Assalamualaikum wbt...
Ketika entry ni keluar, jika tiada aral melintang saya sedang menunggu masa untuk berlepas ke London.
Maaf pada semua yang berhajat untuk menempah kek tapi tak kesampaian.
Saya dalam perjalanan untuk memulakan hidup di tempat baru.
Doakan moga perjalanan dan kehidupan saya baik-baik di sana.
Insyaallah, panjang umur ada rezeki saya akan berkongsi cerita lagi.
Sunday, August 25, 2013
Tuesday, August 13, 2013
PENGUMUMAN.. ~sambil katuk tin kosong~
Assalamualaikum wbt.
PENGUMUMAN.. PENGUMUMAN... PENGUMUMAN....
PENGUMUMAN.. PENGUMUMAN... PENGUMUMAN....
KEDAI DAH DITUTUP.
Pasaaaiiiiiipaaaa..???
Itu kita cerita kemudian naaaa..
Nak habaq.. saya tak ambik tempahan dah.
Makaseehh naa. Jumpa lagi.
PENYERTAAN MASIH DIBUKA.
Assalamualaikum wbt...
Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas, boleh SMS saya ditalian 013 258 8230. Irma.
Jangan lepaskan peluang. Kelas takkan diulang lagi selepas ini.
Terima kasih.
Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas, boleh SMS saya ditalian 013 258 8230. Irma.
Jangan lepaskan peluang. Kelas takkan diulang lagi selepas ini.
Terima kasih.
Monday, August 12, 2013
Tuesday, August 6, 2013
Shopping Raya.
Assalamualaikum wbt...
Orang lain sibuk beli baju. Pilih kasut. Cuba tudung.
Saya langsung takde hati nak beli tu semua. Pakai apa yang ada.
Barangkali sebab dah terbiasa beraya sederhana di London. Dah terbawa balik ke Malaysia perangai tu.
Tadi pegi MPH.. Dah lama tak masuk. Sebulan lebih jugak laa. Lenggang sungguh kedai. HaHa. Orang sibuk pergi kedai lain.
Ni lah hasilnya. Gian dah lama tak beli buku. Sekali rembat. Naahh.. 5 biji. Pertama kali beli buku dapat beg kertas. Heh!!
Esok last puasa. Sedih. Sayu. Bercampur baur. Moga ada peluang lagi untuk bertemu Ramadan Mubarak.
Jom manfaatkan malam terakhir Ramadan.
Saturday, August 3, 2013
Jom Tempah Kerusi Untuk Belajar...
Assalamualaikum wbt...
Ramadan sudah menghampiri ke penghujungnya. Tinggal baki 4 hari untuk kita rebut pahala dan kelebihan yang ada dalam bulan yang penuh barakah ini.
Seleeeepaas Ramadan... saya pula nak berkongsi peluang dan ilmu yang saya ada bersama korang yang minat buat kek dan nak jana wang besar dengan ilmu yang diperolehi.
Dengan masa yang terhad ni saya nak kongsi ilmu -
1 - CARA MEMBUAT KEK KARAMEL
2- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE
3- RESEPI RED VELVET CAKE DAN CARA MELEPA KEK.
4- TEKNIK MELEPA KEK DAN MEMBUAT RIBBON ROSES
Jom pilih tarikh dan datang kelas. Memang berbaloi sangat kelas yang saya tawarkan. Tinggal beberapa tempat saja lagi. Saya tak ambil ramai. Maksima 4 orang saja untuk satu-satu kelas.
Lebih menarik.. saya akan bantu anda untuk mendapatkan pelanggan dari kelas yang anda belajar. Memang betul-betul tolong sebab saya takkan dapat ambil order dah lepas ni. Korang la penerus legasi kek karamel saya. :)
Satu lagi nak habaq kat hangpa.. kan dah keluar loghat utara..! :)
Lepas raya ni musim durian dah nak mula. Sapa nak jana pendapatan sehari RM1000. Jom belajar buat Durian Crepe dari saya. BONUS... saya akan bagi no hp pembekal DURIAN MURAH. Pengalaman saya jual Durian Crepe tahun lepas, jualan dalam masa 1 minggu saya dapat beli PETI AIS SECARA TUNAI. Alhamdulillah. Sapa datang belajar nanti dapat tengok peti ais kesayangan saya. heh!
Tak lupa juga. Saya akan bantu korang cari pelanggan selepas belajar. Jangan korang huru hara tak tidur macam saya sudah. Punyalah tak menang tangan nak siapkan order. Seronok tau..!!
Cakap banyak pun tak guna. Jom bertindak. Pilih kelas dan cepat-cepat SMS saya. 013 258 8230.
Jumpa nanti.. :)
Thursday, August 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)