Sunday, October 10, 2010

Majlis Kesyukuran Di Coventry Pada 10.10.10.

Assalamualaikum wbt.


Baru balik dari Coventry sempena majlis kesyukuran meraikan perkahwinan akhi Jo dengan Kak Salwanis. Dorang tu dah langsungkan akad nikah hari Isnin lepas. kenduri hari ni. 

Haaa. Kalau kat Malaysia sibuk dengan perkahwinan angkasawan. Kami kat sini pun ada juga kenduri. Korang boleh tengok. Kami boleh tengok dan makan lagi. Sapa tak kenal akhi Jo dekat Warwick tu memang lah. Memang tak bermasyarakat. Bukan setakat Warwick. Satu dunia kenal. Tu pun kalau siapa yang pernah dengar perkongsian ilmu dia la kan. 

Hari ni selain dari makan nasi minyak yang best (sebab orang masak kan). Cuaca pun sejak pagi sangat cerah. Langit biru. Subhanallah. Sangat cantik. Seakan alam juga meraikan majlis kesyukuran mereka.

Sepanjang perjalanan mata tak jemu memerhatikan alam terutama pokok-pokok yang kekuningan disimbah mentari yang garang memancar. Mata saya dah la mengantuk. Kalau pejam memang confirm lelap. Tapi saya tahan tak nak tidur. Sayang nak lepaskan peluang melihat panorama indah.

Semalam kan dah seharian mendung. Hari ni Allah berikan cerah. Nikmatilah sebaik-baiknya. Itulah yang saya lakukan.


























Mempelai sedang berucap.



Majlis yang cukup sederhana dan cepat. Pukul 12.00 sampai 3 petang.



Jumpa Kak Suwaibah dan anaknya Aishah.



Ini mesti sama kes apa dengan Syakirah dan Fatimah. 

Banyak sangat membaca sampai kena pakai cermin mata.



Lauk kenduri. Cukup lengkap. Pinjam dari akhi Fauzi sementara dia sembang. . 

Siap ada bunga telur okeyh. Tapi tak ambik. 



Baby Alisya Qaisara dengan kakak, Dina Mardhiyah. Geram tengok mata dia. 

Bercahaya.



Ya ampun. Halus kecik je Alisya ni. Nak pegang sambil lewa pun tak berani.

Takut jatuh.



Jadi rebutan. Maryam nak dukung tapi saya tak berani nak bagi. 


Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.

Bergambar bersama sahabat dan sahibah UK.

Apasal takde lagu Maher Zain tadi. Ke kitorang lambat sampai. 

Tu pasal tak dengar. ;)



Kenangan. Kak Syam sekeluarga pun dah nak balik Malaysia.



Maaf la ye. Kualiti gambar kurang best sebab ambil dalam kereta saja. Perasaan tu tak tahu nak gambar macamana. Cantik. Nak nangis pun ada bila tengok bumi permaisuri ini.


Ya Allah, terima kasih kerana memberikan peluang padaku untuk merasai nikmat-nikmatMu yang tak terhitung. Alhamdulillah.


Nak publish entry ni pukul 10.10 malam. ~sengal~







1 comment:

eLLy said...

kualiti kurang besr? ye ke akak tengok first picture tu je dah cantik.. *tahniah buat pasangan mempelai*