Friday, August 24, 2012

2 hari lagi baki cuti raya.

Assalamualaikum wbt...

Tinggal 2 hari lagi cuti hari raya saya berbaki.

Lepas tu dah mula pegang spatula dan bertangga depan oven. Kerja..!

Sambil rehat tengok tv, ambil mood nak kerja dengan tengok balik gambar-gambar kek lepas.

Banyak rupanya gambar kek yang saya simpan tak masuk dalam entry. Kunun nak hormati bulan puasa.

Ada jugak yang terbabas keluar satu dua gambar. heee. Nak cerita pasal bazar ramadhan, 2 kali je saya pegi dalam masa 29 hari puasa. Cerita pasal menu berbuka. LANGSUNG SEKALI pun saya tak pegang periuk. Dah jadi pelanggan tetap kedai mamak atau kedai makan kat bawah PV ni.

Sekarang la masanya untuk saya keluarkan gambar-gambar kek yang lepas. Senang buat bakal pelanggan saya rujuk untuk tempahan. :)









Rainbow Cake Tema Disney Car.

Untuk tempahan dan sebut harga boleh hubungi saya, Irma. 013 258 8230.

Terima kasih.






3 comments:

shera haifa said...

CANTIKNYE KEK NIE..

♥MAMASYAZA♥ said...

berseri seri kek tu
cam akak ni setiap kali nak berbuka, mesti pegi bazar ramadhan, beli nasi kerabu, kebab, nasi beriani, kena atur setiap makanan feveret anak2. waktu sahur mmg kena masak, lagi pun masak simple2 aje

Ekin said...

Wah... nx time order nak irma buatkan kaler2 gini ye!.. Selamat Hari Raya Irma..