Thursday, January 3, 2013

Selamat Datang 2013.

Assalamualaikum wbt.


Blur...


Blurr....


Blurrr.....


Blurrrr.......


Nak bercerita tetapi semuanya hanya bermain dalam kepala saja. Haisshh.. rindunya nak merapu panjang-panjang. Cerita macam-macam. Semuanya tak terluah.


Alhamdulillah... 2012 melabuhkan tirai dengan rezeki yang tak disangka. Terutamanya sepanjang Disember lepas. Jualan Durian Crepe yang menghuru-harakan kehidupan saya. Huru hara yang best. ~senyum lebar~


Sampai hari ini permintaan terhadap Durian Crepe masih tak berhenti. Cuma tak serancak bulan Disember yang lepas. Saya pun tak nak ambik banyak sangat order dalam sehari. Cukup lah pengalaman sebulan lepas bekerja dalam keadaan yang stress dan kalut. Tak cukup tidur tu tak yah cakap la kan. Nak bagitahu, sebenarnya nak tidur pun takut. Takut terbabas. huhuu.


Tu belum masuk masa nak hantar Durian Crepe dekat customer. Masa mula-mula tu setiap 15 minit turun naik lif. Kadang tu dah sampai lif, ada pulak customer sms bagitahu dah sampai. Patah balik rumah ambik Durian Crepe lagi. Penat. Pembantu saya tengok pun penat. Semua kerja saya yang buat. Tu pasal saya tetapkan masa setiap 1 jam saya tunggu 15 min dekat bawah. Tu pun kalut jugak sikit. 


Dengan izin Allah, rezeki dari Durian Crepe dapat la saya beli peti ais baru secara tunai. Alhamdulillah.


Sepanjang 2012 juga saya dapat 14 tawaran untuk kerja di UK dan Australia. Mula-mula tu seronok. Bestnya la kan kalau dapat pergi. Semua tu tinggal angan-angan bila tengok muka sedih mak. Saya pun semenjak tinggal dekat dengan mak dah semakin berat hati nak berjauhan. Macam-macam ada dalam fikiran. Belum masuk lagi cerita anak murid mengaji. Bila makcik Faridah dapat tahu saya teruja nak ke London balik, makcik cakap, 'Lepas ni takde sapa nak ajar makcik mengaji.' Dushhh... terus bertambah-tambah rasa serba salah. Kensel... tak jadi pergi. :)


2012 juga menyaksikan kegilaan saya mencari guru untuk menuntut ilmu. Terutama ilmu fondant. Sanggup travel sampai Kuantan semata-mata nak cari guru yang terbaik. Alhamdulillah. Impian terlaksana. Cumanya yang tak terlaksana lagi, entah bila nak membuatnya. Ilmu dah ada. heh..! 


Pengalaman mengerjakan umrah dan melawat negara Turki juga merupakan kenangan terbaik sepanjang 2012. Masih terbayang kenangan duduk depan Kaabah di pagi hening sebelum solat Subuh sambil mengerjakan solat sunat. Subhanallah. Kenangan terindah. Moga ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana lagi. Target utama semestinya mengerjakan haji di usia muda. Insyaallah.


Apa lagi ehhh..? Amboi... tadi beria - ia kata blurrrr..! ;P


Terima kasih buat semua pelanggan-pelanggan saya... terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya menyediakan kek untuk meraikan hari istimewa korang semua. Maaf sangat-sangat sekiranya ada cacat dan terkurang pada hasil kerja saya. 


Insyaallah... sempena kehadiran 2013 ini, dengan berbesar hati saya bakal menambah produk kek baru bagi memenuhi permintaan pelanggan semua. 


Antara produk terbaru dari saya. Jeng... jeng... jeeennngggg....!!! ~ketuk kompang plissss~























Kredit semua gambar di atas kepada Kak Ina Bzee Bakeri. Buat pertama kali saya tak bawa kamera pergi kelas. Bagus tak anak murid. Pinjam gambar cikgu dulu. heh..!





Brownies Kukus Dengan Lapis Keju. Ini resepi segera. Saya pakai tepung premix beli dekat Bagus. Balik rumah bancuh, kukus pastu tuang ganache. Saya buat pun atas permintaan suami junior sekolah saya. Bukan isteri dia yang mengidam. Suami dia tahu isteri dia nak tempah kek dengan saya. Dia pun tumpang sekali. Saya ni yang tak pernah buat brownies. Hantam sajalah. Kebetulan dalam almari memang ada stok tepung brownies. Bertambah senang kerja saya. Hasilnya memang sedap. Tak tipu..!


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Bila saya kenangkan balik semua pengalaman sepanjang tahun ni. Betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan pada saya sebagai hamba Dia. Adakah cukup/berlebih rasa syukur yang saya panjatkan kepadaNya sebagai balasan atas segala nikmat yang diberikan. Allahuakbar..!



Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?









11 comments:

Miss Lexus said...

terliurnye tgk gmbo2 diatas...

Zack Zachoes said...

selamat tahun baru irma ^_^

Eliss Mie said...

selamat tahun 2013.semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang ditinggalkan semalam . In Sya Allah.terliur pulak kek2 tu dah macam kek kat SR dah tu...

athirah said...

Salam kak...tumpang tanya..cmne akak dpat bnyak tawaran kerja kt oversea..ade care dia ke

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Ya Allah banyak nya kek cantik2, sedap2.. akakkkkkkk kenapa menduga macam ni. huhuhuhu

Kathy Tuah said...

double indulgence tu yg paling menarik perhatian sy..
btw, semoga tahun 2013 ni akan menyempurnakan segala impian akak..amin..

Qashmere said...

Tengok gambar kek ni, lapar terus eh..lebih hebat dari secret recipe ni...

Hanis Azla said...

HNY 2013 irma.. Alhamdulillah untuk rezeki dan segala yang terindah di tahun 2012.. semoga perjalanan 2013 ini akan terus diberkati ALLAH hendaknya.. insyaAllah.. terliur2 dah tengok kek2 tu.. mengancam sungguh..

mama tisya said...

tahniah irma..makin byk produk baru..smoga trus success...nanti bila2 nk order sy msg ye sbb ada diskaun yg menang giveaway dlu tk guna lg..tkde expired date kn..hehe

ct cucubi said...

sedapnya cake2 tu.

Epelijau said...

owhh..sedapnya kek2 tersebut...huhu..
semoga lepas ni irma dapat buka bakeri outlet ye...tak payah turun naik lif dah :))