Saturday, March 19, 2011

Happy World Book Day.

Assalamualaikum wbt.

Rupanya 3 Mac adalah Hari Buku Sedunia. Saya tahu pun bila tengok iklan yang ditayangkan di TV3 setiap hari. Takde Hari Buku Sedunia pun saya tetap membaca. Setiap kali keluar berjalan mesti bawa buku sebuah dan ada masa bila tamak datang. Bawak sampai dua tiga buah buku sebab tak tahu nak baca yang mana satu.

Sekarang bila dah balik Malaysia lagi lah bertambah tamak. Tamak gila. Setiap kali pergi shopping mall mesti (baca:wajib) masuk kedai buku. Bila dah masuk tu jangan harap la nak keluar dengan tangan kosong. Paling sikit dua buah. Paling banyak sepuluh buah. Geram tengok lambakan buku yang bagus untuk dibaca. Sampai satu tahap bila tengok buku yang dibeli dah bertimbun. Insaf sekejap. Dalam hati duk kata, 'aku ni beli buku saja. bacanya tak habis-habis pun. duk keja belek je memanjang.'

Kesedaran tu hanya mampu bertahan paling lama dua minggu. Ya, dua minggu. Lepas tu dia buat tak sedar diri beli lagi buku. Beli dan beli sampai satu tahap. Bila buku-buku tu disusun dah tak muat rak nak sumbat. Yeaayy.  suka. suka. Sangat suka tengok buku yang teratur kemas satu ketika dulu di majalah. Rumah orang. Kedai.Kini berada di depan mata. Kepunyaan sendiri hasil titik peluh dari minat membaca.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Terima kasih mak untuk hadiah (sponsor) bina kabinet buku ni dalam bilik saya. Bayangkanlah kalau takde kabinet ni semua. Mahunya buku-buku saya yang banyak ni tersimpan dalam kotak saja.


Ini koleksi novel bahasa melayu yang saya kumpul (beli) sejak mula bekerja. Dapat gaji pertama terus beli novel. Masa tu gaji kecik. Jadi bujet pun beli dua buah ja. Tak boleh lebih. Tu pun dah seronok sakan. Malam tak leh lena selagi tak habis membaca.

Kerja-kerja membeli novel ni diteruskan juga walaupun saya bekerja di London. Siapa lagi mangsa belikan novel untuk saya kalau bukan mak. Penulis novel pun kenal mak saya yang tahu dia belikan novel untuk saya di London. Sayang mak.


Ini adalah koleksi bahasa inggeris yang majoritinya saya beli di car boot sale. Tujuan asal beli buku-buku ni untuk dijual. Bila balik Malaysia niat tu dah bertukar. Sayang la pulak nak jual. Sayang sangat. Ada beberapa orang yang berminat mahu membeli. Jawapan saya masih lagi sama. Not For Sale. ;D


Sudut kegemaran anak-anak saudara saya. Bukan mereka sajalah. Semua budak suka. Mak budak pun suka. Senang hati dorang nak bersembang lama-lama sebab anak-anak tak berzikir ajak balik bila dah mula main kat sini. Saya pun tumpang sekaki main dengan dorang. Seronok sekali sekala layan main barbie doll ni. Zaman saya kecik dulu main patung kertas yang dibuat dari surat khabar. Rupanya sebijik macam patung kat sawah padi untuk halau burung tu.



Sudut bacaan untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh. Takde masalah. 


Inilah pengguna setia sepanjang cuti sekolah selama seminggu ni. Bangun pagi terus main. Senyap sampai tak hirau makan dan minum. Seronoknya bila dorang tak kisah langsung nak tengok kartun. Leka main kat sini.




Hari-hari buat muka comel macam ni. Kensel mak lang nak marah bila tengok bilik bersepah tak berkemas lepas main. Sekarang dia dah mesra dengan saya. Pantang ajak berjalan. Nak aje.

Tadi dorang dah balik lepas seminggu habiskan cuti sekolah di sini. Sunyi sepi rumah sampaikan saya sendiri binggung duk sorang kat depan tv. Mak awal-awal dia dah masuk bilik. Tidur. 

Tinggallah saya sorang-sorang. :(


7 comments:

Ummu~Ishak said...

woohaaaa.. kabinet sudah penuh dengan buku. hari tu mase saya gi tak pack camni lagi.

tahniah2.

**saya ialah manusia yg sangat kedekut nak beli buku/majalah melainkan mmg nak guna (utk belajar/rjukan dsb)

hehe

kakchik said...

assalamualaikum irma. huhu betapa cemburunya kakchik melihatkan rak-rak kabinet buku tu. hajat di hati ni mini library di rumah tu nak buat rak lebih kurang macam tu juga tapi bajet kurang. semangatnya kakchik tengok.

ADEEYA said...

OMG banyak gila buku I loikeeeee ;D

azwa said...

salam ema. org pn cam hg gak. klu kuar kdi buku,xsah klu xbwk balik,wlupn 1 je. mmg ada gak buku yg beli xabis bc lg..yg blm bc lg pn ada..

aishahias said...

banyaknya buku! best tu menghabiskan masa kat ctu. hehe. :D

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

jeles tgk kabinet buku tu tersusun rapiiii...aduhhh bile laa nak macam tu...

Aufa Hashiifah Ubaydah said...

Nk tanya kt mner beli kabinet tu, sy minatlh