Sunday, June 7, 2009

Menerai Facial Sauna Yang Kureng Best

Assalamualaikum wbt

Sabtu yang mendung. Sangat bosan duduk di rumah. Malas nak keluar tapi sangat rajin untuk menjala di atas dapur. Hahaha. Hari ni bangun pukul 8.30 pagi. Jangan terkejut okay. Ni pun dah paling awal dari orang lain. Yang lain pukul 11 baru turun. Hehe.

Berangan semalam nak masuk dapur pukul 7. Tapi hampeh je. Sedar-sedar dah pukul 8.30. Bersiap ala kadar. Eceehh. Lagak macam nak keluar pergi kerja saja. Sedangkan kerja dalam rumah je. Tak mandi pun tak pe. Keh Keh Keh.

Dah 8.30 baru naik atas masuk pejabat. Termenung dulu nak masak apa pagi ni. Kononnya dah lambat dan sedang memerah otak mahu masak sarapan yang paling ringkas. Errk, idea tak keluar. Semua keluar masakan yang renyah dan lambat nak siap. Huaarghhh.. macamana ni. Lagi-lagi dalam kepala sejak semalam nak buat roti jala.

Nak tak nak, tangan ni cepat je buka buku cari resepi roti jala. Mula-mula buat satu adunan dapat 20 keping ja. Dah malas nak menjala, saya melempeng je bancuhan yang kedua. Sampai dekat meja makan, roti jala dah tinggal tiga keping. Syakirah dengan Fatimah belum turun.

Kena pula masa Syakirah makan dia suka pula.
Dah habis dia merunggut. Tak nak makan lempeng. Depan-depan saya cakap tak sedap. Huhu. Kecik hati tapi malas nak tunjuk. Diam aje la. Lagipun budak-budak.

Fatimah awak-awal dah memang tak nak. Tapi bila sa
ya masuk dapur nak masak makan malam. Saya tengok boleh je dia makan. Huh, saja je.

Bila dah petang tinggal tiga keping lempeng, saya la yang perabiskan. Kalau tak memang masuk tong sampah la alamatnya.

Aik.. mesin apa ni..? Hehe.. Orang perempuan sure tahu kan. Tak tahu jugak. Meh nak bagitau. Ini mesin facial sauna namanya. Ataupun saya panggil wap muka je. Haa. Jangan terkejut. Hehehe. Saya beli dekat car boot sale 1 pound je minggu lepas. Semalam baru berpeluang nak merasa macamana rasa sauna mesin ni.


Ehm. Bila dah cuba. Biasa je rasanya.Tak boleh lawan wap muka yang saya buat di Malaysia. Kat Malaysia dulu tiap-tiap minggu saya akan buat wap muka sendiri. Kebetulan mak suka makan sireh. Jadi saya akan mengecek sireh dengan akar-akarnya sekali untuk dibuat wap muka. Waahh, memang best. Terasa segar muka dengan aroma sireh. Tak percaya. Cubalah.

Hari ni saya masak resepi Kambing Kicap Panas. Perrghh, memang panas. Bukan panas sebab kambing. Tapi sebab ada lada hitam. Kena pulak anak murid ni kan memang suka menderhaka. Main tumbuk je lada hitam dengan banyaknya. Kononnya sedap la kan. Hahaha. Memang la sedap perutku sedang kepanasan. Waah. Taubat insaf sekejap. Resepi. Nanti saya buat entry khas tanpa ada repekan ye. Hehe.

Ini budakkan sudah semakin keletah sangat. Mulutnya cot cet cot cet nak bercakap. Suka sangat bertanya. Soalan dia. 'Apa ni?' 'Apa ni?'. Eee.. geram sangat. Masa kat meja makan sambil makan timun dia sibuk tanya. Semua dia nak tanya. Nasib saya mood baik nak melayan. Hehehe. Habis semua dia tanya. Saya pulak tanya. Seronok dengar dia bercakap yang masih tak jelas butirnya.

Ok. Sudah habis cerita sabtu yang bosan. Ehm. Inilah kerja. Mungkin saya tidak stress dengan kerja seperti kawan-kawan yang lain. Memang takde langsung beban kerja atau sibuk nak menjaga hati rakan sekerja. Cumanya sudah boring. Hari-hari kerja yang sama. Alhamdulillah, ada internet yang boleh menghubungkan saya dengan kawan-kawan. Kalau tak mahu mati kutu. Hehe.

Saya buka rahsia. Ehm, jangan ingat saya di London seronok sentiasa. Memang la seronok kalau tengok saya hujung minggu adakala pergi car boot. Shopping. Kemudian merasa jalan-jalan di sini. Apa yang saya tunjukkan hanyalah sedikit keseronokan sahaja.

Banyaknya adalah pengorbanan bila berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan dan negara sendiri. Ya, itu yang saya jarang tunjukkan. Itulah pilihan saya dan juga harga sebuah pengalaman. Esok lusa saya tak tahu rezeki yang Allah nak beri. Jadi sementara peluang yang datang ni diperoleh, saya manfaatkan dengan sebaiknya. Soal rindu saya simpan dalam hati diam-diam. Sampai masa saya akan pulang ke pangkuan yang tersayang. Eceeh. Sabar-sabar.

Hari ni kakak saya selamat melahirkan anak yang ketiga. Alhamdulillah, selepas keguguran kembar tahun lepas. Dia selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Nur Aina Nazira.

Tahniah akak sekeluarga. Balik saya nanti anaknya dah pandai berjalan. Takpalah, nanti mak lang pergi car boot. Mak lang cari gaun untuk sayang.

Wassalam.


Saturday, June 6, 2009

...Me...

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Entry Boring 2


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Scrapbook at WiddlyTinks.com

Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Jumpa web ni. Seronok pulak buat scrapping ni. Nasib ada banyak gambar. Boleh la nak memilih. Hehe.

Siang yang Panjang

Subuh - 3.08 pagi

Zohor - 1.01 tengahari

Asar - 5.25 petang

Maghrib - 9.17 malam

Isya' - 10.56 malam


Waaaaa.. Lambatnya nak tunggu maghrib. Pastu pukul 11 baru boleh solat isya'.

Lepas tu terus solat subuh. Ada kelonggaran. Nak harap bangun pukul 3. Confirm terbabas. Baik solat siap-siap baru tido.

..Huhu..

Siang panjang tapi entry saya pendek ja.

Dah tak tahu nak buat apa.

!!!..Boring sementara tunggu isya'..!!!


**Entry boring**

Friday, June 5, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Assalamualaikum wbt

Salam Jumaat yang penuh barakah ini. Artikel ini saya kongsikan bersama anda. Mana yang baik bolehlah diamalkan. Mana yang tidak kita ambil sebagai pengetahuan sahaja ya.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Wassalam.

Teknik Jepun Shichida


Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan pendidikan anak-anak yang mana kita boleh praktikkan kepada mereka sebagaimana kita sentiasa berhajatkan anak-anak menjadi yang terbaik bukan sahaja dalam sakhsiah tetapi juga dalam akademik. Kita mahukan mereka seimbang keduanya kan. Insyaallah, sama-samalah kita berusaha ya. Peruntukkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti ini bersama pasangan anda. Moga-moga ianya berhasil dalam melahirkan anak yang soleh.

Errr, penulis bercakap seperti dia sudah mempunyai anak daaa... hehehe. Serius saja. Ehm, insyaallah. Moga Allah permudahkan urusan jodoh saya. Ameen. Doakan saya ya.

Ehm. Banyak maklumat yang saya dapat dari web berbahasa inggeris. Kebanyakan yang saya baca dari web berbahasa melayu hasil dari pengalaman seorang majikan yang menghantar anaknya ke kelas teknik shichida ini. Menurut sumber itu katanya, yuran untuk memasuki kelas ini sangatlah mahal. Lebih mahal dari mahu menghantar anak ke tadika Juanna atau satu semester di UITM. Dasyatkan pendidikan anak-anak zaman sekarang. Botak kepala mak ayah nak pastikan anak-anak berjaya.

Jadi, atas kesedaran majikan ini yang mana melihat ramai anak cina pergi mempelajari teknik ini berbanding melayu. Yelah. MAHAL. Dia pun menghantar anaknya ke kelas itu dan mengajarnya pula kepada pekerja-pekerjanya. Alhamdulillah.

Bagi saya penglibatan ibu bapa juga penting dalam memastikan anak-anak berjaya. Bukan hanya melimpahkan wang ringgit kepada pusat pendidikan yang ada dan hanya menunggu hasilnya sahaja. Ehm, bukankah itu yang berlaku di Malaysia.

Ok. Mari kita baca.

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Kita boleh nampakkan keberkesanannya. Tengoklah orang jepun macamana. Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya. Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks. Jangan lupa. Berdoa. Moga Allah permudahkan niat dan kerja kita ya.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam, bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya, anak yang soleh, kuat, rajin pergi sekolah dan bijak. Ini kerana ketika itu, otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati, elakkan ketika sedang marah.Selepas anak mula pejamkan mata, ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam. Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur, sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak. Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

3) Galakkan anak melakukan kraftangan. Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan, oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat, mewarna, melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memanglah selepas itu terpaksa mengemas, tetapi banyak manfaatnya.

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar, contohnya rama-rama. Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan surh anak anda menyudahkannya. Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.


5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat, sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri. Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi. Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita. Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari, tak perlu terlalu lama.


8) Jika boleh elakkan menggunakan perkataan ‘jangan’ kepada anak-anak. Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu,itulah yang anak lakukan. Gantikan perkataan jangan dengan tolong atau mari kita lakukan bersama-sama supaya anak-anak lebih mudah menerima arahan kita.

Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.

Segala perkongsian pendapat sangat-sangat dialukan. Semoga maklumat ini dapat membantu ibu bapa untuk melihat anak-anak membesar bagai JUARA.


Wassalam.

Saya Sayang Kamu.


Thursday, June 4, 2009

Anak dan Ibu

Assalamualaikum wbt

Maryam Sakinah

Maryam- Kak Irma, mana ummi?

Saya - Ummi kerja.

Muka sedih.

Maryam- Kenapa Ummi pergi kerja?

Saya- Ummi nak cari duit.

Airmata mula bergenang.

Maryam- Kenapa ummi nak cari duit.

Saya- Ummi nak belikan maryam mainan, baju, makanan. Bla.. Bla.. Bla..

Menangis.

.............uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Maryam nak ummi. Maryam nak salam ummi.

Kenapa ummi tak tunggu maryam bangun tidur.

**********************************

Luluh hati mendengar rintihan dan tangisan seorang anak kecil yang mahukan umminya pabila terjaga dari lena. Saya pasti anda sebagai ibu yang berkerjaya juga menghadapi situasi yang sama malahan lebih dasyat lagi kan. Apatah lagi mereka yang bekerja di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Pagi seawal jam 6 atau 7 sudah keluar menghantar anak ke nursery atau rumah pengasuh. Adakalanya anak masih lagi lena sepanjang jalan menuju ke destinasi. Terpaksa keluar awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas ataupun jauhnya perjalanan untuk ke tempat kerja.


Inilah dilema ibu bekerja. Antara anak dan kerjaya. Mana satu yang perlu dikorbankan. Tentu sekali anak yang menjadi pilihan demi meneruskan kelangsungan hidup hari demi hari.

Bagi saya pengorbanan seorang ibu sudah tentu tiada galang gantinya. Dalam situasi sekarang saya lebih melihat pengorbanan seorang anak kecil melawan perasaan yang mahukan ibunya di sisi apabila celik dari tidur. Aaarrghh, saya sebagai pengasuh adakalanya tertumpah juga airmata ini apabila melihatkan anak yang dijaga menangis pabila bangun dari tidur melihatkan saya yang semestinya bukan umminya menyambut dia bangun dari tidur. Melihatkan reaksinya yang memberontak mahukan ummi sebelum dipujuk dan dibelai dengan kata-kata. Adalah satu situasi yang sangat menyentuh hati wanita saya.

Kadangkala mendengar luahan dan rintihan kawan-kawan yang berat hati mahu meninggalkan anak sementara diri keluar bekerja juga membuatkan saya sering berfikir. Inilah
KEHIDUPAN. Manusia berusaha mencari rezeki demi meneruskan hidup yang sementara.

Apapun pilihan kita, janganlah diabaikan anak-anak yang sering meminta perhatian dan kasih sayang dari kita sebagai ibu dan bapanya.


Sebelum saya mengundurkan diri. Saya selitkan satu artikel dari blog Saifulislam. Semoga ianya memberi peringatan kepada diri ini dan anda semua. Wallahua'lam.


***********************

DOSA IBU BAPA LEBIH BANYAK TERHADAP ANAK-ANAK.

”Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]

Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.


Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan ‘kemarahan’ saya. Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?


Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi ‘suri rumah’ selama beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.


Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan. Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.


Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.


Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.


Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.


Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.


Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh.


“Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia”, saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami.


Isteri saya mengangguk tanda setuju.


Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis “OMER”. Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, “my father is a Moslem!”


Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.


Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, “apakah selamat anakku membesar di Malaysia?”


Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak.


“Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!”, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.


Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.


Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah…


Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.


Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.


Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.


Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.


Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.


Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.


Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.


Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?


Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.


Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.


Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya.


Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.


Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.


Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.


Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?


Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!


Wassalam.


Saya Sayang Kamu.

Wednesday, June 3, 2009

Resepi Muffin Pandan


Assalamualaikum wbt

Ada permintaan dari kawan-kawan minta saya masukkan resepi apa yang saya masak. Eceehh, macam chef la pulak. Jadi untuk mendapat pahala FREE. Marilah kita berkongsi resepi masakan yang saya cuba.

Bahan-bahan :

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence

Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :

*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.




Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.

5. Bakar selama 20minit.


Petua Masakan-

Kalau nak muffin naik membumbung macam ini dan teks
turnya lembut, petua biasanya adalah jangan diputar adunan atau dikacau terlalu lama. Cukup sekadar bahan kering dan bercampur dengan bahan basah. Bila isi dalam paperliners, isi hampir penuh ya. Kalau isi 1/2 atau 3/4 penuh nanti tak membumbung.



Selamat mencuba..!

Tuesday, June 2, 2009

Nasi Minyak Takde Pengantin.

Assalamualaikum wbt

Ehm.. Hari ni terlebih rajin la pulak. Masak nasi minyak untuk dinch ( dinner+ lunch ). Start masak dari pukul 3.30 sampai dekat pukul 6 baru siap. Huhu. Lama kan. Baru tau punyalah payah nak masak. Dulu masa kat rumah tengok je mak masak. Saya setakat tolong buat acar timun ja. Hehehe. Yang lain semua mak yang buat. Saya reti makan je.

Sekarang bila dah jadi tukang masak. Semua kena buat sendiri. Nasib resepi di hujung jari. Cari je kat blog-blog masakan. Kalau rajin, salin kalau tak rajin. Mula la jadi macam ni.


Laptop pun masuk dapur. Hahaha.

Tahu dek mak saya ni. Mahunya MALU. Err. Ye ke mak. Atau mak tumpang bangga. Anak mak terlebih pandai. Hahaha. Takkan nak masak setiap hari nak tanya mak. Pengsan la kak ct nak bayar bil. Jadi kita kena la jadi bibik yang bermaklumat. Eceehhh.. Angkut bakul sendiri. Ni sebenarnya kes dah last minit dan malas nak salin resepi. Senang kerja. Bawak je laptop masuk dapur.

Ok. Mari saya kongsikan resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan ni. Sesiapa yang biasa tengok resepi dari Mat Gebu ni kalau malas jugak nak masak. Hai, tak tahulah. Bak kata Nabil. Korang pikir la sendiri. Saya ni hari-hari berangan nak cuba resepi dia. Mana yang sempat saya buat. Yang tak sempat bukan sebab takde masa. PENYEGAN. HAHAHA. Lagipun saya kena berhati-hati bila memasak. Kalau masak syok sendiri. Alamatnya CADDY FOOD WASTE la akhirnya.

Ok. Mari kita jamu mata.


Haaa.. Inilah hasilnya selepas saya bertungkus lumus selama dua jam setengah di dapur. Maaf dah petang. Malas nak keluarkan pinggan chantek. Sekadar pinggan besa-besa je. Hehe. Yang penting RASA. Err. Saya tak boleh layan nasi minyak banyak-banyak. Saya cepat muak.

RESEPI NASI MINYAK & THE KENGKAWAN-


BAHAN-BAHANNYA

500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
2 camca besar minyak sapi
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
1 biji bawang besar, hiris halus
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
3 helai daun pandan, disimpul
700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam "maggi")
300 ml susu cair
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
1/2 cawan kismis

BAHAN HIAS
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Kacang pis
Kacang gajus yang digoreng

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api. Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik.
  2. Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chop stick (cukup sekadar 3 - 4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).
  3. Hias dengan bahan2 tabur dan hidangkan bersama juadah2 lain seperti di bawah.
Ok. Hasil masakan saya. Seperti yang saya selalu cakap. Saya SUKA MENDERHAKA. Tak pernah insaf. HaHaHa.

1- Saya tak guna daun ketumbar sebab takde kat rumah.
2- Saya tak guna kacang pis dan gajus. Sebab anak-anak tak makan. Tu pun nak bagi chantek saya tabur daun bawang dengan bawang goreng. Hehe.
3- Saya letak pewarna kuning. Ambik berkat Raja Sehari. Kah kah Kah. Err, pengantin kan sinonim dengan warna kuning. Ewaahh.Pandai-pandai jerk.

AYAM MASAK MERAH-


BAHAN-BAHANNYA


800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air Kacang pis, untuk hiasan

CA
RA MEMBUATNYA
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka.
Anak murid yang derhaka-

1- Saya tak letak gajus. Entah ada entah tidak.

DALCA TETELAN -


BAHAN-BAHANNYA


500 g tetelan
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap biji, rendam
1 biji terung bulat, kupas dan dadu besar2
10 tangkai kacang panjang, kerat2 sepanjang 2 inci
2 bijj tomato, dibelah 4 setiap biji
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
1 cawan kacang dhal, cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1000 ml santan cair
4 camca besar rempah kari daging
Garam dan sedikit gula
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci lengkuas*
5 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
4 biji bawang merah, hiris halus#
2 biji bawang putih, hiris halus#
3 tangkai daun kari#(#bahan2 tumis)

CARA MEMBUATNYA
  1. Tetelan dipotong (jika besar), cuci dan toskan. Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan keperangan. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana. Masukkan tetelan dan gaul rata.
  3. Tuang santan cair dan air rebusan kacang dhal. Renih hingga tetelan empuk. Masukkan kentang dan lobak merah, bila empuk masukkan asam gelugor dan sayur2ran kecuali tomato. Tambah garam dan sedikit gula.
  4. Bila mendidih, masukkan kacang dhal dan pati santan. Kacau rata dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala, akhir sekali baru masukkan tomato tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Anak murid yang derhaka -

1- Saya tak letak terung sebab TAKDE.
2- Saya takde cili hijau. So no warna hijau dalam dalca saya.
3- Oh yang paling penting. Saya gantikan daging tetel dengan pedal ayam. Hahaha.

ACAR MENTAH


BAHAN-BAHANNYA


1 biji nenas masak dikupas bersih dan hirirs kecil
1 biji timun, dihiris nipis2
1 biji bawang besar, hiris halus2
2 biji cili merah, hiris halus
1 1/2 camca besar cuka makan
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan bahan2 di atas kecuali garam, dalam satu bekas, gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Dinginkan dalam peti sejuk 15 - 20 minit, untuk bahan2 bergaul mesra.
  2. Hidangkan bersama nasi minyak atau apa2 jenis nasi sekali pun....Sungguh menyegarkan!!..
Anak murid yang derhaka-

1- Saya MALAS nak ambil cuka kat stor. Saya ganti dengan lemon saja. Hehehe.

AYAM GORENG -

Aik...Takkan tak reti goreng ayam. Malu la weiii.


Ok. Selesai. Kalau rajin cubalah.

Elehh, korang tak heran la kan. Cuti sekolah berlambak kenduri kawen. Dapat FREE lagi makan.

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.

Monday, June 1, 2009

Sophie Kinsella

Assalamualaikum wbt

Semalam adalah hujung minggu shopping mopping kami di sini. Mana lagi kalau tak di car boot sale. Ok la kan. Bujet bibik. Mana class nak masuk Primark, Selfridges, Harrods.. Bla.. Blaa... Tak kose nak habiskan duit kat sana. Setakat cuci mata boleh la. Errkk, tak sanggup la nak bersesak-sesak dengan orang ramai kat Oxford street tu. Baik habiskan duit kat car boot. Shopping sampai tinggal dua pound je dalam purse. Nasib tak bawak semua duit. Kalau tak memang dah habis kot. Errk. Memang tak ingat dunia. Hahaha.

Dah. dah. Lepas ni kalau kak ct tanya nak pergi tak car boot. Jawabnya. NO. Bujet dah habis. Mati la saya kalau mak tahu. Sapa yang baca ni jangan bagitau mak saya eh. Risau dia anak perempuan ni kaki shopping. Hahaha. Tak tahu nak cakap apa dah. Simpan tau rahsia ni. Hehe. Mana tak geram. Selimut yang berkait dia jual 20 pence. Sarung bantal hand made 2 pound. Sumpah gila.

Ni nak tambah gila. Baju budak lelaki 10 pence. Cantik dan masih kelihatan baru. Ya Allah. Gila saya memilih semalam. Walaupun takde anak lagi. Kahkahkah. Err. Tak nak cakap lagi. Memang murah ok.

Car boot semalam memang besar. Gila sangat besarnya. Saya shopping separuh je semalam. Tu pun sebab duit tinggal dua pound dan anak-anak saya dah MONCONG sebab duit hilang. Setakat hilang sepound setengah pun, moncong dia dah ke laut. Tak tahan nak tengokkan. Nasib saya dah faham. Huhu. Kalau tidak mahunya habis kami meround. Errk, tak sempat rasanya nak habiskan semua. Lagipun tak best kalau shopping duit tinggal dua pound. Buatnya nampak barang yang saya suka. Tak ke putih mata. Hahaha. Jadi, keputusannya. Pukul sebelas kami dah tunggu akhi Fauzi dalam kereta. Tu pun dah penuh sampai terjatuh-jatuh buku atas Fatimah. Dah la kecik. Hehehe.


Ehm. Kita tunjuk sikit dah la ye. Tak yah show off banyak sangat. Haha. Walaupun banyak. Tapi yang best ni la kan. Apa lagi. Buku yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Kan..? Maaf la. Saya ni memang selalu ketinggalan keretapi.Ehm. Tak sempat nak kejar. Gemuk sangat. hahaha.

Rasanya semua peminat Sophie Kinsella dah baca buku dia. Saya je yang baru nak belajar buka. Eh.. entah bila nak habis. Tak palah, beli pun 50 pence. 20 pence. Takde la nak membazir kan. Eceehh, nak bagitau jugak harga. Jangan jeles. Jangan...! Kah Kah Kah. Sumpah ada yang jeles. Sabar. Sabar.


Eceeehhh.. dah susun kat tepi katil. Siap dengan kamus lagi. Menyampah. Saja je nak glamer. Hahaha.

Ok. Barangan terakhir yang mahu ditayangkan. Apa lagi. Perempuan selain kasut. Memang kaki shopping beg. Sanggup tukar beg sebabkan nak sesuaikan dengan baju. Eh, sapa tu ha? hahaha. Beg ni yang paling mahal 1.50 pound je. Yang paling murah 30 pence. Mana nak dapat weii. Meroyan la korang tengok. Hahaha. Saja je kan.


Oklah. Banyak lagi barang tak kemas. Dah penuh bilik tetamu tu dengan barang saya. Tunggu nak shipping minggu depan.

Dah. Habis cerita. Sambung buat kerja. Baju banyak nak kena gosok. Aaarghh. Malas. Malas nak pegang sterika.

Alhamdulillah, cuaca cerah hari ni. Semangat sikit nak buat kerja.


Ok. sambung balik kerja.

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.