sy di niel_2203[at]yahoo.com

kak fa10..

wahh. TW edin ada baju. bestnya..

Fazlinil Irma said...

kak elly..

betul.. lg banyak membaca ibaratnya mcm jambatan emas la kan. eheh.

kak sweetsal.. skrg membaca kot internet pun boleh. beli ni dia jd koleksi.

kak marina.. best.. duit pun best je mengalir.

sue.. terima kasih. nanti sy p beraya 'rumah' awk ya =)

ast3 said...

kak fazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..
saya nak pesan cupcake stand tu bolehhh? eheh. serious niii :D

yg benar,
ast3 kachak