Saturday, April 9, 2011

Mutiara Ilmu Islam.

Assalamualaikum wbt.


Jam dah menunjuk ke angka 1.29 pagi. Mata masih belum mahu lena. Sambil melayan Tanyalah Ustaz di TV9 ada selingan Mutiara Ilmu Islam ditayangkan sekejap. Saya tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib mengenai KEBAIKAN.


Katanya...


"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara : percakapan, diam, pandangan dan gerak."




Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia. 

Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka. 

Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai. 

Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.


Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan. Dari lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan. 


Selamat beramal..! =)



2 comments:

Lady of Leisure said...

salam, tq so much drop by tanya khabar.. lady tak berapa sihat sebenarnya.. fenin2 gitu.. hehe.. nanti dah ansur sihat lady update.. tq again ya tanya khabar.. rasa terharu sangat2 bila ada yang ingat kat kita.. :)

nh said...

hmmm peringatan yang baik