Sunday, April 25, 2010

Easter Holiday - Day 2- Haytor, Devon.

Assalamualaikum wbt...



Cuti Easter tahun ni saya berkesempatan untuk menjelajah kawasan Torquay yang terletak dalam kawasan Devon, England. Selama 4 hari 3 malam kami menyelusuri kawasan-kawasan pinggir bandar. Kiranya macam masuk kampung la kan. Ada ladang yang luas. Kambing, lembu, kuda poney. Memang bestlah. Kalau tengok ladang-ladang kat sini memang sangat besar. Kata Kak Ct, peladang-peladang kat sini KAYA kebanyakannya. Mereka boleh hidup senang dengan hasil tanaman sendiri.


Ambil keberkatan dari diri mereka. Ceewaahh =)


Kami bertolak hari Jumaat jam 11 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke Torquay Caravan Park.


Hari pertama tak ada apa yang dibuat.



Esoknya Sabtu... Perjalanan kami bermula menuju ke Haytor Centre. Pertama kali jadi co-pilot untuk kak ct. Akhi Fauzi di depan membawa mini bus.



Dah sampai. Nampak tak hujung di puncak bukit tu. Itulah Haytor. Saya bersama anak-anak kecil akan berjalan kaki mendaki sampai ke sana.


Anak-anak besar akan mengikuti kembara yang lebih jauh. Tak silap hampir 4 jam jugalah.



Perjalanan sedikit bahaya kerana licin akibat hujan. Air yang bergenang membuatkan perjalanan kami sedikit perlahan. Dalam duk hati-hati pun saya jatuh jugak 2 kali. hehehh.



Kelaparan. Pandai mereka bawa diri. Mukri dan Qayyim yang bersama kembara anak-anak. Mak & ayah dia bersama Thaqif mengikut kumpulan kembara dewasa.



Cuaca mendung dan hujan renyai membuatkan kami berjalan dalam kesejukan. Kesiannya pada anak kecil yang tak tahan sejuk. Sejuk pun tetap berjaya sampai ke atas. Cayalah..!! =)



Inilah sebahagian wajah-wajah yang berjaya sampai ke atas. Anak-anak lelaki menyambung kembara bersama Akhi Zaidi. Kami yang perempuan selesai sahaja bergambar kenangan dan berehat sebentar terus turun semula ke bawah.



Haii.. Saya si kuda poney. Saya banyak berkeliaran di kawasan bukit Dartmoor ini. Dari raut wajah saya nampak seolah-olah saya ni baik. Lembut kan. AWAS..!! Sekali saya tendang nahas kamu. Jangan main-main dengan saya. Nanti saya wachhaaaa baru tau.. =)


Habis selesai aktiviti kembara di Haytor. Kami berkonvoi untuk mengambil geng kembara dewasa yang mengelilingi kawasan Dartmoor National Park.


Dalam perjalanan kami singgah di anak sungai yang tak tahu nama tempatnya.



Pantang jumpa air. Dapat celup kaki pun jadilah. SEJUKKK... gegegee....!!



Pemandangan dari dalam kereta.



Menunggu adik-adik menghabiskan kembara mereka di sini.




Inilah caravan kami.


BEST..!!


~ akan bersambung ~


Saturday, April 24, 2010

Cherry Blossom At Nottingham University..



Assalamualaikum wbt...


Salam penghulu segala hari yang penuh keberkatan ini. Salam petang Jumaat.


Semoga kita semua dalam rahmat, kasih sayang dan maghfirah dari Allah swt...


Ini cerita hujung minggu lepas. Dengan izin Allah swt kami (kak ct sekeluarga & saya) dapat bermusafir ke Nottingham (senang sebut - Notts). Ini kali ketiga saya sampai ke Notts. Tiap tahun mesti sampai. Alhamdulillah. Apa yang kami hajatkan dengan musafir itu dapat terlaksana dengan baiknya.



Ok. Ini cerita kami. Cerita saya dan anak-anak semasa di Notts. Kami jalan-jalan di Nottingham University untuk bermain di playground ( sedap pulak guna perkataan playground ). Oh.. tapi saya tak nak cerita kisah di playground. Saya nak cerita tentang Cherry Blossom yang sedang lebat berbunga di tepi playground.


Sebelum tu, masa cuti Easter saya dah bawa anak-anak ke Greenwich Park. Selain daripada alasan nak raikan mereka sedang bercuti. Saya sebenarnya nak tengok Cherry Blossom yang sedang berbunga lebat di sana. Dua tahun di sini, saya tak berpeluang untuk mengambil gambar di sepanjang jalan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok Cherry Blossom. Kononnya memandangkan ini tahun terakhir (insyaallah. doakan ye) tak naklah lepaskan peluang. hehehh.


Allah izin, Cherry Blossom takda. Samada dah habis gugur atau belum gugur. Saya tak berani nak belek pokok sebab ada anjing yang tak bertali dengan tuannya sedang berpiknik di sana. Tengok dari jauh dengan perasaan sedih. sob. sob. Dalam diam saya pujuk hati. Takpalah. Allah tak izin. Dia ganti dengan pemandangan dari bunga-bunga Daffodil yang masih segar berdiri dan tanpa disangka dalam kami sambil berjalan berjumpa dengan Tulip yang masih malu-malu nak berbunga. Subhanallah. Masyallah. Sekejap sahaja Allah pujuk hati ini dengan ciptaanNYA yang Maha Hebat.



Lagi buatkan saya terharu. Allah tak biarkan saya ralat dalam kesedihan kerana tak dapat menikmati pemandangan Cherry Blossom di Greenwich park. Rupanya Allah dah susun dengan sebaik-baik perancanganNYA yang saya akan menikmati keindahan bunga-bunga ini di Nottingham. Alhamdulillah.



Lebih menyeronokkan saya dapat bersama-sama menikmati keindahan Cherry Blossom dengan anak-anak yang sangat saya sayangi di bumi Uk ini.



Teruja betul Aisyah membaling kelopak bunga.



Membiarkan mereka bebas leka bermain dengan kelopak bunga yang bertaburan di lantai bumi.



Khusyuknya Fatih memerhatikan ciptaan Allah ya sayang. Apalah yang bermain difikiran Fatih tu..? Kalaulah saya dapat baca fikiran Fatih. Boleh kongsi dengan anda semua. =)



Sambil duduk memerhatikan mereka bermain. Tangan saya juga ligat memicu kamera untuk dikongsi hasilnya bersama anda semua.



"Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun? Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)." (QS. Qaaf, 50: 6-8)



Subhanallah

Alhamdulillah


Walailahaillah


Allahuakbar





Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)



Cantikkan... Alhamdulillah. Segala puji-pujian kita kembalikan kepada Pencipta bunga ini. Saya diberi peluang olehNYA untuk berkongsi dengan anda semua.


Selamat berhujung minggu.


~ Pssttt... perasan tak. Awal mukadimah entry ini saya ucapkan salam Jumaat. Bila pos ini keluar dah jadi pagi Sabtu. heheh. ~


Wassalam...





Thursday, April 22, 2010

Entry 5 minit...

Assalamualaikum wbt..


Selamat pagi Malaysia..


Selamat pagi juga London..


Pukul 3.28 pagi.


MASIH BERJAGA.









Saja. Asyik bagi entry pasal cheese cake je kan. Ada pulak yang muntah karang. Balik-balik resepi cheese cake. Asyik-asyik entry cheese cake. Bukan boleh makan pun. Buat orang telan liur je. huhu. Kesian korang. =) Makanya. SAYA TANGGUHKAN DULU ENTRY OREO CHEESE CAKE ye.


Tunggu.


=)





Tuesday, April 20, 2010

Resepi Lemon Cheese Cake...


Assalamualaikum wbt...


Resepi Cheese cake kembali lagi. Maaf buat anda tertunggu-tunggu. Aiseyy.. ada ka orang tunggu? hehehh. Ada. Ada. Saya tahu sapa. Kerja banyak tak setel lagi (kerja sampai bila pun tak setel. sentiasa ada). Apapun, sebelum saya lupa cara-cara nak buat cheese cake ni. Baiklah saya siapkan entry ni cepat-cepat. Gosok baju tak akan lupa caranya kan. Jadi yang tu kemudian sikit ya bibik kerjakan.


Ada yang minta resepi Oreo Cheese Cake. Memandangkan saya dah upload gambar Lemon Cheese Cake sebelum ni ( dah peram dua tiga malam rasanya. huahua) . Makanya peminat Oreo Cheese Cake perlu bersabar. Boleh? =D




Bahan-bahan untuk membuat Lemon Cheese Cake ialah...

2 cawan biskut Digestive atau biskut yang bernama Marie. Kalau suka base tebal. Boleh tambah biskut lagi. Saya punya nipis ja.


2 sudu besar marjerin biasa. Yang guna untuk sapu roti. Tak perlu pakai jenama Butter Cup atau Butterfingger (tipu).


2 bekas soft cheese cap Philadelphia. Pengguna setia (ceeewaaahhh).


1 cawan gula.


3 biji telur. Dibasuh dan dilap kering.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla.


2 sudu besar tepung gandum. Tak perlu membumbung.


Pelakon utama. Tadaaa. 2 biji lemon. Untuk diparut dan diambil jusnya. Kalau takda ni taklah namanya Lemon Cheese Cake.


Cara-cara membuat sebiji Lemon Cheese Cake Yang Memang (baca:SANGAT. tak tipu. Diakui oleh mereka yang sudah merasai. 80 orang peserta MEKAR. Kurang-kurang 40 orang yang rasa. Lebih tu bertuah la. 3 biji untuk 80 orang. hehe) SEDAP.



Parut kulit lemon. SEE. Baik tak saya..? (;P) sampaikan gambar pemarut pun saya glamerkan. wawawa. PARUT BAIK-BAIK TAHU. Jangan sampai isi putih tu termasuk dalam parutan. RESEPI NAK KULIT LEMON SAHAJA. Apa akan jadi kalau TERparut isi yang berwarna putih? Haaa... Alamatnya nanti kalau cheese cake anda ada rasa pahit. INILAH PUNCANYA. Isi yang berwarna putih akan menghasilkan rasa pahit pada cheese cake anda. PERCAYALAH.


Saya pun punyalah CUAK (tak tipu) masa parut kulit lemon. Parut dengan PERLAHAN dan sangat BERHATI-HATI. Sampai satu tahap. Tak terparut kulit lemon. TAKUT PUNYA PASAL. hahaha.


Dua biji lemon akan menghasilkan parutan yang sedikit sahaja. Anda mesti akan kata dalam hati. Termasuklah saya. ngehngehngeh. " Errr.. CUKUP KE sikit ni nak bagi rasa lemon..?"


Sifu kata.. " Cukup..."


Anak murid dalam hati, " Yalah.. Baik sifu. Jangan DERHAKA.." =)



Kemudian, ambil 2 biji lemon yang diparut kulit. Perah dan campurkan dengan parutan kulit lemon.



Naahh.. terus bagi gambar cheese dengan telur ye. hehe. TAK LARAT NAK BUH GAMBAR SEMUA.


Biar saya terangkan ajelah ye...


Sebaik-baiknya semua bahan berada dalam SUHU BILIK. Untuk memudahkan kerja-kerja nanti.


Kosong (sengalkan. guna kosong. sebenarnya dah taip sampai no dua baru teringat tak terang pasal biskut.ekekek)... Seperti biasa. Biskut dikisar sehingga halus. Masukkan marjerin dan cairkan selama 15 saat dalam microwave. Kalau takde microwave. Cairkan atas api pun boleh. HATI-HATI ya. Marjerin tu sedikit panas kalau terus pegang dengan tangan. Gunakan sudu.


Bila dah gaul sebati biskut dan marjerin. Tekan atas tin yang sudah dialas dengan kertas minyak. Masukkan dalam peti ais sementara kita siapkan adunan bahagian atas.


Pertama... Pukul soft cheese dalam mangkuk yang bersih dan kering selama 2 minit. Kalau soft cheese masih berketul lagi. Tambah seminit lagi.


Kedua... Masukkan gula dan teruskan memutar lebih kurang 2 atau 3 minit. Agak-agak gula dah sebati. Cukup. Masukkan tepung pula. Sambung pukul lagi. Kaup adunan di bahagian tepi mangkuk yang kurang mendapat perhatian mixer. Pukul lagi selama 1 minit.


Ketiga... Masukkan telur yang sudah dibasuh dan dikeringkan SATU PERSATU. Bukan sekaligus. Satu biji kemudian putar. Pecahkan yang kedua kemudian putar. Sampailah ketiga. Kemudian putar sampai semuanya sebati.


Keempat... Masukkan esen vanilla dan jus lemon + parutan kulit tadi. Putar sehingga sebati dalam 1 minit. Kaupkan lagi sekali adunan bahagian tepi mangkuk yang sememangnya kurang mendapat kasih sayang (hoho) dan pukul lagi sehingga semuanya sebati.



Agak-agak adunan anda dah jadi seperti gambar di atas. Oklah tu. Lulus dah jangan risau. heheh.



Masukkan adunan cheese ini ke dalam tin. Goyangkan sedikit untuk mendapatkan permukaan yang cantik.


Membakar Dengan Teknik Waterbath.


Satu... Potong dua keping aluminium foil yang sama panjang. Agak-agak boleh menutup sekeliling tin cake. Bentangkan dalam kedudukan satu melintang dan satu menegak.


Dua... Letakkan tin cake di atas aluminium foil. Balut sekelilingnya dengan kemas.


Tiga... Letakkan tin di atas loyang pembakar seperti gambar di atas. Masukkan dahulu loyang ke dalam oven. Kemudian baru masukkan air panas di sekeliling loyang. (Faham tak..?) Dari anda semua letakkan air panas dahulu baru masukkan dalam oven. BERAT, PANAS dan BAHAYA.


Suhu Untuk Membakar.

Selepas membakar 4 biji cheese cake bersama sifu. Yang terakhir 1 biji sendiri ( dah pandai la kononnya kan. hehe). Saya telah menukar suhu dari 170'C kepada 150'C selama 50 minit. Dengan suhu ini cheese cake anda akan menghasilkan permukaan yang CANTIK, GEBU dan YANG PASTI (Insyaallah dengan izin ALLAH) TIDAK MEREKAH.


Selepas 50 minit, anda akan melihat seolah-olah permukaan di tengah-tengah kek tidak masak. Bila digoyang sepertinya masih lagi lembik bukan. TAK APA. Itu memang akan terjadi. Makanya, keluarkan tin pembakar yang mengandungi air tadi. Biarkan tin cake di dalam oven selama beberapa jam. Kek akan masak dengan lebihan panas atau haba yang masih ada di dalam oven. Selain itu, ini untuk mengelakkan cheese cake sejuk dengan MENGEJUT yang mana akan membawa kepada kemungkinan untuk MEREKAH. Ohh Tidak.. Mohon dijauhkan.!! huahua.




Tadaaa... Inilah hasilnya. Lemon Cheese Cake yang MENJADI.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah swt.



Selepas dibiarkan kesejukan di dalam peti ais semalaman. Inilah hasilnya. Petua kami ( sifu dan saya. eceehh nak masuk jugak nama.) Buatlah cheese cake di waktu malam. Ini untuk mengelakkan suara-suara sumbang yang akan bertanya.


" Ummi, bila boleh makan..?"


"Mama, lambat lagi ke nak siap..?"


" Ibu, kakak nak rasa sekarang boleh tak..?"


Nak lagi geram kalau yang besar pun sama naik dengan anak-anak jugak. hahaha. Bukan tak faham bahasa. Tapi dah TERUJA tengok cheese cake yang GEBUSS itu kan. hehehh.



Nak nak lagi bila tengok yang dah siap berhias dengan strawberri pulak. Aduii. Mana boleh tahan. hehe. Habis semua diet dah dicampak ke laut.


Alhamdulillah. siap juga entry ini. SELEPAS DIPERAM SELAMA 10 HARI. Pheeww.. Rentung hangus kalau masak macam ni. (kuengkuengkueeenngg.)


Untuk Oreo Cheese Cake tak tahulah bila boleh siap entry. huhu. Inchek Morphy Richards dah tak sabar tunggu nak ajak dating. huahua. Bertimbun baju tak gosok lagi. T________________T


Apa pun. Selamat Mencuba ye..!!

~nak suap Fatih makan sambil tengok Adamaya~

=D


Saturday, April 17, 2010

Hujung Minggu Di Nottingham.

Assalamualaikum wbt...


Moga kalian pembaca yang saya sayangi berada dalam rahmat, kasih sayang dan maghfirah Allah swt..


Insyaallah sebentar lagi kami ( kak ct sekeluarga & saya ) akan memulakan perjalanan ke...



Nottingham

( terkenal dengan lagenda cerita Robin Hood )


bermula

16 - 18 April 2010


Moga Allah permudahkan perjalanan kami dan memberi kami kekuatan untuk mengutip mutiara hikmah yang bakal disampaikan oleh ustaz-ustaz kami dari Malaysia sekaligus memanfaatkannya dalam kehidupan. Insyaallah.




Khas buat semua. Bunga Tulip.

=)



Friday, April 9, 2010

Resepi Blueberry Cheese Cake...

Blueberry Cheese Cake Yang Menjadi Pujaan ramai.

Ececeee.. Perasan..!!



Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah... akhirnya. Berjaya juga diri ini menggagahkan diri untuk menaip entry resepi Blueberry Cheese Cake. Kesian buat semua yang masuk blog ini hanya dapat menatap gambar. Dalam hati duk terdetik. ' Bila la bibik ni nak menggoreng entry ye..?' hehehe.


Mana yang dah rasa cheese cake ni, boleh la panjang-panjangkan langkah untuk mencuba pula ye. =)
Ok. Kali ni saya akan kongsi resepi ni satu persatu. Macamana saya belajar, itulah yang akan saya kongsikan bersama. Takda sorok-sorok petua punyalah. Biar semua orang dapat merasa cheese cake yang sama kami makan. Yang pasti air tangan berbezalah kan. ngeh ngeh ngeh.


Bismillahirrahmanirrahim...




Bahan-bahan untuk membuat sebiji Blueberry Cheese Cake ialah...


1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.



2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram. Kalau tanya jenama lain saya tak tahu. Tu kena tanya chef lain. Tok guru saya ajar pakai jenama ni. Anak murid pun patuh je. Baik cikgu..!! Jadi korang nak jadi anak murid yang baik. Ikut ye cakap tok guru. Jangan pandai-pandai nak derhaka lagi. Nanti dah terer baru kita derhaka eh. Derhaka sama-sama. ;P


2 sudu besar butter tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.


3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.


1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.


2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.


1/4 sudu kecil almond extract.


1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. Ini ayat tok guru. Saya copy paste. Ikut. Jangan derhaka.


Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.



Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Saya rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye.




Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.




Gunakan spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.




Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan peralatan yang digunakan kering. Ini petua tok guru yang saya tengok sendiri dia buat. Semua alatan dilap biar kering sebelum digunakan.



Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.


Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye.. =)



Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.



Taraaa... Inilah hasilnya.



Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.



Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah.


Psstt.. gambar diatas bukanlah teknik waterbath yang betul. Itu kami pandai-pandai je mengubahsuai kaedah waterbath. Hehehh. Hasilnya memang CRACK. =D


Tips dari bibik :

Selepas mencuba membakar dan melihat hasil ketiga-tiga biji cheese cake dalam masa 1 hari. Saya rasa suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.

Kalau bakar terus alamatnya memang sah-sah akan crack. HuHu. Itulah yang nak dielakkan oleh setiap pembuat cheese cake. Dalam hati mesti crack jugak sikit kan. Biasalah, takkan nak tunjuk. Huahuaaa.






Kaedah waterbath dari youtube.

Untuk lagi mudah. Masukkan dulu bekas ke dalam oven. Kemudian baru dituang air panas.


Selamat Mencuba..!!