Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah, saya dapat menyaksikannya sendiri.

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Hari ini dengan izin Allah swt saya dan anak-anak Kak Siti dapat menyaksikan sendiri Lavender Farm yang sejak dua tiga hari ini bermain-main di kepala saya. Sungguh. Sejak melihat gambar-gambar Kak Niza sekeluarga ke sana, semangat saya semakin meloncat-loncat nak ke sana juga. Setiap hari membuka laman web Mayfield Lavender Farm. Tengoklah apa yang boleh. 

Selain tu saya juga belajar bersungguh-sungguh macamana nak ke sana. Mula-mula cuak jugak kena naik train. Saya tak pandai naik train. Tengok lagi laman web TFL. Kalau-kalau ada cara lain. Alhamdulillah, ada. :)

Jadi pagi tadi dengan harapan yang tinggi moga Allah membantu memudahkan perjalanan kami ke sana.

Selesai solat Dhuha bersama Fatimah dan Syakirah kami memulakan perjalanan jam 10 pagi. Mengikut jangkaan perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam setengah. Tambah tolak darab bahagi semua, kami mengambil masa 3 jam baru sampai ke pintu ladang. Alhamdulillah, drebar bas sangat baik hati. Depan pintu ladang diberi kami turun. Sedangkan perhentian bas sebenar memerlukan kami berjalan selama 20 minit baru sampai ke pintu ladang. Semoga Allah merahmati kamu wahai drebar bas 166.

Tak nak larut dengan cerita yang panjang. Ikutkan memang panjang. Biarlah ianya menjadi kenangan buat saya dan anak-anak. Pengalaman untuk saya sepanjang bersama mereka. Terima kasih sayang kerana sanggup menemani kak Irma ke Lavender Farm.

Gambar-gambar.. Orait.. orait. Sesi pertunjukkan gambar bermula. Ayah Mat... Get set. GO..!



Pandangan pertama. Lautan Lavender. 

Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


Haaa.. Awal -awal lagi dah diberi peringatan oleh pemilik ladang. :)


Isi perut dulu. Dah lapar.


Gambar pertama.


Model tanpa kebenaran.


Buat peminat kumpulan Ungu. Ehh silap. Warna UNGU daa.


Apalah yang disembangkan adik beradik ni. Saya tengok ja.



Gambar ini diambil oleh Fatih. 

Nampak gaya saya dah ada 'tripod' yang boleh diarah-arah. hikhikk. 



Model satu.


Model dua.


Model tiga.



Ketiga-tiga model saya.


Ada dua jenis lavender yang di tanam.

Jenis pertama.




Jenis kedua.


Lorong-lorong lavender.


Salah satu gazebo untuk berehat.


Gerai menjual barangan berasaskan lavender.


Lavender yang dijual. Terus dari ladang.


Pertandingan foto terbaik. Ada sesiapa berminat?


Terima kasih sayang kerana berkelakuan baik. Sangat baik sepanjang trip kita hari ini. Kak Irma terharu sangat bila ingat balik perjalanan kita tadi. Moga Allah ganjarkan kebaikan kepada kita untuk perjalanan yang mengajar kita untuk beramal dengan sifat sabar. 


Buat peminat lavender... semoga terhibur. :)

19 comments:

marinahunny said...

masyaallah cantiknye..bila lah akak nk smpai situ..

p!nkerton said...

subhanallah cantiknya irma!! tskk saya setakat pakai lotion lavender ade lah ;p eh bau bunga dia mmg wangi ke eh? (kan slalu guna utk aromatherapy)
eh tripod awak yang boleh diarah-arah tu namanya fatih jugak ke? hihi

Fazlinil Irma said...

kak marina..

moga Allah mendengar permohonan hambaNYA..

insyaallah. ada rezeki sampailah akak.

Fazlinil Irma said...

fatih..

Allah izin hidung sy tersumbat selsema. Langsung x dapat bau apa. kikii..

bila tanya anak-anak sy. bunga dia x bau sgt. bila dah kering baru kuat baunya.

a'ah. muhammad fatih :)

sweetsal said...

memang tersangat cantik lavender ni..kale purple pulak tu..sedap mata memandang..sampai jugak hajat irma ke sana..kitorang blh tgk dr jauh ja la..taktau bila nk sampai London..bestnya...

btw: tkasih singgah di laman sweetsal, singgah la lagi na...hehe

sweetsal said...

lupa pulak, nk minta amik 1 pic lavender nk letak kt header, blh ke?

Anonymous said...

Salam... irma

Masyaalah.. rohmatnyer lah... cantikk sungguh lavender tu..
akak terpegun sungguh melihat keindahan yang irma ngan anak2 rakamkan...

Tahniah buat irma ngan anak2 yang comey2 tu...

Salam perkenalan dari K.Ede Tganu

Fazlinil Irma said...

sweetsal..

insyaallah.. sy doakan ada rezeki akak nanti..

boleh.. boleh.. ambillah. :)

kak ede.

salam perkenalan juga. sy juga bila sampai ja depan pintu ladang terus dlm hati tak henti mengucap syukur..

memang sangat cantik..

Nadiah Sidek said...

subhanallah..cantiknya! sini rasanya takde farm mcm tu. syoknya kalau dpt ke farm mcm tu..

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah.. nadiah. kalau xde lavender barangkali ada tanaman lain yg cantik seperti lavender.

kalau ada nanti share di blog ya. :)

Lady of Leisure said...

cantiknyaaaaa... tq sudi kongsi rasa macam lady pun ada kat tengah ladang tu juga... mesti wangi je kat situ kan.. gambar pun lawa2... pakai dslr ke ni?
:)

Anonymous said...

Salam....ema jelesnya..tak sempat nak tgk ghupa lavender...ingat masa p sana hari tu...asal jumpak bunga purple ja terus tanya k.zu..."k.zu lavender ka ni??" jumpak ja bunga purple tanya lagi..yg lawaknya dok tanya bnyak kali lak tu dan pertanyaan yg sama..:D heh..heh.heh..sorry k.zu...Alhamdulillah k.zu dgn baik hatinya melayan pertanyaan ana dengan sabar..kan k.zu kan!! :D
aduihh...jeles bonar ni..:D

(FATHIYAH JASMI)

eLLy said...

subhanallah.. cantik sungguh ..

ape beza jenis satu & jenis dua? mcm sama je lavender tu ;p

Fazlinil Irma said...

Lady..

kamera cikai biasa ja. heh

fathiyah..

ana tgokkan utk anti..

kak elly..

bezanya dr segi bentuk. bau pun ada beza rasanya. cuma sy x pasti sbb hidung tersumbat. heh.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Indahnya bunga2an tu.....akak dpt yg kering kt sini pun dah syukur..

ainmusa said...

salam kak irma.nak pergi! huu.besya~~lawa sgt.

Fazlinil Irma said...

zanafahmi..

yg kering lg wangi dr yg fresh..

ain..

wsalam.. tahun depan kalau ada rezeki awk dtg la.. hujung bulan 7 masa terbaik utk dtg :)

Anna Qawina said...

Assalamualaikum Irma...bertuahnya muda2 lagi anak dah besar yea..dah tu berpeluang merantau kat tpt org lak tu...bilala saya dpt ke sana..hihi...

Fazlinil Irma said...

anna qawina..

waalaikumussalam.. pembetulan. mereka anak-anak majikan sy. sy masih lg bujang. hehe.