Sunday, April 17, 2011

Macaron Class at Nathalie's Gourmet Studio, Solaris Dutamas (1).

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Semalam angan-angan hari ini bertukar menjadi kenyataan. Sampai sekarang saya masih teringat-ingat keseronokan bersama Nathalie membuat macaron dari mula sampai habis. Seronok dengan kawan-kawan yang sama-sama mempunyai minat yang mendalam terhadap macaron. Teruja ( wow) dengan studio Nathalie yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi. Semuanya bergabung menghasilkan kelas yang hebat lagi mantap. Kebaboomm..! Segala tip dikongsi supaya hasilnya seperti yang diidam-idamkan semua. 

Satu ja tak boleh kongsi. Ini atas permintaan Nathalie sendiri. Resepi. Katanya, kami boleh ambil sebanyak mana pun gambar tetapi harap tidak disebarkan di mana-mana. Apalagi, jom daftar kelas macaron. Gerenti berbaloi. Sangat.! 

Hollaaahhh...! Andai RM220 tu seperti RM2.20. Mahu saja saya pergi kelas Nathalie selalu. Seketul macarons pun tak dapek den nak beli. Separuh ja dapat. Mana cukup..!

Malam semalamnya, Jumaat. Saya tak tidur lena menyiapkan tempahan empat biji kek gula hangus. Sedang elok menyukat tepung dan soda bikarbonat. Boleh pula saya TERLUPA beli soda bikarbonat baru. Masyaallah, macamana boleh lupa pun saya tak tahu. Sedih dan geram dengan perangai sendiri mengenangkan kelalaian yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Alhamdulillah ada mak. Terima kasih mak kerana menyiapkan dua biji lagi kek pada pagi Sabtu semalam.

Pagi Sabtu seawal jam 7.15 sudah bersiap sedia. SEMANGAT SUNGGUH. Sebenarnya saya tak mahu pisang berbuah dua kali. Teringat kes kelewatan pada kelas pertama bersama Kak Rina. Jadi kali ni tak sempat langsung nak ambil sarapan pagi sebab nak cepat sampai.

Nahh. nak sangat sampai cepat kan. Memang cepat sungguh saya sampai Duta Solaris. Seawal jam 8.35 dah bertangga di depan bangunan. Dalam hati apalah aku nak buat ni. Studio Nathalie dah sah-sah tak buka lagi. Jalan-jalan di sepanjang deretan kedai nampak PappaRich yang seawal pagi menunggu pelanggan menjamu selera. Malas nak pikir kedai lain saya pun masuk PappaRich untuk mengalas perut. Alhamdulillah, kenyang.

Jam 9.10 pagi saya pun bergerak mula mencari di mana Nathalie's Gourmet Studio. Tanya punya tanya. Dongak punya dongak nampaklah signboard Nathalie's Gourmet Studio. Dalam duk jalan ada seorang perempuan tersenyum sambil melambai tangan. "Alamak, siapa pulak ni? Memang betul-betul tak kenal. Dah dekat dia menyapa. "Nak pergi kelas macaron ya?'. Saya pun apa lagi. Mula la angin peramah datang menderu-deru. Syok la dah ada kawan. Mulut tak henti bertanya. Pok Pek Pok Pek mak minah ni. 

Bila dah jumpa kawan ni langkah semakin mudah. Perempuan yang saya jumpa tu Kak Azizah namanya. Jauh dari Johor datang demi minat terhadap macarons. Bagus kan!

Masuk je studio kami disapa oleh Nathalie yang kecil molek saja orangnya. Sekali pandang hilang sudah rasa debar dan bimbang bila melihat dia tersenyum manis sambil menyusun resepi macarons yang akan kami pelajari.

Kelas sepatutnya bermula jam 9.30 pagi. Tunggu punya tunggu punya tunggu jam 10 juga kami bermula. Ehmm.. biasalah.


Macaron pertama Raspberry dibuat oleh Nathalie sendiri. Dia terangkan dan tunjuk proses dari mula sampai habis.


Raspberry - Salted Caramel - Chocolate.


Tekun mendengar dan melihat penerangan Nathalie.

Anak sapa tu..? =)


Catit jangan tinggal satu tips pun na.


Cara nak piping adunan. 


Siap..!


Perfect.


Bersambung...

9 comments:

cikmin said...

hahahaha...dah siap entri dia..siap ada sambungan lagi...anak sape lah eh..opsssss!! terbaik lah kelas nathalies..tapi kelas rina lagi terbaik sebab ada lunch yg sedap lagi yummy.. :) thank tou rina!!

Nur Ede said...

Assalamualaikum Irma..
Best nyer dapat belajar buat macarons.. akak pon terasa teringin juga nak belajar.. mcm mana cara nak daftar kelas macaron nie.. Nathalie gourmet studio,Duta Solaris nie kat kawasan mane Irma.. sorry yerk.. banyak pulak bertanya...

marinahunny said...

bila nak tunjuk yg irma buat pulak? :)

Fazlinil Irma said...

cikmin. banyak lagi gambar. hehe. kena buat 3 pusingan. 2-2 ada kelebihan masing2. apa pun seronok dapat jumpa cik min. =)

waalaikumussalam kak nur ede.

duta solaris ni dekat dgn masjid wilayah. sy pun pegi dgn teksi. so xdelah sesat. mmg terus sampai. nak guide lebih2 tak pandai.

ni website dia.
http://www.nathaliegourmetstudio.com/

AshAnas said...

kak ema, nak order.... nk rasa before bersalin nih!

Nur Ede said...

Terima kasih Irma atas maklumat yang Irma beri...

lina said...

salam fazlini - umah tepi birai jer...ari2 search pasal nak buat benda ALLAH. rupa2 nya dekat jer adeh...nak pi beli :)

{akudakjaat} said...

SERBUK WARNA YANG MACAM NATHALIE GUNA MAYBE JENIS MCM NI KOT.KAK P KAT SINI http://www.bisousatoi.com/search?updated-max=2011-05-30T23%3A34%3A00%2B08%3A00&max-results=3

www.bisousatoi.com

KALAU SILAP...AMPUN YA ...HEHEHE

Fazlinil Irma said...

akudakjaat.

sy dah tengok serbuk pewarna kat blog kak rima. tak pasti nak kata sama atau tidak. sbb nathalie tak tunjuk pun botol pewarna yg dia guna. nathalie dah keluarkan siap2 3 pewarna yg dia guna dan letak dlm sudu mcm dlm gambar atas. :)