Saturday, January 15, 2011

Cak..!

Assalamualaikum...


Sambil tersenyum malu membuka pintu blog sendiri. Lama betul tak menulis (baca:membebel) di sini. Dah seronok hidup tanpa blog. Aiceh, tipu la sangat. Dalam hati terlonjak-lonjak kegelisahan menunggu bilalah nak dapat laptop baru.


Alhamdulillah, semalam Amin bawa balik laptop yang dah siap di install. Hari ni pulak dapat pinjam broadband akak. Nak tunggu masuk Streamyx alamatnya tambah lagi seminggu dua lah baru dapat menulis. Ini pun menulis sambil ditemani oleh anak menakan yang membaca satu persatu ayat-ayat yang saya taip dengan kuat. Habis satu rumah dengar suara dia. Aishhh. terbantut idea nak tulis merapu lebih-lebih.


Sekejap aje dah berlalu sebulan semenjak saya pulang dari London. Hari demi hari dimanfaatkan sebaiknya dengan keluarga dan saudara. Tu tak masuk lagi urusan peribadi yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Maaf lah ye kawan-kawan yang masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan saya. Ada rezeki dan panjang umur kita berjumpa juga. Sabar dulu na. 


Meh sambung lagi cerita.


Dah sebulan bercuti ni nampak gaya dah semakin seronok tak bekerja. Bangun pagi celik mata tak perlu risau nak kerja. Boleh lagi bermalas-malasan sambil membaca novel. Semestinya yang tak seronok bila duit mengalir macam air paip. Laju betul. hukhuukk. Tak lama lagi nampak gaya nak kena start dah bisnes. Nak tadah balik air paip yang mengalir.


Ahaaa.. satu lagi seronoknya balik Malaysia ni kan tak payah masak. Hari-hari mak yang masak. Sampai masa ceduk nasi baca bismillah. Makan. Sedap betul dapat lagi makan masakan mak. Saya pernah masak dua kali saja. Tu pun sebab nak masak Spaghetti Bolognese dan Mee Tiaw Goreng. Tak sedap la makan masakan sendiri. Terima kasih mak kerana sudi lagi memasak untuk anak-anak.


Banyak lagi cerita yang nak dikongsi. Nanti kita sambung lagi eh.


Nak pi ziarah blog kawan-kawan pulak. Dah lama tak menjenguk cerita dorang.


Irma dah tak kerja di London. Nampak gaya nak kena tukar alamat blog la kan?


Ataauu.. beli rumah barulah.


Nanti saya fikir-fikirkan. ;)

5 comments:

Anonymous said...

Dear Irma, x yah tukar ape2. Just tulis dari UK(Ulu Kelang) ok x. Klu suka la...cuma bagi pandangan.

sweetsal said...

selmat pulang ke Ulu Kelang..dekat gn tempat akak tu..

Nadiah Sidek said...

ingatkan seronok sgt balik malaysia sampai dah tak ingat kat blog :D

eLLy said...

wcakkk.. amboi man cak cak pulak ye .. Welcome back to Malaysia :P

cikmin said...

Salam irma..cikmin datang tengok tak hapdet2..rupanya tengah tunggu lappy ya.. :) cikmin dah tary resepi RV kat blog irma ni..memang meletops...lepas tu kan..kan..kan...cikmin dah attend kelas buat macarons!!! best betul..Rina pun kenal dengan irma.. :)