Friday, July 9, 2010

Ayam Percik Madu

Assalamualaikum wbt.


'Sedap,' kata kak zue. Alhamdulillah. Saya pun bukannya selalu buat ayam percik. Kadang-kadang buat ikut resepi A. Nanti cuba pulak resepi B. Lagi nak derhaka. Resepi A campur dengan resepi B jadi resepi C. ekeke.

Ini resepi C ya kawan-kawan. eheh. 

Bahan-bahan :

1 ekor ayam di potong 12.
3 cawan santan pekat ( sama dengan 1 biji kelapa)
3 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis)
3 sudu besar madu
1 sudu teh halba
Garam secukup rasa
1 kiub ayam
3 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar :

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
3 cm halia, lengkuas dan kunyit
5 batang serai


Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tak garing sangat pun tak apa. Saya suka kalau bahan kisar tu kering. Tak diblend dengan air. Kalau ada blender kering lagi senang. Kalau tidak. Rajin-rajinlah menumbuk ya.

2. Masukkan ayam. Masak dengan api SEDERHANA. Biar ayam masak perlahan-lahan. Nanti lembut isi daging.

3. Lebih kurang 10 minit. Masukkan santan. Kacau. Ayam tak perlu masak sangat. Cukuplah separuh masak saja. Lepas ni nak bakar pulak.

4. Angkat ayam. Kalau ada pemanggang arang. Sedapnya. Dapat bau-bau arang. Takda pun tak apa. Oven pun boleh.


Edited - Pagi ni baca balik resepi macam ada yang tak kena. eheh. Kuah percik tu. Lepas ayam diangkat. Masak lagi dengan api perlahan sampai pecah minyak ya kawan-kawan. Makasih. :)

5. Panggang ayam dengan suhu 180'C selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit keluarkan ayam. Sapu dengan kuah. Ulang sebanyak 3 kali.

6. Agak-agak dah masak. Letakkan dalam bekas. Curahkan kuah percik. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.



11 comments:

nieda said...

aduss, sedapnya...dah save resepi ni, boleh jumpa bila free

Fazlinil Irma said...

nieda.. cuba.. mmg berbaloi :)

Nadiah Sidek said...

derhaka tapi sedap takpe la. sy tak berani nak derhaka..kang jadi ntah apa2. haha. thanks for the recipe! nnt blh cuba

Fazlinil Irma said...

nadiah..

cuba sekali sebelum posa.. nanti boleh buat masa posa lg.

Ayu Rosly said...

nak tanya la..halba tu apa?

Fazlinil Irma said...

ayu..

halba tu adik beradik rempah jugak. warna coklat muda.

ummiarissa said...

Memang sedap,saya sudah mencubanya..ada saya letak link blog ni dalam entry resepi dalam blog saya...terima kasih share...

saza_haiza said...

Saya pn nk cuba.Trima kasih....

Payung Sutera said...

nmpak mcm sedap...nk try esok..hehe...mngidam la nk mkn ayam percik..bahan2 n cara n wat pn snang ni...tq kak...

p/s: kak follow blog sy..
http://payungsuteraroom.blogspot.com

faridah said...

assalamualaikum.. senang dan ringkas.. satu je nak tanya. oven tu boleh guna oven lektrik yg buat biskut tu ke? takut ada oven lain selain utk wt biskut tu atau kek tu..

joe said...

Cili kering bila nk letak