Tuesday, October 12, 2010

Stars Of The Week.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak kongsi idea yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah bersama anak murid. Waahh.. ayat seriusnya. Macam cikgu cenge (garang) duk depan kelas sedang mengajar.

Tadi kat sekolah dalam kelas Fatih saya nampak carta Stars Of The Week. Saya pun keluarkan kamera ambil gambar.

Dalam kepala duk fikir, dari saya kongsi gambar ni kat FB saja. Lebih baik saya buat entry. Ramai yang akan dapat manfaat.

Pengalaman saya dulu masa mengajar sekolah rendah. Antara perkara yang sukar ialah mengawal kelas. Satu cara ialah dengan menjadi cikgu garang. Sebenarnya naluri setiap cikgu tu tak semuanya garang secara semulajadi. Keadaan yang memaksa kami menjadi garang. Cewah. Kalau tak mahunya kelas jadi huru hara. Bising. Pembelajaran dan Pengajaran kurang berjaya.




Jadi apa kata kita gunakan idea Stars Of The Week ini untuk menarik perhatian anak murid dan menjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif dan seronok. Sumpah, saya percaya. Anak murid mesti sayang kat korang lebih. Tak sabar tunggu cikgu dia masuk kelas. Mahunya lambat sikit. Sampailah dorang depan bilik guru. Panggil. :)

Bahan-bahan : Eh.. macam nak bagi resepi masakan pulak.

1 keping kad manila yang sudah dihias seperti di atas. Terpulang pada cikgu nak letakkan berapa ramai Stars Of The Week. Tiga, Empat dan Lima. Lebih banyak barangkali sukar untuk cikgu buat pemilihan nanti.

Gambar anak-anak murid setiap seorang. Minta mereka sediakan seorang sekeping gambar berukuran pasport. Kalau nak jimat sediakan kad nama. Bagi saya gambar lebih menarik dan pasti mereka bangga gambar mereka tertampal.

Hadiah mingguan. Saya cadangkan cikgu beli anak patung comel barang dua atau tiga ekor. Lebih kreatif kalau cikgu boleh reka tiara atau mahkota yang tertulis Star Of The Week. Ahaaa. tak pun cikgu buatlah selempang macam Ratu Cantik tu ke. Medal yang gantung kat leher pun boleh. Apa lagi ehh. Cikgu-cikgu ada idea? Bukan cikgu pun boleh bagi idea. Alamak, saya pulak teruja. 

Hadiah bulanan berupa saguhati. Pensil sebatang ka. Buku nota kecil ka. Kedai dua ringgitkan ada kat Malaysia. Mengembirakan anak-anak kecil kan besar pahalanya. Niatkan sebagai sedekah. Andaikata sedekah kita itu Allah terima dan penyebab kita masuk syurga. Beruntungkan kita. Siapa tahukan..?

Hadiah tahunan. Korang fikirkanlah ye.

Cara-cara menggunakan kaedah Stars Of The Week.

Mula-mula. Anda sediakan carta Stars Of The Week. Cikgukan kreatif. Simple pun ok jugak. 

Kemudian masuk kelas, terangkan peraturan Stars Of The Week. Pastikan nanti anak murid tak pertikaikan keputusan cikgu. 

Untuk mingguan, siapa yang paling banyak dapat bintang. Boleh bawak balik hadiah sepanjang dua hari ( Sabtu dan Ahad). Cikgu beri hari Jumaat. Nanti hari Isnin kena pulangkan kembali. Ini juga salah satu cara ajar anak murid menjadi amanah dalam menjaga barang yang diberi.

Untuk bulanan, cikgu pilihlah tiga atau empat atau lima orang yang paling banyak bintang untuk menerima hadiah saguhati.

Yang terakhir, bila dah sampai hujung tahun. Selalukan ada jamuan kelas. Masa ni bolehlah cikgu-cikgu umumkan dua yang terbaik sepanjang tahun. Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberikan kerjasama yang baik dalam kelas.

Saya tahu cikgu-cikgu Malaysia memang kreatif. Kalau saya tak bagi bahan dan cara pun saya gerenti cikgu boleh buat.

Semoga idea ini memberi manfaat pada cikgu. Oh ya. Kalau ibu bapa yang membaca entry ni. Idea ini pun sesuai untuk diguna pakai dengan anak-anak. Kena rajinlah fikir macamana nak tarik minat anak-anak bantu kerja-kerja di rumah.

Selamat mencuba. Cewaahh..!

3 comments:

Rafidah said...

Ima.. skolah Hariz kat sini pulak letak star sticker atau kdg2 dpt batch pin kat baju. every month sape byak star sticker dpt sijil pulak. sijil olok2 tapi proper la. sama mcm attendance penuh dapat kad tulis 100% best attendance ckup tahun dpt sijil jgak. cikgu kat M'sia boleh tiru cara ni. murid rasa bangga bila baju dia ada terlekat star sticker. sticker tu chomel tulis best reader, best student.

eLLy said...

selamat pagiii cikguu

Lady of Leisure said...

bagusnya ni yg boleh kasi semangat kat budak2 ni kan..
:)