Tuesday, July 20, 2010

Mango Lassi.

Assalamualaikum wbt.


Semenjak bekerja dengan Kak Ct sekeluarga ada satu minuman yang saya baru belajar minum di sini. Mango Lassi. Kalau tengok cara Kak Ct buat memang mudah. Bahan tak banyak tapi rasa dia memang sedap. Sangat Sedap. Tak tipu.

Mango Lassi biasa dihidangkan di restoran India. Nak kena tanya Lady Little Parlour. Dia suka makanan India. Mesti dia tahu. Saya tak pernah masuk restoran India. Betul ka Lady?

Saya nak kongsi macamana nak buat Mango Lassi. Kalau makan kat kedai mesti tak puas kan. Segelas harga di restoran boleh dapat 1 jug kalau buat sendiri. Lagilah kalau keluarga besar. Seronok kan kalau dapat minum ulang-ulang BANYAK kali. Kan? =)


Bahan-bahan :






1 tin mango pulp

Tengok gambar di atas. Ini contoh. Kalau ada jenama lain tulis Mango Pulp pun boleh juga. Jangan korang meroyan kat kedai kalau tak jumpa macam gambar kat atas sudah. Malu kat anak. ;P 

1 bekas plain yogurt yang besar.

5 sudu besar gula ( boleh nak tambah atau kurang. Gula MAHAL kan sekarang. heh)

Air

Ais kiub




Cara-cara :


1- Blend semua bahan sehingga sebati. 


2- Tuangkan dalam bekas air atau jug besar. Boleh tambahkan ais ikut selera masing-masing. Ada yang suka blend dengan ais sekali. Terpulang. Kalau buat sikit boleh la blend dengan ais sekali. Kalau banyak letak ais kemudian pun boleh juga.



Psstttt... resepi ni saya jeling-jeling ja bila Kak Ct buat. Tak sempat nak interview dia detail sukatan bahan. ekeke. Kalau korang suka pekat. Kurangkan air. Kalau nak jamu ramai orang tambah air banyak sikit. 


Bagi saya SEDERHANA tu yang sedap. Tak pekat sangat dan tak ceghoi (baca:cair) terlebih. 







Minum masa panas memang sedap. 



Selamat mencuba.



14 comments:

trendymuslimah said...

salam ziarah

* uMieCuiE * said...

iye dik..gula dh mahal...Malaysia tanahairku..alahai........

Fazlinil Irma said...

trendymuslimah..

terima kasih..

umiecuie..

alahai.. apa nak dikata ye :)

Q said...

meleleh tengok. tq kongsikan...

Lady of Leisure said...

sangat suka segala perisa lassi tapi paling suka ialah manggo hehe..
:)

Fazlinil Irma said...

Q.. boleh cuba. kalau tak g kedai ja :)

lady.. haa.. kan ratu masakan India dah komen. heheh :)

d'ya fiza said...

wah macam menarik tekak jer ni...ahahahaa nk try jugalah....minta amik resepi yer irma;)

Fazlinil Irma said...

d'ya Fiza..

silakan.. minum nanti ingat kat sy.. ;D

fa10 said...

lassi inu masa panas ke?
tapi klu dah letak ais kiub tu boleh jadi panas ke?

Fazlinil Irma said...

kak fa10..

maksud sy masa hari panas2.. hehe.

eLLy said...

membuat kan akak tak sabar sabar ingin membeli mesin ais.. pasnie boleh cuba

Fazlinil Irma said...

kak elly..

x perlu beli mesin ais. guna blender biasa pun boleh. pastikan x berbau cili.

blend bahan tanpa ais. bila nak minum baru buh ais.

kak ct buat mcm tu je..

pon said...

Kalau pakai buah mangga ori boleh ke???

Fazlinil Irma said...

pon. boleh. lagi skrg tgah musim kan. cari yg masak elok. nanti awk pandai2 adjust manis dia.