Monday, March 21, 2011

Air Tangan Mak - Kerabu Mangga.

Assalamualaikum wbt.

Menu makan malam tadi. Mak masak ikan kembung masak taucu dengan kerabu mangga. Saya tolong cincang mangga, gaul dan jadi tukang rasa. Mak tak boleh rasa sebab puasa. Hari ni hari terakhir mak puasa selepas tiga hari. 

Lepas siap masak semua. Jiran sebelah datang hantar keropok lekor dari Terengganu. Sayalah orang yang paling seronok. Rezeki mak yang berpuasa. Saya tumpang tukang makan.


Macam biasa, lepas upload gambar kat facebook. Ada yang bertanya resepi. Jadi buat cik adik manis yang bertanya. Moga tak patah semangat untuk mencuba ya. =)

Bahan-bahan : ( 5 orang makan)

2 biji mangga muda sederhana besar. -mangga kecil. boleh tambah bilangan.
1 mangkuk tauge - tak perlu dicelur. nanti tak ranggup.
1 biji tomato- potong dadu
5 biji cili padi-tumbuk atau potong halus.
1 bawang besar- mayang.
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar beras - sangai sampai bertukar warna coklat. jangan sampai hangus ya. tumbuk atau kisar kering. jangan kisar sampai jadi tepung. kisar macam kita kisar kacang tanah.
2 ekor isi ikan kembung yang sudah direbus. Mak guna ikan goreng sebab dah sekali jalan dia goreng ikan. Guna ajelah ikan goreng tu. Kalau takde ikan kembung. ikan selar pun boleh.
Garam dan gula sedikit.
2 biji limau kasturi.-diambil jus

Cara-Cara :

1-  Mangga muda diparut. Lagi best kalau dapat sagat yang jadi panjang-panjang. Baru nampak cantik. Saya cuba parut dengan penyagat. Tak cantik. Jadi hancur. Barangkali mangga saya dah lembut. Jadi saya cincang-cincang saja.

2- Gaulkan semua bahan dengan penuh kasih sayang. Ramas-ramas sikit supaya bahan jadi mesra alam.

Petua mak - bila masak, bila nak masukkan garam dan gula, masukkan sedikit demi sedikit. Masukkan sikit rasa. Tak cukup masin, tambah sikit lagi. Melainkan kita dah pakar bolehlah tuang terus dua sudu. Peluang untuk jadi 'Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak boleh nak makan' tak lah berlaku. =D

Selamat mencuba.


3 comments:

nieda said...

sedapnya kerabu mangga. letak kacang mmg marvelles..

eLLy said...

menarik!!! .. first time tengok kerabu letak isi ikan. harus di coba

Anonymous said...

ma......sedapnyaaa..
k siti