Friday, April 5, 2013

Sekali lagi... Rainbow Cake.

Assalamualaikum wbt...


Salam Jumaat penuh barakah buat semua.


Alhamdulillah.. sekali lagi saya dapat merealisasikan impian pelanggan untuk menempah Rainbow Cake dengan corak kelopak bunga. 





Alhamdulillah... pelanggan puas hati. Kata dia,'cantik dan sedap.'

Terima kasih Kak Yan.


Ramai yang bertanya. 'Saya nak order Rainbow Cake 1/2 kg ja boleh tak?' 


Dushhh... saya tak salahkan korang. Ok. Mari saya terangkan.


Saya jual kek berdasarkan adunan bukan berat. Satu adunan setiap kek akan menghasilkan berat yang pelbagai. Bergantung pada deco dan krim.


Kebanyakan kek yang saya gunakan bukan terdiri dari sponge cake yang kita sedia maklum tekstur dia ringan. Kek saya kebanyakan adalah kek yang bertekstur padat. Kek sahaja mencecah berat 1kg. Bila dicampur dengan krim dan deco. Kebarangkalian semuanya mencecah 2kg. Jika sponge cake kurang sikit berat dia. Ada la dalam 1.5 sehingga 1.7 kg.


Kesimpulan... berat hanya anggaran sahaja. Susah nak buat kek bila kira berat. Dia akan membataskan imaginasi saya untuk menghias kek. 


Satu lagi... korang tak leh nak samakan kek yang saya jual dengan kek kedai. Kebanyakan kek kedai memang guna sponge cake. Pastu deco pun lebih kurang ja kan. 


Kek saya buat memang khas untuk SATU PELANGGAN SATU ADUNAN. Ceee. nak ambik hati le tu!











RAINBOW CAKE DESIGN PETALS CAKE.

SAIZ : 8 INC BERAT : 2 KG.

HARGA : RM 150

Untuk tempahan : NO HP/ Whatsapp : 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.







7 comments:

marinahunny said...

hai bilalah boleh tempah ni...

aiENn cHAm said...

Aaa cantik sangat!

nanonano said...

betul tu kak,
slalu org tanye brape kilo? nak stengah kilo je blh? huhu
nanti blh pinjam jawapan akak ni :p

mama tisya said...

cantikkkk

Ain SSB said...

Cantiknya kek kak Irma buat <3

zEha said...

heee suka tengok kek rainbow akak buat, sangat cantik, nak kena belajar hee. yep..saya dapat soalan yg sama juga, tanya kek 1 kg brapa? x reti nak ikut kilo, kalau size loyang yala, nak besar or kecik. hee dapat idea cam mana nak jawab. thank you!

hOtMaMa said...

yess! irma.. hakak pun pening nak menjawab soalan kengkadang.. brp kg?? huwaaa.. so lps nih hakak bg jawapan ala2 awak punya jawapan la kan.. sbb ada tu yg ckp.. kt kedai 1kg besar jek.. awak tahu tak akk hr tu sampai pg kedai kek mengkaji.. rupa2 kt situ pun ada tulis 'sponge cake' uols.. patut le.. apa2 pun irma.. thanks!