Monday, July 19, 2010

Cherry Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt.
















Motif tayang gambar :


1 - Semalam dengan jayanya telah membuat cheese cake yang ketiga untuk bulan ini. Mungkin akan ada yang keempat? Tungguuuu...! ;D

2-  Ada lagi separuh cheese cake dalam fridge. Harap-harap HABIS. Saya tukang buat je pandai. Saya tak suka sangat sebenarnya cheese cake ni. Saya lagi seronok tengok orang makan. Macam kat Nottingham lepas. Sampai hari ni dorang termimpi-mimpi lagi. :D

3-  Korang nak makan cheese cake. Meh la jadi tetamu saya. Eceehhh. :P

Semalam sempat berborak dengan sorang pelajar yang balik bercuti musim panas. Dia pun sama buat cheese cake di Malaysia. Katanya bahan di Malaysia mahal. 

Bagi saya LEBIH KURANG ja. Kalau kat sini modal 8 pound. Bila TUKAR duit Malaysia dalam RM 40. Modal di Malaysia RM 50. 10 hengget ja beza. 

MUNGKIN saya tak rasa sebab bukan duit saya yang beli barang. Saya PANDAI cakap ja. 'Kak Ct nanti belikan bahan cheese cake ya.'  ~SENYUM SENGIH~



18 comments:

AshAnas said...

shira pun tak suka sgt cheese cake tp suka tgk org makan...

Fazlinil Irma said...

betul shira.. bila dah selalu buat jd muak pun ada.

eLLy said...

wow sungguh menggoda ..

Fazlinil Irma said...

kak elly..

phewiiittt.. hehehe :)

Nadiah Sidek said...

la..ingatkan irma ni peminat cheese cake. sama la..buat je tapi tak mkn pun :p

Fazlinil Irma said...

nadiah..

boleh la makan sikit. tak mcm kawan2 yg makan mmg sbb suka..

mungkin sbb sy yg buat. kalau org lain buat sedap kot. heheh.

Lady of Leisure said...

kat mesia ni kalau beli sebiji cheese cake yg dah siap dalam 60++ gitu kot kan.. tetiba rasa macam nak buat la pulak..
ngeee

Fazlinil Irma said...

lady..

wah.. 60++.. jd kalau buat. jimat 10++.. yg penting sedap sbb air tgn kita. cubalah :)

shafida said...

em..saya plk suka makan..tapi xsuka buat.kakkakakaka
boleh tak gitu...ghuhuhuuhuhuhuh

kena habidkan duit banyak skitlaa untuk membeli dan memilih kedai yang terjamin kesedapannya...

Fazlinil Irma said...

shafida.

ehm.. nanti sy balik nak tahu mana sedap.. eceehh ;)

suealeen said...

Tak mahal la kos buat cheese cake kat Malaysia ni. Kalau beli kat pasaraya memang le double harganya. Tapi kalau setakat beli kat kedai bakeri murah je. RM20 pun tak sampai.

Salam perkenalan.

Fazlinil Irma said...

suealeen..

salam perkenalan juga..

oh ya ka.. sy ni bila kawan2 bgtau mahal.. sy pun iyakan aja..

nanti sy balik baru tau mahal murah :)

fa10 said...

apesal cheese cake Irma ni licin cantik jer permukaannya?
Akak punya ada kuning2 kesan bakar... huhuhu

Fazlinil Irma said...

kak fa10..

akak bakar berapa lama?

sy cukup 45 minit ja dah tutup api oven..lepas tu sy akan biarkan selama 1-2 jam dlm oven.

kemudian baru sy keluarkan. dah betul2 sejuk baru masuk peti ais..

kalau akak bakar lebih dr 45 minit dia akan start kuning keperangan kesan terlebih bakar..

lowpricebranded said...

tampak menggoda selera....
so nice...

Fazlinil Irma said...

lowpricebranded..

tgok pun dah tergoda ye :)

Yours truly said...

salam perkenalan irma

tq for sharing cheese cake recipe.
akak dah buat pun, menjadi dgn jayanya cuma x secun irma punye.. ;)

Fazlinil Irma said...

yours truly..

salam perkenalan juga.. sy dah tgok ciskek akak. sy pun dulu mula2 x cantik jg. bila dah byk kali buat tahu dah camna nak bg cantik :)