Thursday, January 9, 2014

Nak Tulis Tajuk Pun Blurrr. Baca aje lah.

Assalamualaikum wbt...



Bismillah... *** tarik nafas... hembus..*



Saya cuba. Yup... saya cuba untuk menulis dan habiskan tulisan saya sampai ke butang klik dan publish.



Bukan hanya tersimpan di dalam draft sahaja.



2014 telah berlalu sebanyak 8 hari.



Tahun baru. Cerita baru. Tempat baru. 



Dah 4 bulan saya berada di London. Tempat yang sangat menyenangkan bagi saya. Walaupun jauh dari keluarga. Mereka tetap dekat di hati saya. 



'Dah tu... pembaca blog ni takde tempat ke di hati kamu Irma?'



Ada. Cuma bila umur makin bertambah ni. Saya segan nak merapu raban macam dulu. Segan. Perasaan nak menulis tu memang ada. Cuma macamana saya nak corakkan penulisan saya selepas ni tu yang tengah duk fikir. Perangai loyar buruk dan merapu tu masih ada. Cuma biarlah mereka yang bertemu dan bersembang secara realiti ja yang tahu. Kalau ada terbabas dalam penulisan ni. Maafkan saya yerk..! Perangai budak tu masih ada lagi. *senyum sikit*



Nak buat saya tambah segan kan. Balik dari London 2010 sampai 2013. Saya berjumpa dengan ramai pembaca blog ni bila mereka menempah kek dengan saya. Ada yang sebaya. Ada pangkat adik. Yang saya tak leh nak terima sekejap bila pembaca saya dikalangan makcik baya mak-mak saya. 



Ayat dorang sama je. 'akak suka baca blog awak.'



Aduh.. malunya. Nak buat tutup-tutup muka. Tangan tengah pegang kotak kek. Apa boleh buat. Sengih je la. Alhamdulillah. Respond mereka baik-baik sahaja. Ramai yang dah cuba resepi yang saya kongsi. Maafkan saya jika korang terpaksa baca bebelan saya yang panjang berjela tu. Almaklum la.. semangat menulis tengah membara masa dulu. Panjang berjela tu tak fikir dah. Belasah...!



Apa berlaku sepanjang 4 bulan kembali Ke London?



Hamboi Mak Jemah.... soalan kau. Kerlasss gitu!



Welll.... ehmm. *Tarik nafas... TAHAN 10 SAAT. Baru hembus pelan-pelan*



Kadang saya segan nak bercerita. Takut jika ada bisikan-biskan hati yang berkata. 'Alaaa... poyo lah kau ni. Keja macam tu pun nak cerita dekat blog..' 



Maafkan saya sekiranya saya tak pernah menjawab pertanyaan korang. Biarlah korang tahu sendiri. Atau pun biarlah pertanyaan tu berlegar-legar di kepala. Lama-lama dia hilang punya. Yang pasti... tak semua cerita saya boleh dikongsi dalam blog ni. Konon nak simpan la sikit. Privasi la kata ko..!



Saya kerja biasa-biasa saja di sini. Bukannya ada apa yang nak dibanggakan pun. Cukup lah kiranya ada sedikit kebaikan yang saya dapat dari hijrah ini untuk dikongsi bersama. Buat bekal saham akhirat sana.



Akhir kata... apa pesanan untuk pembaca blog ni?



Begini lah... korang jangan berharap sangat saya akan update blog macam dulu. Memang tak ah..! *amboi.. belagaknya ayat dia*



Insyaallah... bila ada cerita baru. Tempat baru yang saya pegi. Resepi baru. Saya akan cuba kongsi dengan korang. Kalau setakat cerita teringin minum teh ais tengah malam buta. Hangpa pi ah usyar instagram saya. Kat sana memang saya kongsi gambar dan cerita pendek. Buat pengubat rindu semua. Ecewaaahhh..!



Yang lain-lain. Semua masih sama. Tempat yang sama. Kerja yang sama. Cuma majikan saya ja yang berbeza. Sapa yang baca blog saya dari zaman 2008. tentu dah tau saya buat apa kat London ni. Sayang korang-korang sume. *peluk ramai-ramai*



Apasal takde gambar?


Memang tak best kan baca entry takde gambar. Kisahnya begini. Laptop rosak. Saya pulak tak biasa lagi update dengan henfon. Jadi gambar dalam kamera memang tak leh nak transfer ke laptop. Ini pun menulis dari pc Syakirah. Tu yang semangat. Sebab serupa macam imbas kembali kenangan 3 tahun lepas. Di sini. Bersama mereka. Bahagia.



Kang ada yang tanya. Kata majikan baru?



Saya cuti. Duk lepak rumah kak ct. Serupa balik kampung la kiranya ni. 



Sekian. Publish. 

















Monday, December 23, 2013

Ahkakkk... update blog please..!

Assalamualaikum wbt...




Buat semua pembaca blog yang semakin terpinggir ni. 

hukhuukk.




Memang sadis sungguh bila fikirkan. 

Mana la semangat nak menulis dah tercampak jauh perginya.




Dah masuk empat bulan. Langsung takde goreng sebiji sejibun entry pun.


Tapikaaannn... saya ada hadiah baru untuk korang.





Jeng... jeng... Jeng...






Taraaaaa....



Kitew ada instageram. Tempat melepas geram nak tulis entry tak jadi.

Tak dapat tulis entry. Post gambar pun jadik lah kan. Dari takde.








Jumpa di sanaaaa..!! 





Tengok.. punya lah malas nak menaip. 


Terus sodaqallahulazim.


Betuah punya bibik..!






Thursday, September 26, 2013

Sebulan Dah Berlalu.

Assalamualaikum wbt...




Kenangan sehari di Paris. 


Sunday, August 25, 2013

Doakan Saya. London 2013.

Assalamualaikum wbt...





Ketika entry ni keluar, jika tiada aral melintang saya sedang menunggu masa untuk berlepas ke London.


Maaf pada semua yang berhajat untuk menempah kek tapi tak kesampaian.


Saya dalam perjalanan untuk memulakan hidup di tempat baru.


Doakan moga perjalanan dan kehidupan saya baik-baik di sana.


Insyaallah, panjang umur ada rezeki saya akan berkongsi cerita lagi.










Tuesday, August 13, 2013

PENGUMUMAN.. ~sambil katuk tin kosong~

Assalamualaikum wbt.




PENGUMUMAN.. PENGUMUMAN... PENGUMUMAN....







KEDAI DAH DITUTUP.



Pasaaaiiiiiipaaaa..???


Itu kita cerita kemudian naaaa.. 


Nak habaq.. saya tak ambik tempahan dah.




Makaseehh naa. Jumpa lagi.






PENYERTAAN MASIH DIBUKA.

Assalamualaikum wbt...







Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas, boleh SMS saya ditalian 013 258 8230. Irma.


Jangan lepaskan peluang. Kelas takkan diulang lagi selepas ini.


Terima kasih.






Monday, August 12, 2013

ORDER DITUTUP SEPANJANG RAMADHAN.

Assalamualaikum wbt.








SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA. 





Tuesday, August 6, 2013

Shopping Raya.

Assalamualaikum wbt...




Orang lain sibuk beli baju. Pilih kasut. Cuba tudung. 


Saya langsung takde hati nak beli tu semua. Pakai apa yang ada. 

Barangkali sebab dah terbiasa beraya sederhana di London. Dah terbawa balik ke Malaysia perangai tu.  




Tadi pegi MPH.. Dah lama tak masuk. Sebulan lebih jugak laa. Lenggang sungguh kedai. HaHa. Orang sibuk pergi kedai lain. 

Ni lah hasilnya. Gian dah lama tak beli buku. Sekali rembat. Naahh.. 5 biji. Pertama kali beli buku dapat beg kertas. Heh!!


Esok last puasa. Sedih. Sayu. Bercampur baur. Moga ada peluang lagi untuk bertemu Ramadan Mubarak.


Jom manfaatkan malam terakhir Ramadan. 




Saturday, August 3, 2013

Jom Tempah Kerusi Untuk Belajar...

Assalamualaikum wbt...


Ramadan sudah menghampiri ke penghujungnya. Tinggal baki 4 hari untuk kita rebut pahala dan kelebihan yang ada dalam bulan yang penuh barakah ini.




Seleeeepaas Ramadan... saya pula nak berkongsi peluang dan ilmu yang saya ada bersama korang yang minat buat kek dan nak jana wang besar dengan ilmu yang diperolehi.


Dengan masa yang terhad ni saya nak kongsi ilmu - 

1 - CARA MEMBUAT KEK KARAMEL

2- CARA MEMBUAT DURIAN CREPE

3- RESEPI RED VELVET CAKE DAN CARA MELEPA KEK.

4- TEKNIK MELEPA KEK DAN MEMBUAT RIBBON ROSES



Jom pilih tarikh dan datang kelas. Memang berbaloi sangat kelas yang saya tawarkan. Tinggal beberapa tempat saja lagi. Saya tak ambil ramai. Maksima 4 orang saja untuk satu-satu kelas. 


Lebih menarik.. saya akan bantu anda untuk mendapatkan pelanggan dari kelas yang anda belajar. Memang betul-betul tolong sebab saya takkan dapat ambil order dah lepas ni. Korang la penerus legasi kek karamel saya. :)

Satu lagi nak habaq kat hangpa.. kan dah keluar loghat utara..! :)

Lepas raya ni musim durian dah nak mula. Sapa nak jana pendapatan sehari RM1000. Jom belajar buat Durian Crepe dari saya. BONUS... saya akan bagi no hp pembekal DURIAN MURAH. Pengalaman saya jual Durian Crepe tahun lepas, jualan dalam masa 1 minggu saya dapat beli PETI AIS SECARA TUNAI. Alhamdulillah. Sapa datang belajar nanti dapat tengok peti ais kesayangan saya. heh!

Tak lupa juga. Saya akan bantu korang cari pelanggan selepas belajar. Jangan korang huru hara tak tidur macam saya sudah. Punyalah tak menang tangan nak siapkan order. Seronok tau..!!


Cakap banyak pun tak guna. Jom bertindak. Pilih kelas dan cepat-cepat SMS saya. 013 258 8230. 


Jumpa nanti.. :)





Thursday, August 1, 2013

August Dah Tiba...










Doakan Yang Baik-Baik Untuk Saya. 


Untuk Kita Semua. 


Moga dipermudahkan segalanya.






Wednesday, July 24, 2013

KELAS BAKING BERSAMA IRMA.

Assalamualaikum wbt...

Macamana nak mula eh..!


Begini... memandangkan ada permintaan dari kenalan rapat minta saya kendalikan kelas, maka dengan masa yang terhad ini, saya buka juga untuk sesiapa yang berminat untuk belajar sama. Pheww.. lama bebenor nak tunggu hati saya terbuka nak buat kelas kan? heh... :)


Kelas utama - DEMO KEK KARAMEL.





Sementara menunggu kek karamel masak dan sejuk, saya akan buat kelas sampingan.


Kelas -



 HANDS ON Durian Crepe


ATAU 




DEMO Cara Melepa Red Velvet



Korang pilih salah satu. Samada nak belajar Kek Karamel dengan Durian Crepe atau Kek Karamel dengan Cara Melepa Red Velvet Cake.


KELAS KEDUA - 




Modul Ribbon Roses -

1- Cara nak crumbcoat dan melepa kek.

2- Teknik membuat Ribbon Roses seperti di atas.






Sekiranya berminat, sila SMS NAMA TARIKH dan KELAS. 

WHATSAPP/SMS - 013 258 8230. IRMA.


JANGAN LEPASKAN PELUANG. INI KELAS PERTAMA DAN TERAKHIR. LEPAS NI MEMANG DAH TAKKAN ADA KELAS DARI SAYA. 

SIMPAN CUTI SEHARI UNTUK BELAJAR. :)

TERIMA KASIH.





Sunday, July 14, 2013

Bila dah suka...








Saya akan ulang-ulang lagu ni sampai jemu . Ramadan kareem.. :)

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Hari Ketiga.











"Allahumma innaka a'fuwwun karimun, tuhibbul a'fwa fa'fu a'nni."



"Ya Allah, ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, 

suka berikan keampunan, Engkau ampunilah aku."




Ramadhan kareem...









Sunday, July 7, 2013

Choc Moist Cake.


Assalamualaikum wbt...






Amacam.. terliur tak..? :)



Monday, June 24, 2013

Kek Baru dan Rezeki Hujung Minggu.

Assalamualaikum wbt...



Alhamdulillah.. selesai kelas untuk hari ni. Pagi tadi punyalah semangat dari lepas Subuh tak sambung tarik selimut. Nak pergi kelas punya pasal. Duk meralit depan FB, naahh... sekali pukul 9.30 baru dapat teksi. Gila tak gila punya orang. Saya ni memang ada satu tabiat, kalau kelas dekat area KL, memang suka lambat-lambat. Bila kelas dekat Seremban, elok pulak lepas Subuh bersiap terus keluar bergerak. 


Sampaikan tadi kena sms dengan Jiju suruh start je kelas dulu. Jangan tunggu saya. Sekali sampai je Bandar Tun Razak pukul 10, cikgu dah start buat kek kedua. Ambik kau. Lambat lagi. :P


Kintang.. kintung.. kintang.. kintung... pukul 12.45 dah siap semua 3 jenis kek. Dah boleh ambik gambar. Pastu balik.


Wiii.. seronok gila ah pergi kelas habis awal. Balik rumah sempat lagi tengok hindustan. Tak lama mana pun. Lepas tu tv yang tengok saya.













Marble Nutella Cake

Harga RM 95

Saiz 9 inc

Berat - + 2.2kg







Raspberry White Cake

Harga RM 150

Saiz 9"

Berat - + 3kg





Congo Bar

RM65

Saiz 12" 

potong kecil dapat 84 keping


Puas hati. Sangat... sangat puas hati pergi kelas dengan Sarah Jasmine. Sebenarnya... kalau ikutkan resepi yang berlambak di internet. Boleh je nak cuba. Saya je yang tak sampai hati. Atas dasar hormat sesama baker. Biarlah saya keluarkan sikit duit untuk belajar. Tak rugi pun. Saya dapat kawan baru. Saya dapat cikgu baru yang merajuk sekejap dengan saya sebab tak balas mesej FB. hihi. Lepas ni saya ajar cikgu buat bunga ya..! ;) Saya dapat tengok dan ambil pengalaman dari kawan-kawan yang dah buka kedai. Macam.. macam ilmu yang saya takkan dapat kalau tak pergi kelas. Berbaloi-baloi.



Petang tadi, sambil-sambil rehat dan layan FB. Dapat sorang pelanggan nak order Raspberry White Cake. Alhamdulillah.. rezeki hujung minggu. :)



Sunday, June 23, 2013

Pagi Ahad...

Assalamualaikum wbt...


Sobakhal khairr...

Mesti ramai yang tido lagi pagi ni kan.

Ye lah hari Ahad. Mana nak dapat peluang sambung tido di hari lain.

Tariiikkk selimut. :)


Saya... sambil layan FB, basuh baju. Nak gosok baju. Sekejap lagi nak pergi kelas.




Tak sabar nak jumpa cikgu baru. Kawan baru. Resepi baru. :)


Yeayyy.. manfaatkan hujung minggu anda. Walaupun di luar sana jerebu sedang melanda.


Bye..!





Saturday, June 22, 2013

Tiffany Blue.

Assalamualaikum wbt..





Semakin lama semakin malas nak ambil gambar cantik-cantik.

Semakin lama semangat dalam baking makin merudum jatuh. Haih!

Bayangkan... 12.30 tadi pelanggan dah call bagitahu dah sampai. Saya baru terkedek-kedek nak susun manik silver kat tepi kek.

Nasib ler dapat kastemer baik. Terima kasih Farah.


Alhamdulillah.. dalam perjalanan nak balik rumah ~ amboi.. kemain. macam jauh bebenor ler rumah kamu tu!~ Farah whatsapp bagitau 'Cantik!!!!'.

Lega.. bagi saya bila pelanggan dah suka, makanya selesai sudah tanggungjawab saya untuk hari ni.



Monday, June 17, 2013

Masihkah Kau Ingat?


Assalamualaikum wbt...







:)



Thursday, June 13, 2013

Happy Birthday Aariz Afham.

Assalamualaikum wbt...










Aariz Afham...

Moga membesar jadi anak yang soleh buat ibu bapa.


Happy Birthday Aariz Afham.


Terima kasih Kak Lina.






Monday, June 10, 2013

Ombre Blue Cake.

Assalamualaikum wbt...














OMBRE BLUE CAKE


Saiz 8 inc Berat -+ 2.3 kg

Harga RM150

Berminat boleh SMS/Whatsapp 

013 258 8230 - Irma


Terima kasih.