Friday, October 8, 2010

Ayam Masak Merah Mak Saya.

Assalamualaikum wbt.

Tengahari tadi, turun dari bas 244 saya dapat panggilan telefon dari seorang kakak. Bertanyakan tentang resepi ayam masak merah yang dimasak oleh saya berbulan-bulan yang lepas. Aiiya..yaa. Bibik dah sengih sorang-sorang sambil menjawab panggilan Kak Syam. 

Sebab...

Saya ni kalau memasak, sepuluh kali masak Ayam Masak Merah. Sepuluh kali saya campak bahan yang berbeza. Memang tak pernah kekal dengan satu resepi. Almaklumlah tok guru ramai. Merata dunia. Hari ni cuba resepi tok guru Jepun. Bulan depan cuba resepi tok guru Malaysia. Sedap atau tidak dah jatuh tempat no dua.

Jadi petang tadi saya telah menelefon tok guru sebenar saya. Tak pernah selama saya di sini menelefon mak untuk bersembang pasal resepi. Hari ni kira sejarahlah. Telefon semata-mata nak tahu resepi sebenar. Ye, resepi mak saya.

Selama ni buat dek je bila mak masak. Tahu mak masukkan apa tapi tak melekat dalam kepala. Jadi hari ni saya kongsikan resepi Ayam Masak Merah Mak yang menjadi pujaan hati ramai. Cewaah!

Ayam Masak Merah.

1 ekor ayam dipotong kecil.
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil kunyit

Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kalau rasa tak cukup boleh tambah lagi garam dengan kunyit. Goreng. Tak perlu garing sangat. Pastikan masak dengan betul sahaja. Kira masak tiga per empat sahaja. Masak garing sangat pun tak sedap. Nanti keras. Liat.

Mak kata, kalau ayam tu digoreng dengan betul. Boleh bertahan sampai seminggu lamanya. Kena selalu panaskan atas api. Bukan dalam microwave.  Mak yang kata. Bukan saya. Orang tua kan banyak pengalaman. Jadi kita kena dengar dan ikut. 

Kuah Ayam Masak Merah.

2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia -tumbuk jangan la sampai halus sangat. Sedang-sedang sahaja.
3 camca besar cili kisar - nak lebih pun tak pa.
1/2 cawan susu cair/ pati santan
1/2 cawan tomato puree
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 cawan air

1 cawan kacang peas sebagai hiasan. Takde pun tak apa.

Cara Memasak :

Panaskan kuali dengan minyak untuk menumis. Bila minyak dah cukup panas, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai garing.

Tip dari mak. Bila menumis, mak saya lebih suka tumbuk bawang dari menggunakan blender. Sebabnya, bila guna blender kena guna air. Jadi air tu akan melambatkan bawang untuk menjadi garing. Almaklumlah orang dulu mana ada blender. Semua pakai lesung batu. Sekampung dengar menumbuk. Buatnya rumah flat. Tak ke benggang orang tingkat bawah. Dah siap masak, boleh hantar seketul (Cukuplah. Takkan nak bagi sepinggan). Buat habuan tahan telinga dengar bunyi orang atas menumbuk. 

Kalau saya pulak kat sini, saya pakai hand blender je. Satu minit dah boleh tumis. Yang penting takda bunyi kelentung kelentang dan adegan bawang melompat-lompat. Cepat dan efisien. ;P

Tapi. Ayam Masak Merah mak saya tak payah tumbuk apatah lagi blender. Senang je. Korang ambik pisau. Potong membulat bawang merah dan mayang bawang putih. Ini maklumat terkini. Baru kejap ni telefon mak saya. Punyalah tak nak derhaka kan. HAHA. Atas tu tips memasak namanya. ;P

Bila bawang dah garing. Boleh masukkan cili kering. Kalau nak tambah lagi cili. Boleh. Nanti pandai-pandailah ubah sukatan yang lain ye. Masak cili sampai keluar minyak. Masa ni api kena jaga. Jangan kuat sangat. Nanti hangus. Biar api sederhana. Lama jugak nak tunggu cili garing. Lebih kurang 15 minit.

Kemudian, masukkan tomato puree dan sos tomato. Kacau sampai sebati.

Masukkan susu cair atau santan pekat dan air. Kalau rasa air tu banyak. Kurangkan kepada satu setengah cawan sahaja. Kalau suka kuah banyak tuang semua sekali pun tak apa.

Mengikut petua mak saya. Kerisik untuk ayam masak merah tak sama dengan kerisik masak rendang. Kerisik Ayam Masak Merah mak saya tak hangus atau berwarna gelap. Jadi, bila masak kelapa. Pastikan api kena jaga okeyhh. Jangan suka-suka nak pakai api besar sebab nak cepat masak. Korang nak sedap kan. Nak sedap kena sabar. Tuang sabar banyak-banyak dalam hati bila masak. Kompem sedap. Kalau tak sedap pun dapat pahala kan. Lepas tu, tumbuk kelapa untuk jadi kerisik. Tumbuk sampai keluar minyak. Kalau malas (baca: nak cepat) guna aje blender kering. Senang kan.

Bila dah mendidih, masukkan kerisik, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing.Nak masin ke. Pedas ke. Terpulang. Kadang saya guna gula merah sebab nak bagi kuah nampak pekat. Kan saya ni suka campak-campak dan derhaka. Jangan campak kuali kalau ayam tak sedap sudah. 

Korang jangan ikut saya. Ikut resepi mak saya ;D

Biarkan sekejap. Dalam 10 minit lebih kurang. Kacau dengan api perlahan. Lepas tu, boleh masukkan ayam yang siap digoreng kunyit.

Masak dengan api sederhana perlahan lagi. Biar sampai keluar minyak bergenang-genang. Masa tu memang kompem ayam tadi dah masak.

Taburkan kacang peas. Kacau sedikit.

Bila sembang lagi dengan mak. Rupanya Ayam Masak Merah ni memang lebih sedap kalau dah dibiarkan sehari dalam kuali. Bila baru masak, kuah tu tak cukup menyerap dalam ayam. Lepas sehari, barulah segala rempah yang ada sebati dalam ayam.

Patutlah lauk yang saya masak habis licin esok pagi bila mereka bersarapan. ~Perasan sedaplah tu. ewah~


Ayam Masak Merah dalam gambar ni memang mak saya yang masak. Tahun lepas. Masa Hari Raya Haji. Untung sapa yang datang. Chef import dari Malaysia weyh.


Gabungan Ayam Masak Merah dengan Nasi Minyak Mak Saya. Memang mantap. Sampai sekarang saya tak terer lagi masak nasi minyak macam mak saya. Nanti kena telefon lagi. Tanya resepi. 


Bukti. Air tangan syurgaku sedang menggaul acar timun.


Menu tahun lepas. Punyalah lama simpan gambar. Tahun ni baru keluar.


Pembantu-pembantu mak sedang menolong mengelim karipap.



Sukanya Maryam.




Anak bujang Kak Ct ni pun nak tolong jugak.




Opss, sudah dibooking untuk menjadi menantu kepada kawan kami.  




Perhimpunan sempena jamuan Aidil Adha 2009. Dah nak masuk Aidil adha 2010 baru keluar gambar ni kat blog. Apa daaa..

Sukatan resepi ini saya ambil dari sini. Ada jugak yang saya ubah. Ikut betul-betul yang mak bagitau. Kalau sembang siap tanya sukatan betul semua bahan mahunya sejam. Melampau lah kan. Agak-agak pun boleh. Bila tengok resepi orang lain. Saya tak jumpa yang letak kerisik. Bahan yang lain sama ja. Tu lah rasanya rahsia yang bagi bertambah sedap.:D


Kadang tu ada jugak dalam hati. 'Ah, malas lah nak kongsi resepi. Sama je dengan orang lain masak.' Rupanya tidak. Ada jugak bahan dalam masakan kita yang tak sama dengan orang lain. Jadi, bila dah orang bertanya. Barulah nak kongsi. Ngeeee.!

Siapa yang dah rasa Ayam Masak Merah mak saya memang dah tahu sedap. Dah berapa ramai yang pernah rasa. Termasuklah anak murid saya di sekolah dulu. Masa buat jamuan akhir tahun. 


Korang nak tahu sedap atau tak kena cuba. Sedap, alhamdulillah. Belum sedap. Kena cuba lagi sampai sedap. ;D

3 comments:

Ummu~Ishak said...

nak nasi minyak yg ada pasang2 khemah siap ngan tok kadi tu

Marsha~ said...

pergghhh.. 10 kali masak, sepuluh resepi berbeza ek?? terer tuuuuuuu

Fazlinil Irma said...

ummu..
boleh.. mak sy selalu masak utk kenuri. nnati sy ajak awak. boleh makan bawah khemah kan. hikhiikk.

marsha..
memang terer. terer campak. =D