Cuti Easter tahun ni saya berkesempatan untuk menjelajah kawasan Torquay yang terletak dalam kawasan Devon, England. Selama 4 hari 3 malam kami menyelusuri kawasan-kawasan pinggir bandar. Kiranya macam masuk kampung la kan. Ada ladang yang luas. Kambing, lembu, kuda poney. Memang bestlah. Kalau tengok ladang-ladang kat sini memang sangat besar. Kata Kak Ct, peladang-peladang kat sini KAYA kebanyakannya. Mereka boleh hidup senang dengan hasil tanaman sendiri.
Kami bertolak hari Jumaat jam 11 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke Torquay Caravan Park.
Hari pertama tak ada apa yang dibuat.
Esoknya Sabtu... Perjalanan kami bermula menuju ke Haytor Centre. Pertama kali jadi co-pilot untuk kak ct. Akhi Fauzi di depan membawa mini bus.
Dah sampai. Nampak tak hujung di puncak bukit tu. Itulah Haytor. Saya bersama anak-anak kecil akan berjalan kaki mendaki sampai ke sana.
Anak-anak besar akan mengikuti kembara yang lebih jauh. Tak silap hampir 4 jam jugalah.
Perjalanan sedikit bahaya kerana licin akibat hujan. Air yang bergenang membuatkan perjalanan kami sedikit perlahan. Dalam duk hati-hati pun saya jatuh jugak 2 kali. hehehh.
Kelaparan. Pandai mereka bawa diri. Mukri dan Qayyim yang bersama kembara anak-anak. Mak & ayah dia bersama Thaqif mengikut kumpulan kembara dewasa.
Cuaca mendung dan hujan renyai membuatkan kami berjalan dalam kesejukan. Kesiannya pada anak kecil yang tak tahan sejuk. Sejuk pun tetap berjaya sampai ke atas. Cayalah..!! =)
Inilah sebahagian wajah-wajah yang berjaya sampai ke atas. Anak-anak lelaki menyambung kembara bersama Akhi Zaidi. Kami yang perempuan selesai sahaja bergambar kenangan dan berehat sebentar terus turun semula ke bawah.
Haii.. Saya si kuda poney. Saya banyak berkeliaran di kawasan bukit Dartmoor ini. Dari raut wajah saya nampak seolah-olah saya ni baik. Lembut kan. AWAS..!! Sekali saya tendang nahas kamu. Jangan main-main dengan saya. Nanti saya wachhaaaa baru tau.. =)
Habis selesai aktiviti kembara di Haytor. Kami berkonvoi untuk mengambil geng kembara dewasa yang mengelilingi kawasan Dartmoor National Park.
8 comments:
kecik2 da p obersea. swonok. kak, bak dtg shoutbox. baru la beh. resepi terbaik.
kt sini mane nk cari blueberry
sharul..
rezeki dorg ikut parent belajar..
ada.. cuba cari kat supermarket org kaya. hehehhh
assalamualaikum irma,
tima kasih org jauh sudi bertandang rumah akak. wahh.. seronok jelajah ngan kanak2. ciskek irma nampak sedapp.. tq share resipi siap tunjuk cara satu persatu lg. akak copy boleh resipi2 kat sini.
waalaikumussalam kak noni..
boleh.. boleh.. ambillah.. resepi tu mmg utk dikongsi bersama..
moga dapat manfaatnya =)
Teacher, sonok nye duk sana...
kak, nk tanye ni saya masak kek coklat kan. tapi d amasak keras kt tgh. apa punca2 nya. tlg saya
akak rasa awk masak dengan api yg kuat.. tu yg dia masak tengah cepat banding yg bahagian tepi..
lagi2 kalau guna api bawah..
aisyah..
tc doakan awk jugak akan sambung study di sini..
Post a Comment