Monday, October 18, 2010

Mencari Pengganti Buat Yang Sudah Pergi.

Assalamualaikum wbt.


Sampai sahaja rumah selepas balik dari Cardiff. Letak beg, terus masuk bilik tetamu. Nampak Kak Ct sedang menggosok tudung. Terus mengadu (cewaaah. mengada.)  pasal cerita-cerita panas dari Cardiff. 

Salah satunya cerita pasal kamera jatuh. Kak Ct pun dengarlah cerita yang dah tak berapa sedih. Huwaaa... Eh. tak sedih sangat pun. Ralat sedikit.

Dah habis cerita penting terus mengadap pc. Perkara pertama yang dibuka semestinyalah FB. Baca komen kawan-kawan tentang status kamera yang dah rosak. Terima kasih buat semua yang prihatin dan sayang saya. Komen korang buat hati saya semakin terpujuk dengan banyaknya.

Antara komen TERBAIK yang memberi kesan ialah...

 insyaAllah kamera original ciptaanNya masih berfungsi - petakan pada hati dan mindamu. meski tanpa gambar, perkongsian ttg keindahanNya masih boleh dilakukan. ~Zurina~

Jazakillah khair Kak Zu. Memang begitulah yang saya duk didik hati. Walaupun kamera dah rosak, saya masih ada mata, akal dan hati untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Hari ini pula, selepas bercakap dengan mak. Membuat laporan (baca : cerita) mingguan. Last sekali barulah saya mengadu pasal kamera jatuh dan rosak. Berdebar tak yah cakaplah ye. Almaklumlah nak minta izin beli kamera baru. Buatnya mak kata tak usah. Nangis saya bawah bantal. haha. Bocor rahsia sendiri.

Habis cerita, mak izinkan saya beli kamera baru. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ya Allah banyaknya nikmat yang kau berikan. Moga saya menjadi hambaMu yang LEBIH bersyukur.

Sekarang pula, saya sedang rambang mata bila tengok kamera yang menawarkan harga yang berpatutan. 

Nak sambung baca pendapat orang tentang kamera. 

~suka. sambil senyum kambeng. mbeekk..~

6 comments:

Ummu~Ishak said...

saya kat mesir dulu kamera hilang, rase mati keras kejap.

irma, alang2 sambar DSLR terus

Fazlinil Irma said...

ummu.. tu lah pasal. sy ni p mana kamera tak pernah lupa. kecuali toilet je. hehe.

dslr dah ada. arwah abang punya. jd sy nak yg compact ja. buat pakai sementara kat sini.

Nadiah Sidek said...

meh bg no.phone mak..nak suruh mak irma ubah keputusan jgn bg beli kamera baru. hihi..

SHAFIDA said...

assalamualaikum,
takziah saya ucapkan di atas kehilangan kamera itu...

try LUMIX panasonic DMC-TZ!) plk laaa..best jgk....

ala kat sana byk yg cangging manggih ...

dulu Irma pakai kamera jenis apa?

Fazlinil Irma said...

waalaikumussalam wbt.

terima kasih.. hehe. kamera tu ibarat rakan karib saya di sini. ke mana sahaja diusung.

sy PENcinta tegar canon. ada jugak rakan suggestkan ambik LX3.

sy masih membaca survey pengguna.

terima kasih kak..

sy pakai powershot A590 IS..

Fazlinil Irma said...

nadiah..

keputusan dah muktamad. 3-4 hari lg telefon bgtau dah beli ja. eheheh.