Entry lepas ada stalker hantar komen. Bertanyakan pasal Fatih. Wah.. waahh... anak kecil itu sudah ada yang merindui dia ya. Kamu ni stalker saya atau Fatih..? ~musykil~
Fatih dah mula masuk nursery sejak bulan lepas. Jadi masa saya bersama dia sekarang semakin pendek. Memang terasa sunyi bila dia takda. Biasanya bila di rumah, ke mana sahaja dia ikut. Kecuali ke tandaslah. Tu pun tunggu jugak dekat tangga. Punyalah sayang. eceh.
Dekat sini, umur tiga tahun dah mula pergi sekolah. Sekejap ja. Tiga jam. Pukul 12.15 sampai 3.15 petang.
Masa minggu pertama di nursery. Biasalah, menangis. Mana-mana budak pun menangis. Tak biasa lagi kan. Mula-mula saya bagi alasan nak pergi toilet. Dia pun oklah. Ingat saya pergi tandas. Sebenarnya tak baik bagi alasan tu. Ini pun kawan saya yang cakap.
Jadi esoknya, bila saya bagi alasan kena balik. Lagilah dia tak lepaskan tangan. Memang menangis lah bila cikgu dia pegang tangan. Saya yang tengok pun sedih. Lama jugak lah macam tu. Dalam tiga minggu.
Kemudian, nak mudahkan cara. Saya lepaskan dia dengan cikgu. Orang lain ok je main sendiri. Fatih tak nak. Mesti nak pegang tangan cikgu. Bukan sembarangan cikgu pulak tu. Nak Sarah je. Cikgu lain tak nak.
Hari ni dah lebih sebulan Fatih ke nursery. Dia semakin ok. Muka tu masih jugaklah sedih. Cuma tak menangis sahaja. Bila keluar mesti kena lambai. Kalau tak, nampak muka dia tercari-cari saya dari dalam kelas.
Semalam pertama kali, dia nak duduk. Main dengan kawan. Keegan namanya. Tu pun puas saya pujuk Keegan. Suruh main dengan Fatih. Kawan dengan Fatih. Angguk je Keegan pun.
Ini pula cerita di sebalik gambar.
Hari pertama - menunggu Ummi balik dari kerja separuh hari. Nak hantar Fatih ke nursery. Perasan tak, di tangan tu adalah sosej mainan. Ke mana sahaja mesti tak lupa bawa. Sampai nak ke nursery pun bawa. Simpan dalam poket. Bila saya kata tak payah la bawak. Terus buat muka sedih. Minta simpati.
Baru lepas mandi. Sekarang suka sangat pakai kemeja. Tadi, saya suruh pilih baju. Dia pilih kemeja jugak. Saya kata. Pilih lah baju lain. Tak nak. Bila dah pakai. Lengan baju tu labuh. Saya lipat sikit. Terus buat muka. Merajuk lah tu.
Tak habis takat tu. Bila nak pergi sekolah. Kasut yang selalu dipakai kena basuh. Bila tukar kasut lain. Tak nak. Merajuk lagi. Kuat sentap betul budak handsome ni tau.
Antara aktiviti di sekolah. Main air. Masa nilah saya bagi alasan nak pergi tandas. Kalau sekarang saya ajak main. Tak nak main sorang. Dia nak saya duduk main dengan dia. Mana boleh sayang.
Dulu masa hantar Maryam ke nursery. Fatih tengok je kakak dia tekan butang lampu isyarat. Sekarang giliran dia pulak. Cepatnya masa berlalu.
Muka budak yang tak rela gambarnya diambil. Tapi dah biasa. Terpaksalah. :)
Sudut bacaan. Sedang membelek buku Thomas.
Kawasan luar nursery. Kalau macam ni siapalah tak nak pergi sekolah ye.
Tunggu bas pun sempat lagi ambik gambar.
Muka sedih. Menangis. Sebab saya guna laluan lain untuk ke sekolah. Esoknya langsung tak nak guna laluan biasa. Saje je Fatih ni. Kuat nau merajuknya.
Saya selalu beritahu kat Fatih akhir-akhir ini. ' Fatih, nanti Ma nak balik Malaysia. Fatih duduk dengan orang lain ye.'
Fatih jawab, ' No. I want you. Stay with me. Pleeaaasee'
Terdiam. Tak tahu nak kata apa. Terus peluk dan cium dia. :(
7 comments:
fatih ada lesung batu. eh, pipit.
memang sedih nak meninggalkan anak2.
psst irma, tu belum anak sendiri lagi
fatih sgt handsome............. bersih je muka dia......... smart lak tu.. cikgu sarah tu cun ke fatih?? heheh
tomey .. siap ade lesong pipit ;p
dah besar nanti mesti handsome
Allah.. fateh ada lesung pipit ke~~~~
wink2.
tp seriously la akak, saya pn baru sedar sy dah jadi ala-ala stalker of your blog. believe it or not, sy baca your first entry three/four days ago, - yg dalam satu perenggan tu, XD - dan cakap; eh, rasa macam dah baca. dan lepas tu sy baca certain earlier posts dari post akak belajar masak, yg fateh alergi dgn kacang, maryam pun, kan? smpaila tang akak kena panggil terrorist atas bas. ke train? ;P dan mmg sy dah baca semua. <- okey, ni betul2 stalker. XD.
fateh dah besar eh, ingat lagi entry yg akak trpaksa tnggu bas satu2 sbb fateh masih naik baby stroller..
kekeke. sndiri fikir pun seram~
salam kenal, kak irma. :)
suka tgk second pic tu.. smart and handsomenya dia.. :)
manja fatih ni...saje merajuk nak perhatian la tu :D
sian ya Fatih..baru 3 tahun dah pergi sekolah. Kadangkala sebagai emak, akak sering terfikir untuk apa antar anak awal2 ke sekolah? Tapi sekurang2nya dia tahu bersosialkan?
Post a Comment