Saturday, November 14, 2009

Ketika Cinta Bertasbih...

Ini cerita semalam. Bukan hari ini. Apatah lagi esok. Minggu depan pun bukan. Ehh. Minggu depan dua minggu takde entry. Tak nak. Tak nak. Blog akan di anaktirikan buat sementara waktu. Eiii. Tak sabarnya. Tadi baru telefon. Menambah barang untuk dikirim. Kalau boleh semua nak kirim. Haaiiipp. Sudah. Sudah. Lari tajuk. Cepat. Cepat patah balik ke pangkal jalan.

Kalau kuah laksa, simpan semalam baru sedap. Alamak, air liur dah meleleh. Telan ajolah. Gulp..!! Inilah entry asam laksa. HaHa. Kan dah mengarut.

Orait. Jangan betulkan skrin anda. Penulis memang tengah mabuk filem Ketika Cinta Bertasbih. Ayat pun dah jadi tunggang langgang. Layan je lah.

Semalam. Kan saya cakap mengantuk masa tulis entry. Nak jadi cerita. Lepas je publish entry saya pergi gatal tangan search filem Ketika Cinta Bertasbih kat youtube. Ini semua gara-gara cik din la. Ada patut dia letak status ni.

Mari layan Movie "Ketika Cinta Bertasbih" Citer Indo yg Popular..
Diadaptasi dari Novel karya Habiburrahman El Shirazy.


Sumpah TERUJA.

Saya tau dia download kat somewhere. Tetap degil juga tangan ni p cari kat youtube. Tengok. Salahkan jari. Sedangkan sendiri yang nak tengok. Kan ke elok tidur je. Memang SENGAJA tak nak tidur. Hihi.

Bila keluar je result. Ceewaah. Macam result peksa la pulak. Mata ni terus cari Ketika Cinta Bertasbih part 1. Tap. ADA. Terus klik kat tajuk. Sabar. Kot mana tahu trailer je ke kan. Kalau tengok durasi dia 10 minit memang untuk filem atau drama. Horey. Horey. Hip. Hip Horey. Bergembira. Cis. Bibik menyanyi.

Memang filem. Seronoknya sambil membetulkan posisi untuk menonton. Suka. Mata dari tadi mengantuk tak boleh nak buka. Terus segar. Memang nak kena mata ni tau. Besa tu. Tumbuk nanti baru tau. Dush. Dush.

Sapa yang dah baca novel dia MESTI takkan menyesal. Menurut pendapat kawan. Ceeitt. Dah keluar ayat skema. Baca novel dengan menonton filem sama saja. Takde diubah. Tak macam menonton Ayat-Ayat Cinta. Saya menonton sekali sahaja dah tak nak ulang. Tak Nak Ulang. Tak BEST..!!

Lagi best Ketika Cinta Bertasbih ni lokasi pengambaraan betul-betul kat Mesir. Mesti budak-budak Mesir rindu. Betul kan..?? Saya yang tak kesampaian hajat nak ke sana pun suka tengok pemandangan. Lagi la korang yang dah sampai ke sana.

Eh. Tak baik tau. Ni kes pujuk diri sendiri. Bersyukur Fazlinil Irma Mohamed Aki. Allah beri awak peluang datang ke sini. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Alhamdulillah.

Furqan.( diedit bila menonton kali keempat. Bukan Furqan. AZAM loorr..)HAHAHA Jangan cakap la. 9 TAHUN beb. Masak..!!

Tak nak cakap banyak la. Baik korang cepat-cepat tengok. Kadang-kadang youtube ni bukan boleh kira. Kalau dia nak suspended channel. Dia buat. Dah tak dapat tengok. Saya dah tengok. TIGA KALI. Ngeeeee.

Lepas ni nak tengok SANG MURABBI pulak. Cerita tu pun best. Banyak pengajaran buat semua. Bukan sahaja cikgu cikgi je. Kita semua kan Murabbi. Betul kan..?


Puisi Cinta Ketika Cinta Bertasbih

Selamat Menonton.

~5 Bintang~

Ketika CInta Bertasbih 2 baru ditayangkan bulan September lepas. Nampak gaya tahun depan la baru dapat tengok. Kalau nak cepat kena la baca novel. Tambah lagi senarai novel. Aarrrghh. Banyaknya novel nak beli. Pokai.


4 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

ye ke kak... ni excited nk nonton nih... tp tatau la bla... ada cd yg dh beli 2bln lbih tp blom ade masa nk tgk... huhu...
btol, ayat2 cinta filem x best, novel lg best!

isya said...

citer ni mmg glamor . kami p padang diorg dok citer pasal citer ni. mesti nak kena dload.

Fazlinil Irma said...

shira. tengoklah. akak dah ulang 5 kali sambil gosok baju. hehe

Fazlinil Irma said...

kak nana. kat sana dah keluar yg 2. msia lambat lg. alamatnya tahun depan apa..hukhuukkk