Friday, March 9, 2012

Umrah Ziarah - Selepas 1 minggu...

Assalamualaikum wbt.





























Alhamdulillah... selesai umrah ziarah kami pada 15 Feb - 1 Mac 2012.

KL - Singapura - Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah - Singapura -KL.

Begitulah perjalanan kami selama 16 hari.

Pengalaman yang sangat bermakna. Moga ada jemputan lagi dariNya untuk diri ini.

Dalam kepala macam-macam nak cerita. Nak kongsi. Sekadar bermain di kepala. :)

Jadi saya kongsikan dulu sedikit gambar sepanjang 16 hari musafir kami ke 3 buah negara ini.

Insyaallah, ada kesempatan saya akan bercerita lagi.

Sekarang... bila baca buku berkaitan Turkey dah dapat gambaran di kepala. 

'Oh.. Topkapi Palace macam ni.'

Saya dah jumpa bot yang jual fish fillet dengan roti. 'Balik ekmek boat'.

Saya dah sembang dengan lelaki turkey yang handsome. haha. ;)

Di Makkah dan Madina... saya rindu untuk beriktikaf di sana. Terbayang kaabah di hadapan mata. Terasa - rasa lagi kesesakan di raudhah. 

Subhanallah.. Alhamdulillah. Syukur padaNya di atas kesempatan yang diberikan. 

Saya sudah menjadi sebahagian daripada mereka yang sentiasa merindukan Haramain. Rindu panas dan debu-debu Haramain yang berterbangan. Rindu sesak-sesak ketika tawaf dan saie. Rindu semua lah!

Sekarang pun ketika solat terasa-rasa lagi seperti ada Kaabah di hadapan mata. Kemudian lepas solat menjengukkan kepala melihat berapa bilangan jenazah yang disolatkan hari ini.

Ya Allah... sesak dada ini dengan rindu yang menggunung.!




10 comments:

june said...

seronoknya.. semoga saya juga berpeluang ke Haramain nanti

mama tisya said...

sronoknye dpt jd tetamu allah..lps tu melawat beberapa tmpt lain..cantik la fridge magnet tu...ada extra tk..hehehe

kathy said...

alhamdulillah sbb dah balik dgn selamat..sy pun berhajat utk ke sana satu hari nanti..amin..

ALINA ZAINI said...

subhanallah cantik, teringin sangat nak kesana

Minsofea said...

sangat teruja tengok gambar2 tu...moga berpeluang untuk ke sana juga...insyaallah...

azura samsuddin said...

alhamdulillah sis irma dah jejak kaki ke sana, mudah2an ada rezeki sy dan keluarga pulak pas ni, aminnn

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

alhamdullilah dah menjadi jemputan darinya...kami bila laa gamaknya...

Unknown said...

salam irma.. mak & adik akak nk pergi bln depan.. umrah ziarah turki.. ada apa2 tips semasa di turki yg boleh dikongsi?

eLLy said...

Seronok nye .. Insyallah suatu hari nanti akak pun nak menjadi tetamu allah :)

yatie chomeyl said...

bestnya dah smapai sana..harap2 tak lama lagi sampai giliran saya pulak