Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Selesai sudah aktiviti pulang ke kampung. Tahun ni kami sekeluarga pulang ke Taiping pada hari Raya pertama. Selepas berhari raya di Klang. Rumah Mak Njang saya. Kami bergerak dengan dua buah kereta. Destinasi pertama semestinya rumah Tok Lang kami di Pondok Tanjung. Rumah wajib ziarah dan wajib singgah tidur walaupun hanya satu malam. Balik kampung bagi kami sekeluarga sepertinya tak lengkap kalau tak ke sana. Ibarat makan nasi tanpa sambal belacan bagi orang utara. Mesti teringat-ingat sambal belacan lepas makan.
Kami sampai Pondok Tanjung dah lewat. Jam 3 pagi. Mana tak lewat, bertolak pun memang dah lewat. Orang dah masuk tidur kami duk atas jalan lagi. Tak kesaahh. Asal sampai kampung sudah.
Pagi tu lepas solat Subuh, mak, mak njang dengan tok lang dah duduk di dapur. Sambil sembang tangan depa ligat sediakan sarapan pagi. Tak lama kemudian, semerbak bau ikan masin di goreng. Harum mengoda betul. Kacau hidung saya yang tengah sedap baring dalam bilik. Mata terpejam tapi hdung duk sedut bau ikan masin goreng. Sedapnyaaa..!
Tak lama pun saya boleh tahan godaan bau ikan masin. Dasyat sungguh penangan ikan masin Tok lang. Mata yang mengantuk pun boleh kalah. Sedar-sedar dah bersila dekat dapur sambil senduk nasi hangat makan dengan sambal ikan bilis dan ikan masin. Sedap sampai bertambah. Makan nasi kedai pun tak teringin nak tambah macam tu.
Tengahari.. kami bergerak ke pekan Taiping. Beli barang untuk masak nasi minyak. Kata mak, ‘Tok lang teringin nak makan nasi minyak.’
Kereta punyalah banyak sepanjang jalan di bandar Taiping. Jalan sesak. Raya la katakan. Sampaikan ayam dekat Econsave pun tak sempat nak baring lama lepas dipotong. Berebut orang ambil nak masukkan dalam plastik masing-masing. Termasuk la mak saya. ;P
Petang… bermula aktiviti masak nasi minyak. Rumah Tok lang saya ni special banyak. Dah la kecik. Tok lang saya ni dia ada satu perangai yang tak berubah semenjak saya kecil. Dia memasak menggunakan dapur arang. Bukan takde dapur gas. Tok lang saya ni penakut. Dengar bunyi dapur gas nak dinyalakan pun dia boleh melatah. Sememangnya, dapur gas hanya menyala setahun sekali ataupun bila ada saudara yang lain datang bertandang. Jangan harap nak suruh Tok Lang saya guna. Dia sanggup lagi guna dapur arang atau dapur kayu. Tok Lang saya penakut..!
Prung.. prang.. prung… prang.. sambil duk bergelak ketawa. Pukul 5 petang baru boleh makan. Sempat la hujan satu pusingan. Baru nasi minyak mak saya masak. Bruppp.. alhamdulillah kenyang.
Lepas makan siap berkemas. Dah tak tahu nak buat apa. Mula lah aktiviti takde kerja pi cari kerja. Orang KL la katanya. Memang la jakun sikit bila masuk kampung. Segala macam yang takde kat KL nak dicuba. Satunya… main api. Huahuahuaaa.. Kan tadi saya dah cakap. Tok lang saya masak guna dapur arang atau dapur kayu. Dah kenyang tak tahu nak buat apa. Saya pun mula lah cucuh api bakar sabut. Bukannya main api sangat pun. Sempat la sementara api nak menyala makan asap dulu. Hahahaaa.
Malam tu lepas selesai solat isya’ dah kena balik. Hajat hati memang nak berlama lagi. Seronok duduk dengan Tok lang. banyak ilmu yang boleh saya dapat jika kena gaya sembang dan bertanya. Almaklum la orang tua. Mereka kan dah banyak pengalaman banding saya yang baru nak belajar hidup.
Oh lupa nak cerita. Masa kat Pondok tanjung ni juga, buat pertama kali saya dapat ziarah kubur arwah Tok Nil. Arwah Tok Nil dah lama meninggal. Semenjak mak berusia 8 tahun. Dulu susah nak pergi ziarah kubur Tok Nil. Kawasan perkuburan jauh atas bukit. Nak naik ke sana tak boleh guna kereta. Dari bawah bukit kena menapak jalan kaki naik ke atas. Memang jauh la jugak nak berjalan. Baru setahun dua ni jalan nak ke sana diturap dengan tar untuk memudahkan kereta keluar masuk.
Nak cerita punyalah lama mak tak ke sana, sampai dah tak jumpa batu nisan arwah Tok Nil. Mak punyalah sedih sampai menangis bila tak jumpa kubur mak dia. Tak lama lepas mengecam beberapa batu nisan yang ada sekitar bawah pokok nangka. Barulah mak nampak dan yakin batu nisan kepunyaan arwah Tok Nil. Batu Nisan dah tertimbus dengan daun pokok nangka. Tebal sangat. Tu yang tak dapat nak cam. Nama dekat batu nisan langsung tak membantu. Dah hilang.
Lepas selesai di rumah Tok Lang, kami bergerak untuk ziarah Tok Cik Zah di Kg Jambu Taiping. Dah lama betul tak ziarah rumah Tok Cik Zah di Taiping. Selalu jumpa Tok Cik Zah di KL bila dia datang rumah anak-anak perempuan atau nak ke hospital. Jenuh berpusing jugalah sebelum nak sampai. Terima kasih pada cik GPS yang dah membantu walaupun dia hentam suruh guna laluan sehala. Syukur takde kereta yang berlanggar. ;P
Selesai ziarah rumah Tok Cik Zah, destinasi terakhir sebelum sampai rumah Pak Uda saya ialah rumah Ucu. Kesian Ucu dok tunggu kami dari awal Maghrib. Kami ni singgah la jugak sekejap. Sekejap-sekejap pun habis juga ketupat palas 3-4 biji mak makan sambil duk sembang. Mana tak habis, ketupat baru tanak. Sedap makan macam tu saja.
Dah selesai beraya rumah Ucu, kami pun balik rumah Pak Uda untuk tumpang bermalam.
Esoknya sambung beraya rumah Pak Lang Sahak dekat Semanggol. Alhamdulillah... Pak Lang saya nampak sihat selepas keluar dari IJN. Kami dijamu dengan bihun sup. Paling best dapat dodol sedap. Memang sedap sangat sampai makan tak leh berhenti. Lembut, lemak manis. Biasa saya tak suka pun makan dodol. Datang la macamana pun rupa dodol, saya takkan teringin nak cuit sikit. Ewaahhh.. velagak betul minah sorang ni..! hahaaa.. ;P
Kali ni, entah macamana. Dalam kereta nak ke Penang, saya tanya mak pasal dodol. Naahhh... sekali dah cuba. Saya makan tak berhenti. Duk cubit sikit-sikit masuk mulut.
Dah selesai beraya rumah Pak Lang, kitorang teruskan perjalanan ke Penang. Rumah Tok Ndak. Kali ni kami singgah sekejap je. Sampaikan bila Pak Lang Faisal pelawa makan nasi dulu pun kami tak nak. hehe. Sebenarnya ada projek panjang langkah lagi lepas tu. Memandangkan drebar tengah mood baik nak bawa, mak ajak makan Pasembor dekat Padang Kota. Merasa la saya makan Gani Famous Pasembur. Kami order pasembur, sotong kangkung dan kerang bakar. Dah rasa, lepas ni kalau tengok kat blog orang lain takde la nak terliur bagai. Biasa je bagi saya.
Nak balik ke kereta, kitorang lalu dekat gerai jual jeruk. Fuhh.. terus meleleh air liur masa tu juga. Mana boleh tak beli kan. Nak tak nak beli juga jeruk salak satu. Nyum.. Nyumm..!
Esoknya hari Rabu dah balik KL. Sebelum sampai KL, singgah rumah pakcik saudara dekat Felda Besout, Sungkai. Bagus tak masa kitorang sampai. Elok je tengahari. Makcik saya dah siap masak. Tunggu masa je nak makan. Saya pula ambil peluang melepak dekat depan rumah menaip entry raya ni. Separuh dari entry di atas saya tulis di sana. Pastu dah kena panggil makan. Kena la berhenti. Sambung malam ni dekat KL sambil tengok Cerekarama.
Belum duduk makan lagi dah terasa kesedapan lauk yang makcik saya masak. Menu tengahari tu, Masak Lemak Lala, Ayam panggang, Sambal tumis petai, ikan masin, sambal kelapa dan tak lupa sambal belacan. Makan pulak dengan nasi panas. Semua orang makan tak panggung kepala. Laju. Sekejap je saya tengok adik lelaki saya dah bertambah. Memang rugi tak tambah. Sedap bangat. Sampai sekarang terasa lagi sedapnya masak lemak lala makcik saya. Dalam hati sempat lagi buat plan. 'Makan sedap macam ni, saya sanggup balik kampung sebulan sekali. Nak makan punya pasal.' :)
Perut dah kenyang, sambung aktiviti dekat belakang rumah. Jalan-jalan dekat kebun. Kutip segala bagai pokok herba. Macam-macam ada.
Alhamdulillah. Selesai dah ziarah raya tahun 2012. Walaupun kurang meriah balik kampung tahun ni. Pentingnya dapat ziarah semua saudara di kampung. Syukur dapat jumpa saudara mara lagi. Tak tahu la bila lagi nak balik. Tahun depan..? Moga panjang umur dapat jumpa lagi. Insyaallah.
Dah habis cerita. Yeaaayy..!!!
Lama betul saya tak cerita panjang lebar kan. Teheee. ;)

2 comments:
Assalam irma mai penang nak makan pasemboq ja ka hehehh ciannya pasemboq ghani mmg tak sedap bagi org penang la heheheh sbb akak gheja sebelah astaka tu ja,kalau nak makan pasemboq kena call kat karim jauh lagi kena p makan kat astaka Gurney Drive Pasemboq EdgeCumbe Road ,tapi hat ghani tu famous ja
assalamualaikum Irma,
selamat hari raya aidil fitri. minal aidil wal fa'izin. maaf zahir batin.
Post a Comment