Monday, April 1, 2013

Pavlova Untuk Upacara Potong Kek.

Assalamualaikum wbt...













Inilah kerja saya sepanjang 1 minggu bercuti. Bukan pergi makan angin. Masih duduk di dapur jugak. Sibuk dengan persiapan kenduri adik lelaki saya. Saya ditugaskan menyediakan cupcake goodies dan kek masa kenduri. 


Mak awal-awal dah bagitahu nak pavlova untuk kek. Saya tambah dengan brownies dan kek karamel. 


Memandangkan meja kecik comel je yang ada. Tak dapat la saya nak buat dessert table macam dirancang. Salah saya juga. Tak bagitahu dekat orang khemah nak meja panjang. Jadi bersempit lah mereka atas meja kecik tu. huhuu. 


Sebelum ni ada yang bertanya. Nak tempah pavlova untuk upacara potong kek. Saya tak jamin sebab tak tahu dan tak pernah ada pengalaman sendiri.


Maka selepas kenduri adik sendiri, boleh la saya bagi tip untuk mereka yang berminat.


Pavlova tak seperti kek pengantin lain. Boleh ditayang seawal jam 10 pagi sehingga pengantin sampai jam 1-2 petang. Tak boleh sama sekali.


Saya sendiri masa pengantin dah sampai. Duk kalut lagi kat rumah dengan kek semua. Akak saya bising apasal kek tak sampai lagi. Haha. Ingatkan pengantin lambat sampai sebab pagi tu nikah habis lewat. Pandai-pandai aje tokey kek buat andaian. Sekali pukul 12.30 pengantin dah sampai. Perghhh.. kalut suruh Kak Jah hantar dulu pavlova. Nanti saya menyusul dengan kek yang lain. 

Masa sampai dengan kek yang lain rupanya dorang nak jugak tunggu kek saya sampai. Bagus jugak. Sempat la saya snap sekeping dua gambar buat penyeri entry. Ceee. :)


Pavlova bertahan 1 jam paling lama dalam suhu bilik. Ini pengalaman saya. Orang lain saya tak tahu. Sebelum bawa pergi masjid, saya sempat letak dalam peti beku selama 1 jam saja. Cukup la nak bertahan sementara tunggu pengantin nak potong dan beraksi bagai. Tu pun kan... masa kitorang duk potong, saya dengar kakak saya kata, 'krim dah nak cair.' See... tu saya kira tak sampai lagi sejam kitorang potong kek semua. Nak lagi jadi sebab cepat cair. Hari tu cuaca memang panas. Lagi mudah krim kek nak cair. 


Tetamu berebut nak rasa pavlova. Sapa yang tak terpegun tengok pavlova 3 tingkat dah serupa macam kek pengantin. Tu pun ada hati nak buat semua 2 layer. Nasib saya sedar diri ja. Haha. Takut la jugak tiang tu tak boleh nak sokong berat pavlova. Maka selepas sedar diri, jadi lah dorang macam dalam gambar. Tu pun orang yang tengok dah tumpang rasa gerun semacam. Tinggi!


Kakak saya yang setelkan urusan potong pavlova. Tak menang tangan dia potong 3 biji pavlova. Sekejap ja dah habis. Licin! 


Senang hati saya tengok kek licin dan takde berlaku pembaziran. Alhamdulillah... 


Saya sendiri tak sempat nak rasa kek semua. Err.. sebenarnya tak teringin pun nak rasa. hihi. Cukuplah saya seronok tengok tetamu makan dan dengar respond 'sedap' dari mereka. :D


Jadi... lepas ni bagi sesiapa yang berminat untuk menempah pavlova untuk kenduri kawen. Boleh la baca tip yang saya BOLD di atas. Sikit ja tip tapi memberi kesan yang besar pada kek anda.


Jangan nanti ada yang sms atau call saya, 'akak... apasal pavlova saya cair.'


Nak lagi best boleh buat jantung gugur sekejap. 'akak... pavlova saya runtuh.'


Hahahahaaa... masa tu saya tak nak sedih atau terkejut bagai. Saya nak gelak je. Jahat!


Sapa suruh tak dengar cakap mak! :P





10 comments:

Tina Othman said...

kreatifnya guna pavlova, tulah tadi baru nak tanya tak cair ke krim nya, sebab cuaca kan skrg ni panas

tapi best jugak ye guna pavlova, lain dari yg lain

Ummiarissa Mahdi said...

sampai sekarang tak pernah lagi kek pavlova ni,asyik dengar orang lain rasa je...3 tingkat lagi...beruntungnya siapa ada kat majlis tu..

ct cucubi said...

unik.. mesti org semua teruja nk mkn.. :)

adda syuhada said...

woww kagum sangat ngn pavlova tuh..

ZalinZalina said...

Irma ni kelakar ler...haritu sambil baca resepi velvet Irma sambil saya gelak pecah perut..he he he...apapun thanks untuk resepi dan tips2 yang sangat berguna :)

Nadiah Sidek said...

macam tahu-tahu je saya nak tanya tak cair ke krim tu? :p

Myvitrd said...

meleleh air liur saya pagi2 ni tengok kek.. hehehe

NURMASFALINA said...

waaa..sedapnya..nk..:)

Cik Eka said...

wawawa dapnye kek2 tu..pavlova tu..

dappp..
sampai skang x merasa lagi makan..
kalau eka sendiri buat kompem tak sodap..hahahaha

lina said...

assalamualaikum erma,

nak tanya boleh kenapa saya punya pavlova tak keras....kat luar...sebelum ni saya buat ok boleh share kenapa....telur mmg tak bercampur dgn kuning...tp pelik dia jd lembik kat luar melekit...pernah tak jadi mcm ni...boleh share dan email kepada saya klina07@gmail.com
bantuan erma sgt diperlukan terima kasih