Olaaa... bersiaran dari kampung. Cuti-cuti di Kg Selinsing.
Petang tadi sempat tengok orang ambik padi. Kiranya aktiviti wajib bila balik kampung. Jalan-jalan dengan sepupu pusing kampung.
Tengah seronok jalan, hujan rintik turun. Makin lama makin lebat. Saya seronok je nak main hujan. Jalan sambil melenggang kangkung lagi. Sian kat sepupu kena ikut perangai saya yang jakun nak main hujan. Heh!
Tak lama pun dapat main hujan, Pak Menakan saya telefon tanya duk mana. Selang 5 minit berteduh bawah pokok pisang, datang kereta Pak Menakan ambik kami.
Balik rumah.. riuh sepupu dua orang ada pacat melekat kat kaki dengan ketiak depa. Arghh.. terus check badan sendiri. Lega. Takde. ~Pheww..~
Esok sambung lagi jalan. Tak puas jalan sekejap sangat tadi.
Nak pi makan buah duku sat. Daa..!
6 comments:
kat sana dah mula amik padi ekkk, kat kampung en. abah blom mula lagi, anak2 akak kalo kebetulan ada mesin padi kat sawah, mesti kena stop tgk dulu
eii.. deno takut pacat!
p/s: folow sini :)
kg selinsing simpang 4 bagan serai ke?
Nak balik kampungggg~! huhuuu. Assalammualaikum kak Irma hehe :)
Waa bestnyaa.. Saya dah lama tak jalan jalan kat kampung.
bestnya ada kampung yang ada sawah padi..
Post a Comment