Friday, April 9, 2010

Resepi Blueberry Cheese Cake...

Blueberry Cheese Cake Yang Menjadi Pujaan ramai.

Ececeee.. Perasan..!!



Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah... akhirnya. Berjaya juga diri ini menggagahkan diri untuk menaip entry resepi Blueberry Cheese Cake. Kesian buat semua yang masuk blog ini hanya dapat menatap gambar. Dalam hati duk terdetik. ' Bila la bibik ni nak menggoreng entry ye..?' hehehe.


Mana yang dah rasa cheese cake ni, boleh la panjang-panjangkan langkah untuk mencuba pula ye. =)
Ok. Kali ni saya akan kongsi resepi ni satu persatu. Macamana saya belajar, itulah yang akan saya kongsikan bersama. Takda sorok-sorok petua punyalah. Biar semua orang dapat merasa cheese cake yang sama kami makan. Yang pasti air tangan berbezalah kan. ngeh ngeh ngeh.


Bismillahirrahmanirrahim...




Bahan-bahan untuk membuat sebiji Blueberry Cheese Cake ialah...


1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.



2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram. Kalau tanya jenama lain saya tak tahu. Tu kena tanya chef lain. Tok guru saya ajar pakai jenama ni. Anak murid pun patuh je. Baik cikgu..!! Jadi korang nak jadi anak murid yang baik. Ikut ye cakap tok guru. Jangan pandai-pandai nak derhaka lagi. Nanti dah terer baru kita derhaka eh. Derhaka sama-sama. ;P


2 sudu besar butter tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.


3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.


1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.


2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.


1/4 sudu kecil almond extract.


1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. Ini ayat tok guru. Saya copy paste. Ikut. Jangan derhaka.


Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.



Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Saya rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye.




Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.




Gunakan spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.




Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan peralatan yang digunakan kering. Ini petua tok guru yang saya tengok sendiri dia buat. Semua alatan dilap biar kering sebelum digunakan.



Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.


Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye.. =)



Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.



Taraaa... Inilah hasilnya.



Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.



Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah.


Psstt.. gambar diatas bukanlah teknik waterbath yang betul. Itu kami pandai-pandai je mengubahsuai kaedah waterbath. Hehehh. Hasilnya memang CRACK. =D


Tips dari bibik :

Selepas mencuba membakar dan melihat hasil ketiga-tiga biji cheese cake dalam masa 1 hari. Saya rasa suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.

Kalau bakar terus alamatnya memang sah-sah akan crack. HuHu. Itulah yang nak dielakkan oleh setiap pembuat cheese cake. Dalam hati mesti crack jugak sikit kan. Biasalah, takkan nak tunjuk. Huahuaaa.






Kaedah waterbath dari youtube.

Untuk lagi mudah. Masukkan dulu bekas ke dalam oven. Kemudian baru dituang air panas.


Selamat Mencuba..!!


60 comments:

majdina said...

1/4 sudu kecil almond extract!!

@ju said...

Salam Irma,
terima kasih atas resepi yang ikhlas ini....macam nak cuba je...

SITI HAJAR MEGAT FAUZI said...

sedapnyer yummy!!

Aisyah Ulya said...

Bestnye tc.. Nk buat jugak.. 6t nk jd housewife le.. kih3 best nye duk london.. aiyaa.. further kt jordan or uk?? ermm.. choose choose aisyah!

Fazlinil Irma said...

@ju.. selamat mencuba =)

ct hajar.. sy tolong jawab. yummylicious yeaa.. =)

aisyah.. 2-2 tempat ada kelebihan =)

buzzybug said...

salam kak,
nak tanya... sukatan guna cawan tu nak guna cawan camna?

Fazlinil Irma said...

wsalam buzzybug..

cawan biasa yg minum teh/kopi.
gunakan cawan yg sama utk setiap sukatan.

alia said...

salam..
tumpang tanya, untuk step yang kena tekan biskut & butter ke dalam baking tin yang telah dialas dengan kertas minyak tu kan, kertas minyak tu letak kat bawah baking tin atau kat dalam baking tin ye? Dalam gambar tu letak kat bawah.. alas macam tu ye?

Fazlinil Irma said...

wsalam alia..

alas tu letak dlm baking tin. kemudian ketatkan dgn dinding bekas tu.

faham kan?

Anonymous said...

Akak,
saya dah try resepi nie... suma orang cakap sedap. :) thanks sebab kongsi resepi. :)

Fazlinil Irma said...

buzzybug..

alhamdulillah.. tahniah. mesti seronok kan.

Anonymous said...

lepas da siap tabur blueberry,kalau masukkan dlm fridge terus pn boleh x?

Fazlinil Irma said...

anonymous..

kalau resepi yg x bakar. lain sikit rasanya. dia gunakan gelatin utk keraskan kek.

Noriz said...

SALAM,nak tya..tepung,tu tepung apa tepung gandum @ tepung halus yg jenama superfine tu??

Fazlinil Irma said...

wsalam.saya.pun.tak.pasti.tapi.rasanya.plain.flour.ja.

ziezie said...

Salam, tq so much to irma..saya dah cuba buat kek ni..menjadi walaupun saya telah modified sikit...apa pun thumb up..mmg sedap gile...sume suka...

puanbee said...

waa nak try lah , dah rasa tergedik2 nk pergi kedai kek esok ni..

lina said...

salam irma - gelak guling2 baca penerangan irma..comel jer:)

Anonymous said...

dear..nape erk ada yg kena letak gelatin?apa function getalin tu? leh x ganti dgn benda lain

Fazlinil Irma said...

dear anon.

cheese cake yg tak dibakar mmg kena guna gelatin sbb nak bg dia keras/stabil.

gelatin ni fungsi dia sama mcm agar2. cuma dia serbuk. sy tak pasti samada boleh guna serbuk agar sebagai ganti. belum pernah cuba cheese cake yg tak dibakar.

Anonymous said...

cream cheese n soft cheese x same ke kak.. kurang arif la psl cheese2 ni..

Fazlinil Irma said...

Dear anon.

cream cheese digunakan utk baking. ctoh yg ada dipasaran philadelphia. tartura. anchor.

soft cheese digunakan sbgai sapuan atas roti atau biskut sbgai snacks.

tu sekadar pengetahuan akak. :)

Miss Cool said...

hye irma. setuju sgt bab takde sorok2 petua, bagi sume biar org dpt rasa apa yg kita rasa. Petua tu ilmu. ilmu klu org amalkan dpt pahala. cheesecake klu mkn masuk perut, sedap. jadik, baik kita dlm 2-2 sekali. muahahaha

ARMY'S WIFE said...

bagus la akk nie...x kedekut ilmu...semoga ditambah ilmu lagi...

ARMY'S WIFE said...

kak teknik water bath tu jirus air suam kt loyang 4 segi pas tu ltk loyang baking tin n terus bakar 45-55 minit kan??? betol x?? takut tersalah step rugi je buat...terangkan sikit kak......
x paham la....

Fazlinil Irma said...

zainurul haffiza,

ya, betul la apa yg awak faham tu.

ayat mudah macam kita rendam loyang kek dalam loyang/bekas yang lebih besar.

pastikan awak balut dulu loyang yg isi adunan dengan aluminium foil ya.

selamat mencuba. ;)

makcik said...

salam..
akak mintak izin cuba resepi ni ya.
tima kasih..=)

ARMY'S WIFE said...

oh yea ke....cayalah betul jugak jangkaan saya...

akk!! tadi saya cari soft cheese tapi semua tulis butter cream sama ke??pening saya cari kt tesco....sampai balik migrain....

Fazlinil Irma said...

adik makcik.

silakan dear. selamat mencuba.

zainurul haffiza.

buttercream utk hiasan kek dik.

cream cheese ni kat bahagian cheese. cuba tanya org tesco.

nak senang lagi kalau pegi kedai jual barang bakeri. mmg ada kat peti ais dorang.

ARMY'S WIFE said...

nmpk mcm dh nk marah nie....kihkihkih....lupak pulak yea... la buttercream utk icing...aduh lupa....betol la g terus kedai bakeri semua ada....mekasih kak...

NADYA ANWAR said...

salam, nak tanye kalau xde almond extract tu boleh ganti dengan apa je ye? tq.

farahnas irina said...

Salam Irma,

baru lah saya tahu kekdah waterbath ittew... selama nih dengar org dok ckp jer... mcm itu ruper nya iyer...
thx dear...

Anonymous said...

nk tnya,sukatan tu guna suktan metrik ke?

ibukhairul said...

tima kasih la cter 1 per 1 kt dalamnie...tp bila nak cubanya xtau la lg...boleh ke guna oven yg dapur gas tu..?

ada lagi di muka bumi ni (rmai lg kot coma blum jumpa)org yg xkedekut ilmu dan ikhlas mcm ni...insya Allah jgn takut org lain...

♥HuNny Me3nA♥ said...

akk..nak tanye ni..blueberry tu sebenarnye y filling tu ley pakai ker?sbb sy rase filling tu cair n padat..tp cy cr y cam dlm kotak tu xjumpa la..akk li kt ne ye??..please2 tolong jawab ASAP..sy nk wat kek ni tuk raye..heheee...

♥HuNny Me3nA♥ said...

akak..y gula tu..perlu dikisar dulu x?..@ boleh terus guna gula pasir tu tanpa kisar..ke ade jenis gula y sesuai utk wat kek ni?

~YaNa~ said...

sy dah cuba.. thanks irma coz sudi share resepi yg best ni.... :)

Fazlinil Irma said...

bebyhunnyhominjae..~amboi tergeliat jari akak nak menaip nama awak~

kalau pakai blueberry filling kena tambah gelatin dgn air suam utk bg dia kental.

gula pula boleh pakai gula kastor atau gula biasa. tak kisah pun.

akak beli blueberry dekat jusco.

Anonymous said...

assalamualaikum...
nk tnye, kalo x mskkn extract almond tu xpe x?pastu kalo nk gune 250 gm cream cheese jew leh?
camne ngan kuantiti bahan lain lak?
separuhkan jew, jd x?

♥HuNny Me3nA♥ said...

hahaaa...sy da try kak..tp sy xletak pun gelatin tu..sy main belasah je ikut resepi akk tp xletak almond extrc..cume sbb sblm ni sy xpernah rase kek blueberry..bile da msk..mmg cheesenye very2 soft ke?..bile nak potong dia cam hancur skit..ade y slh ke sy wat tu erk...but utk first try..rmai gak y puji..sedap gak..heheee..>.<

RoSuRaInI SiRoN said...

salam...
kak irma, plain flour tu mcm mane? same mcm tepung gandum ke atau tepung naik sendiri? bleh tunjuk gambar tak? kat mane boleh beli, giant ke, tesco ke...? saye ni bru je nak belajar buat kek,sbb tu konfius skit...:)

Fazlinil Irma said...

wsalam rosuraini..

plain flour tu tepung gandum biasa saja.. :)

RoSuRaInI SiRoN said...

kak irma,
blueberry cheese cake saye dah siap and tak merekah, alhamdulillah...skrg tgh sejukkan kt dlm peti sejuk...:) tp ade 1 masalah...springform yg tepi tu saye dah keluarkn dr kek.tp saye tak pandai nak alihkan kek tu dr base springform ke pinggan.saye takut kek saye pecah klu tak pandai caranye.akak buat camne...?

Fazlinil Irma said...

bila dah sejuk ok nak angkat. tp bukan angkat tinggi. angkat sekadar boleh masukkan alas papan.

angkat kertas sambil masukkan apas papan. sambil tu tolak2 apas sampai lah habis.

benda ni kena pandai adjust. jgn buat kasar2.

ezzah92 said...

Salam. Saye dah lame try buat kek nie gune resepi akk. And alhamdulilah menjadi even tak guna kan almond extract. Actually, ape function almond extract tu kak?

RoSuRaInI SiRoN said...

kak irma,
saye dah try kluarkn kek tu, dan dah rase...mmg sedap sgt resepi cheesecake ni.sume step dan panduan yg akak bg saye ikut, tanak derhake nnti kek tak jd, hehehehehe :)....cume saye tak gune almond extract je sbb dah 3 pasaraye saye gi tp tak jumpe jugak.lastly saye tawakal je buat kek tu tanpe almond extract. TQVM kat akak sbb sharing resepi ni.lps ni saye nk try resepi lain plak kt blog akak...:)

Fizah Ibrahim said...

Sodapnyeeee, nyum nyummm.. Nanti balek kampung nak try buatlah hehee, thanks akak for d recipe =)

Saidah Abdul Razak said...

assalam kak flora butter tu kat mn beli?

Dila said...

salam

kalau sy ganti dengan philadephia yg block tu boleh tak?
Tak jumpa la soft cheese ni..

Teacher Nuha said...

Salam Irma,

Kak nuha dah cuba resepi ni & alhamdulillah dapat pujian dr suami, ipar & mentua.. yg seronok ayah mentua kata "rase mcm dkt kedai.." hihi.. cuma kak nuha substitute dgn philadelphia block 2 x 250 g.. tp lupa pulak nak reduce amount gula.. so, ciskek ku agak manis.. terima kasih share resepi & kaedah step-by-step utk buat ciskek ni..

ain said...

salam kak, saya dah cuba!byk kali cuba resipi lain..resipi akk lah yg sgt2 membantu! btul rasa mcm kt kedai! tQ for sharing.

mood ceria!huhu

yatt said...

nak tye bese blubery ada dijual di mana..pasaraya ada ke????almond extract tu mcm mana rupanya ye..hehehhe,..maaf la sy budak baru belajar

lindamuaz said...

Kak... Kalau ikot kaedah water bath ni x rosak ke oven.... Takutnye nk try..mmg kene careful eih....

lindamuaz said...

Kak, nk buat water bath tu x rosak ke oven.. Maklum la budak br blaja.....heheeh

lindamuaz said...

Kak, water bath teknik tu x rosak oven ke? Kene careful eih buat die....

lindamuaz said...

Waterbath teknik tu x rosak oven ke kak?

ROSLINDA YAA'COB said...

Salam,
Nak tanya soft cheese tu cream cheese ke...

shuhadah Zainol said...

salam,

saya ada try resepi cheesecake awak ni... alhamdulillah...menjadi..

http://shuhadahf.blogspot.com/2012/02/my-strawberry-cheesecake-with-blueberry.html

Ily Iranaz said...

Salam.. tumpang tnye, spring form cake tin tu boleh beli kat mne ye ?

Fazlinil Irma said...

Kedai baking ada myra.. tanya dorang nak loyang loose pan untuk cheese cake..

Kalau takde. Pakai aluminium case pun boleh. Loyang kaca atau tin biasa pun boleh..masa nak keluarkan tu kena hati2 sikit.

Kalau takat nak makan sendiri. Tak kisah lah kan. Asal rasa sedap ;)