Thursday, May 9, 2013

PENGUMUMAN : DURIAN CREPE TIDAK DIJUAL LAGI.

Assalamualaikum wbt.




Holla peminat Durian Crepe.


Setiap hari saya menerima satu dua panggilan bertanyakan tentang Durian Crepe. 






Maaf pada semua pelanggan dan bakal pelanggan Duria Crepe saya.


Penjualan Durian Crepe dah lama ditutup kerana durian dah habis musim. Saya tidak menjual Durian Crepe menggunakan durian biasa. Saya hanya menggunakan durian jenis D24 atau Musang King sahaja. Memandangkan durian ini sudah tidak ada dalam pasaran, makanya dengan sendiri saya tidak lagi menjual Durian Crepe untuk masa-masa akan datang.


Amboi Senah.. ayat skema betul!


Nak katanya... senang cerita Durian Crepe dah takde. Tu jewww..!!


Walaupun ada yang nak beli durian dan minta saya buatkan. Maaf. Saya tak buat dalam kuantiti yang sedikit. Demi menjaga masa dan pengeluaran produk yang lain. Maka saya berhenti setakat ini.





Insyaallah... bila musim durian dah kembali berbuah. Nanti para pembuat Durian Crepe akan mula mengeluarkan iklan masing-masing. Masa tu korang sedia lah dengan duit yang cukup. Beli. Rasa. Mana sedap. Kena dengan selera. Pulun beli dan makan sampai puas.


Terima kasih pada semua pelanggan Durian Crepe saya yang lepas. Kepuasan anda terhadap produk Durian Crepe saya sangat saya hargai. Saya dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan jaza'. 


Semoga Allah memberkati kamu.


Panjang umur kita berurus niaga lagi. Insyaallah.




4 comments:

Mama Zharfan said...

tiba2 rasa terliur tgk pic kat entry irma ni

♥MAMASYAZA♥ said...

ermmm tgk gambar pun dah cukup terliurrrrr

Bbwana adienia said...

alahai durian crepe..sedapnya..

Hanis Azla said...

salam irma..

tentu ramai pelanggan durian crepe yang mengharap agar musim durian cepat tiba.. tgk warnanya saja nak boleh terliur.. menawan sungguh..