Friday, March 25, 2011

Kopi Kegemaran - Whittard of Chelsea.

Assalamualaikum wbt.

Saya bukanlah penggemar kopi jauh sekali sampai jadi ketagih. Biasanya seminggu ada la sekali dua bancuh kopi satu mug. Lama lepas tu dalam seminggu dua baru minum balik. Satu alasan saya tak suka minum kopi sebab tak suka keluar masuk tandas lepas minum. 

Masa di England, seorang kakak memperkenalkan sejenis kopi dari jenama Whittard of Chelsea. Aroma dia saja sudah cukup menggoda saya yang duduk di ruang tamu. Semerbak harum dari dapur. Bila dah mula minum masing-masing sibuk bertanya kopi jenis apa yang digunakan. Sibuk konon nak belilah lepas tu. 

Lama lepas minum kopi di rumah kakak tu sampaikan saya tak ingat langsung nak beli. Ni kes bukan penggemar tegar lah kan. Tak kisah. Ada teh pun dah cukup.

Satu hari seorang lagi kakak menghadiahkan saya sebotol kopi dari Whittard of Chelsea. Mula dari situlah saya semakin kerap bancuh kopi menggantikan teh atau susu. Dah ada depan mata. Guna aje lah. =)

Habis sebotol kopi yang dihadiahkan barulah saya tergerak hati untuk cari sendiri kedai yang menjual kopi jenis ni. Kedai dia tak banyak. Saya ingat lagi kedai yang saya beli ni terletak di Victoria Tube Station. 

Mula-mula teragak-agak juga nak beli atau tidak. Saya sorang ja minum kopi kat rumah tu. Kak Siti sekeluarga lebih gemar minum teh. Dalam duk teragak-agak saya sambar juga tiga botol pelbagai perisa. Masa tu ada promosi tiga botol 10 pounds. 

Sejak ada stok tiga botol ni lah saya semakin kerap minum kopi. Boleh kata ketagih jugalah. Untungnya saya minum kopi cair. Tak pekat macam yang dijual di kedai. Alasan boleh minum berkali-kali. =)

Sedihnya pula, saya tak bawa balik kopi ni ke Malaysia. Dah ingat masa minggu terakhir nak balik. Dalam duk kalut jadi pemandu pelancong. Kemas beg. Sampai lupa nak pi beli. 

Bila balik Malaysia pilihan yang ada hanyalah Nescafe atau pun kopi cap Hang Tuah. Mulalah teringat-ingat kat kopi di sana. Gulpp..!

Teringat ja. Takdelah sampai meleleh air liur bila tak dapat. ;)




INFO - Kopi Railway Kluang TAK HALAL. Baca sini.

2 comments:

SHAFIDA said...

ada dengar serbuk kopi dicampur babi jugak sejak akhir2 ini..banyak sungguh makanan yan halal tp diharamkan oleh manusia tanya kita sedari sekarang....sekarang pula heboh isu tepung gandum di malaysia di campur vitamin B dari babi dan bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) pula...

Niena Muhammad said...

urm....best nye dpt dok london hehe