Friday, February 3, 2012

Sedingin Lavender mengingatkan saya pada kenangan di sana.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... hari ni tempahan selesai awal. Jam 12.30 tengahari tadi dah habis diambil oleh pelanggan. 

Hari ni dua orang je pelanggan. Masing-masing buat tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Empat biji pavlova - dua biji makaroni bakar - 25 biji cheese tart - 16 biji Red Velvet Cupcakes.

Jujurnya saya belum tidur lagi sejak semalam. Tidur-tidur ayam saja. Sementara menanti pavlova masak.

Ngantuk tapi tahan mata ja ni. :(


Dah selesai order tadi, pukul 2.30 pegi JJ kejap. Beli stok buah lagi untuk order esok pulak.

Alhamdulillah. Rezeki mencurah-curah kebelakangan ni. Rezeki nak pergi umrah. Buat tambah duit poket. :)

Malam ni sambil buat order untuk esok. Seperti biasa melayan drama Sedingin Lavender di TV3.

Selalu mak yang nak tengok. Saya ikutkan saja. Layan. Bila dah tengok setiap minggu makin best pulak. 

Saya suka tengok adegan dorang masa kat ladang lavender. Mula lah teringat kenangan masa saya berkesempatan ke ladang lavender jugak. 

Rindunya nak pergi lagi. Duit... duit...! :)










Masa pergi dulu banyak binatang kecik serupa tebuan atau sengatan. Nak duk lama-lama dekat bunga pun seriau kena sengat.

Saya pernah buat entry pasal pergi ladang lavender. Boleh baca di sini.




Rindu nak bermusafir. Jalan-jalan sambil muhasabah diri. Tengok orang. Tengok budaya mereka. Ambil gambar.

Ini... hari-hari ambil gambar pavlova. ;P

Sampai kena tegur dengan mak. ' Haaiii... takkan hari-hari ambik gambar. Bukannya gambar lain. Serupa itu jugak tiap hari mak tengok.'

Aduhhh... mak...!

Ini namanya strategi memikat hati bakal pelanggan.. Betul kan... :D







4 comments:

susumanis said...

indahnyerrr ciptaaan Allah swt..MasyaAllah...

ADEEYA said...

Hehehe sampai kena perli dengan mak eh amik gambar pavlova hari2. Me geram je tengok kek2 kat sebelah ni grr

Kathy Tuah said...

sbb tu bila saya tengok citer dingin lavender, sy teringat kat entri akak pasal ladang lavender yg akak penah pegi tu =) teringin gak nk pegi sana..hihi..

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

shanteknyyyerrr..
sy suke lavender..
aci kirim tak?.. hehehe