Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Menu RAJIN vs Menu MALAS.

Assalamualaikum wbt.


Dim Sum dengan Teh Pudina.


Spiral Meatball. 

Apa yang penting..?

Senang. Cepat, Campak dan Kenyang.

Alhamdulillah.

:D






Saturday, July 9, 2011

Resepi Chili Con Carne.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang saya sedang menonton Enchanted di TV2. Cerita ni saya dah tengok masa kat London dulu. Ni sajalah tengok lagi. Sambil tengok cerita, tangan menaip entry untuk hari Sabtu. Ada faedah juga kan. Berkongsi resepi dengan pembaca saya. Mana la tahu. Ada yang tergerak nak mencuba resepi baru hujung minggu ni.

Sedaaapp..!! nyum. nyum. ;D

Nama resepi hari ni Chili Con Carne. Saya tahu menu ni dari perbualan dengan Fatimah di YM. Saya tanya dia makan apa..? Fatimah bagitahu ummi ( Kak Siti) masak Chili Con Carne. Saya pun cepat-cepat Google nak tahu. Macamana rupa Chili Con Carne.

Oh... Ini ke rupanya. Nampak sedap. Mari kita cuba. ;)

Sebenarnya saya dah beli bahan untuk buat CCC (dasar malas nak menaip. haha) ni dua minggu lepas. Seru tak sampai lagi masa tu. Hari ni dalam duk kalut siapkan tempahan untuk Salimah, sempat lagi saya memasak CCC. Alhamdulillah, siap bekalan untuk seminggu. ;P

Inilah resepi yang saya nak kongsi bersama kalian semua. ;)


RESEPI CHILI CON CARNE.

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
3 biji bawang besar Holland dipotong dadu
3 biji bawang putih dimayang halus
3 biji tomato di potong dadu
1 biji cili benggala dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 tin tomato cincang - saya guna sos spaghetti jenama Kimball
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 tin kacang merah dibuang air
1 kiub pati ayam
1 cawan air
Garam

Tambahan - saya terlebih bijak letak cheddar, mixed herbs dan oregano dalam kuah CCC. Saya suka. ;D

Resepi asal menggunakan serbuk kulit kayu manis. Pastu macam-macam la herbs yang lain. Bila ikut tekak melayu kita ganti je dengan serbuk kari. Kan sonang..! ;)

Cara-cara :

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili garing. Masukkan rempah kari. Kacau sampai semuanya sebati dan pecah minyak.

Masukkan daging cincang. Tuangkan air. Sambil kacau hancurkan daging dengan hujung senduk. 

Masukkan tomato yang didadu, sos tomato Kimball dan cili benggala. Masak dengan api perlahan.

Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam. Kacau jangan sampai hangit. Nak tambah air dalam setengah cawan pun boleh. 

Akhir sekali masukkan kacang merah yang sudah ditoskan airnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Kemudian boleh tutup api.

Chili Con Carne sedap dimakan dengan nasi, spaghetti, kentang goreng atau nak lagi western carilah chip jenama Doritos. Kat Malaysia takde. Saya pun belajar makan Doritos masa kat London. Sedap chip dia..! :(

Oklah, tak mau cakap panjang lagi. Cubalah sendiri ya. Tak rugi.Sebab... saya sendiri dah masak untuk bekalan selama seminggu. ------> Senang. Tak payah fikir nak masak apa selama seminggu. Hooyeaahh..!



Enchanted pun dah habis. Moh la kita tidur. ;)

Sunday, May 29, 2011

Resepi kentang putar dan kuah.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni atas permintaan Mak Uda saya sediakan kentang putar dan kuah untuk makan malam. Pertama kali nak mencuba. Puas membelek resepi yang ada di kebanyakan laman resepi di internet. Bandingkan resepi ini dengan resepi itu. Kebanyakan menggunakan resepi yang sama. Jadi saya pun apa lagi. Ikut samalah guna resepi mereka.

Cuma, saya hari ni menderhaka sedikit. Bukan saja-saja. Satu bahan takda. Saderi. Itu pun bak kata Hanis, " Sedaplah Kak Ema. Kalah KFC." Ewaahh. Kembang kuncup sengih panjang saya dengar.

Lagi nak seronok, tengok depa makan. Bersungguh. Sorang-sorang pinggan penuh. Kalau tengok Hanis makan siap bertambah. ^_^



Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

Saya cuma sediakan kentang putar dan kuah. Ayam digoreng oleh adik Mak Uda, Bang Ngah. Coleslow disediakan oleh Pak Su. Hebatlah depa. Lelaki tapi rajin masuk dapur. Tu yang seronok. Bukan saya sorang ja buat. Pakat sama-sama berganding bahu. Sekejap ja dah siap. Boleh makan. ;)

Korang kalau ada adik beradik ramai, kerah depa buat sama-sama. Meriah dapur. 

Resepi asal dari sini. Terima kasih. 



Tuesday, March 15, 2011

Meatball in Tomato Sauce.

Assalamualaikum wbt.

Haaiii.... ~ ala.. ala... sleeping beauty yang tidur 100 tahun baru bangun. Ini versi tuan empunya blog yang malas nak menulis entry. Maafkan kami.~

Ini pun saya tulis sebab nak kongsikan resepi. 

Oh... so sweet..!! ;P

Dah lama saya cuba resepi Meatball in tomato sauce. Tak la lama mana pun. Hari Jumaat lepas. Nyum... Nyum... wallah. Seronoknya bila mood rajin masuk dapur datang sekali sekala. Masa ni lah saya akan gunakan semaksima yang baik untuk memasak. Bila mood memasak ala kadar sahaja. Menu brunch saya ialah biskut dengan air milo sementara tunggu petang nak turun bawah pilih mana satu restoren yang nak cuba. Bila tak sedap (baca: tak kena selera) mulalah komen tak sedap. Bla. bla. bla. Esok cari kedai lain pulak. Sampai la dah boring nak makan kat kedai. 

Resepi meatball. 5-7 orang makan.

500 gram daging cincang
2 biji bawang besar -dipotong dadu
3 ulas bawang putih -dicincang
1 biji telur-dipukul sedikit
3/4 cawan bread crumb
1 sudu besar mentega
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam

Cara -cara :

Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan mesra. Bentukkan menjadi bebola sebesar bola ping pong. Pastikan anda kepal dengan sebaiknya untuk mengelakkan bebola terlerai ketika dibakar.

Siap kesemua adunan bebola. Bolehlah dibakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 'C atau digoreng di atas kuali dengan kadar minyak yang sedikit selama 10 min. Syarat tak nak melekat. Jika ada kuali non stick lebih baik. Amalkan gaya memasak yang sihat. ;)

Sambil menunggu bebola daging masak. Boleh lah disediakan kuah tomato.

Bahan-bahan :

1 mangkuk tomato cincang/dadu, anggaran 3-5 biji tomato- kalau jumpa tomato soup dalam tin yang siap ada creamer tu lagi best. sedap.
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan tomato paste
2 sudu besar oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cawan air - boleh tambah air kalau rasa kuah pekat sangat.
minyak untuk menumis

untuk dibakar :

parmesen cheese 
mozarella cheese

Cara-cara :

Tumiskan bawang sampai garing. Masukkan cili kisar. Tunggu sampai cili garing. Masukkan sos tiram, cili dan tomato paste. Kacau sampai sebati.

Masukkan tomato cincang atau tomato soup. Kacau sampai mendidih. 

Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Rasa secukupnya. Cukup masin, masam dan pedas. Boleh tutup api.

Alihkan sos tomato dalam bekas yang tahan panas. Susun bebola daging dan taburkan cheese.

Bakar dengan suhu 180'C selama 20 minit sehingga cheese bertukar kekuningan atau garing keemasan.

Boleh di hidang dengan spaghetti atau dimakan dengan roti macam Subway. Waahhh.. terliur lah pulak saya malam-malam ni. Gullpp..!!





Selamat mencuba ya kawan-kawan..!!


Tuesday, November 23, 2010

The Taste of France - Churros.

Assalamualaikum wbt




Dah tahu macamana nak sebut Churros. Saya dengar sendiri macamana mamat dua orang ni duk promote suruh orang ramai beli. Saya tak payah beli lah. Buat sendiri lagi best. Boleh buat BANYAK. FREE tu dah semesti. 


Cumaa.... MALAS aje. ;P


Eh... dah pernah buat la. Sekali je. Pastu tak nak ah. Leceh. Sedap tu memang la. Dah makan dengan Nutella. Memang sedap sangat. Coklat. 


Lagi kalau tengok mamat tu bubuh Nutella. Perghh. Macam tak kesah je rugi. Banyak. 


Nak try sebut Churros


1- Mula-mula. Muncungkan mulut dulu. Almaklumlah, nak belajar cakap France kan. Dah kata bahasa paling romantik sekali dalam dunia. 


2- Dehem sekali dua. Nak pastikan dengung betul.


3- Sebut. -------------------- >  Cughos.


Alahai... sweetnya muncung. ;P



Friday, November 12, 2010

Chocolate Milkshake.

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat, penghulu segala hari.



Bahan-Bahan :

5 sudu besar ais krim perisa vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan ais kiub
1/2 papan coklat bar
2 sudu besar gula
1/2 cawan double cream atau whipped cream - optional
serbuk koko - hiasan

Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan. Kisar. Masukkan dalam gelas atau cawan. Taburkan dengan serbuk koko. Sedia untuk diminum.


Senangkan. Asalkan semua bahan ada di rumah. Boleh je buat. Kalau dah teringin pun, boleh je cari bahan kat kedai.

Kalau di Tinseltown ada macam-macam perisa milk shake. Mereka gunakan coklat bar yang dijual di pasaran seperti Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Malteser, Kit Kat, Bounty, Galaxie, Crunchie... bla.. blaa.. blaa. Yang pasti milkshake Tinseltown memang terbaek. Tak leh lawan kot.

Saya pulak gunakan coklat yang ada je. Tu pun Fatimah dah bagi A+. Sedap katanya. Mula-mula macam biasalah, trade mark dia. Rasa sikit dulu. Hujung sudu je. Lepas tu, nah.. sampai separuh gelas dia minum sorang. 

Saya sanggup buat milk shake ni hari-hari untuk dia. Tu pun kalau dia suka. Nak bagi naik sikit berat badan. Bila tengok makin hari, makin kurus pulak.

Kalau jalan tak mustahil boleh terbang dek angin yang kuat sekarang. ^_^

Hari ni 11 haribulan 11 di bulan sebelas. Cantikkan nombor. Ni pun tahu dari blog Kak Faten. 



Saturday, October 30, 2010

Pancake.di.Bradford.

Assalamualaikum.


Jom.nyerok.(baca.sarapan)

Mudah.untuk.disediakan.berkhasiat.dan.yang.penting.kenyang.

Alhamdulillah.




Wednesday, October 27, 2010

Jagung.Rebus.Yang.Sedap.

Assalamualaikum.


Perisa:

BBQ

Curry

Cheese

Garlic

Mexican.Chilli

Ginger

Tomato

Chicken

Vinegar

Jalapeno




Menarik.bukan..?

Saya.pun.bila.lalu.dekat.gerai.ni.terus.terasa.nak.cuba.

Manalah.tahukan.

Boleh.cuba.buat.bisnes.-wink.wink-

Saya.beli.satu.dengan.perisa.BBQ.dan.cheese.

Sedaappp..!!


Tuesday, October 26, 2010

Prosperity.Burger.

Assalamualaikum.


Hari.ni.cuaca.MENDUNG.sahaja.

Kira.betullah.seperti.yang.dipaparkan.dalam.ramalan.cuaca.semalam.

Plannya.saya.nak.keluar.sendiri.hari.ni.

Semalam.Kak.Zue.dah.ajar.macamana.nak.naik.bas.FREE.

Nampak.gaya.plan.ditunda.

Semalam,keluar.dua.jam.pun.dah.tak.tahan.SEJUK.

Lagi.lah.hari.ni.Nak.jalan.dari.pagi.

Kalau.nak.jadi.patung.beku.balik.nanti.bolehlah.

Sila.keluar.sekarang.

Moral.of.this.entry:Saya.kenyang.lepas.sarapan.

ALHAMDULILLAH.

:D

Wednesday, June 30, 2010

Malu Nak Mengaku Pancake.



Assalamualaikum wbt.


Kejadian berlaku pada hari Ahad malam (8.30 dah kira malam la ye. walaupun terang lagi) yang lepas. Akibat dari tidak puas berada di dapur. heh. Saya pun dengan rajin dan semangat (mesti ada. kalau tak. jangan harap nak masuk dapur tiga kali sehari) pulun nak buat pancake. Dalam kepala dah berangan nak buat pancake macam Mat Gebu dan Kak Hana ni. Salin resepi dah berkurun (tipu) lamanya. Baru hari ni la bersemangat. Bukannya berkesempatan. Kalau sempat tu bila-bila masa sempat. Semangatnya yang tak ada. :)

Meh la. Nak tunjuk resepi bergambar. Gigih ni sebab nak bagi kawan-kawan cuba. Biar LEBIH semangat nak buat sendiri dari p order kat kedai. 



Bismillahirrahmanirrahim....


Bahan-bahannya :


1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
1 cawan susu segar ( susu sejat boleh. susu tepung boleh. susu pekat pun boleh )
3 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
2 biji telur saiz XL (Kalau kecik pun tak apa. Jangan pulak g beli telur lain)
60 gram butter dicairkan
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu teh esen vanilla


Mula-mula. Mulakan dengan bismillah. JANGAN LUPA tahu. Dapat pahala. Kalau sepuluh kali baca. Allah je tahu berapa banyak pahala nak bagi. Ayak tepung, garam dan baking powder atas kertas suratkhabar. Macam mak-mak kita dulu buat kueh. Err... mak sekarang pakai bekas. Nak jaga kualiti kebersihan. heh. Saya pulak MALAS nak basuh banyak bekas. Bibik.. kalau malas-malas ni p balik Malaysia lah! ;P




Dalam mangkuk kaca. Satukan butter yang telah dicairkan. Gula. Mayonis. Telur


Ahaa. Tengok tangan siapa yang memegang whisk. hehe. Masa saya tengah duk susun bahan lagi Syakirah dah tanya. 'Kak Irma nak buat apa?'. Saya jawab sepatah ja. 'Pancake'. Terus dia jawab. 'Oh, I like pancake. Ting.. tong.. ting.. tong... (err.. malas nak taip isi perbualan kami). Terus saya tanya, 'Kakak nak tolong ka?'. Laju je dia jawab. 'Nak'. hehehe. Itu je sebenarnya. Dia nak tolong tapi saja saya malas nak bagi sebab saya yang excited nak buat. Kah Kah Kah. Takpa. Takpa. Bibik mengalah

Sebenarnya lagi cepat kerja saya. Dah ada orang nak tolong. Saya bagi arahan saja. Semua dia yang buat. Sambil-sambil tu boleh la saya kemas dapur. 


Dah agak-agak bancuhan tu sebati. Macam inilah rupanya. 


Perasan tak. Ada tangan satu lagi. Yang kiri tu jauh beza benar dengan yang kanan. keh keh keh. Siapa lagi kalau bukan Fatimah. Dia datang dapur tengok Syakirah duk tolong saya. Terus dia tanya, ' Why I can't help you?'. HaHa. Nasib tak datang yang no 3 dan 4. kiki. Kalau semua masuk dapur bukan memudahkan kerja saya. Lagi melambatkan ada la. Masa tu mulut murai pun kalah. Semua pakat nak tolong. Ohooo. Kecoh.

Dah Fatimah nak tolong. Saya biarkan mereka berdua uruskan adunan. Saya pejam mata ja bila tengok tepung bersepah. Sabar


Sebenarnya saya musykil bin hairan. Betul ke adunan ni pekat macam ni. Nak menderhaka tak berani. eceh. Konon-konon nak jadi anak murid yang baik la ni. hehe. 

Bila tengok video cara nak buat pancake balik. Tak apa ja kalau nak tambah susu sikit lagi. Agak-agak bila tuang atas pan dia turun cantik je. Bibik je yang terlebih cuak konon.



Ini adunan yang TERAKHIR. Betul. Tak tipu. Dari yang pertama sampai yang sebelum terakhir saya tak sempat nak ambil gambar. TAK NAK AMBIL PUN. haha. Pancake saya dah bertukar menjadi lempeng. agaga. Eceehh. kamu melayu lupa diri. Kalau yang hodoh nama melayu eh. Cantik nama pancake. Tak baik Irma. :)

Adunan saya pekat sangat. Sepatutnya, bila kita tuang tu dia akan turun dengan cantik. Tak payah dah nak bentukkan menjadi bulat. Saya punya. Dah la pekat. Kena main senduk pulak nak bagi jadi bulat. Tapi tak bulat-bulat jugak. Herot bengot. Sob. Sob. T___T

Tapi.. Tapi.. Saya seronok sangat. Pancake (eh. tadi kata hodoh nama lempeng? ;P) saya menjadi rebutan antara anak-anak. Tak sabar-sabar Syakirah dengan Fatimah tunggu hasil yang pertama. Dalam duk tunggu macam-macam permintaannya. Fatimah tak nak hangus. Nak warna dia kuning cair saja. Yang si kakak nak bulat perfect. Adoyaaiii. kalah cafe terkenal ni. Dapat pelanggan yang macam-macam. ;P

Dalam duk kami bertiga di dapur. Datang Maryam duk terintai-intai dari tangga. Saya tanya, 'Maryam nak makan pancake tak?'. Terus turun masuk dapur. Terus cakap, 'I want to eat pancake with knife and folk'. Haha. Hebat anak saya ni.

Fatih.. Fatih makan apa? Yang sorang ni lagi hebat. Duduk atas kabinet dapur makan Nutella saja. Kami semua dah cuak. Dia dah la alergic dengan kekacang. Makan Nutella slumber badak je. Lama saya perati kot-kot mulut dia naik merah-merah. Memang takda. Saya tak nak ambil risiko terus angkat dia turun. Marah dia. hehe. Sekejap ja. Lepas dia tenang saya jugak yang suapkan ubat. 

Jom tengok hasil pancake a.k.a lempeng yang saya buat. Aiyookk. Jaga-jaga. Jangan sampai air liur meleleh. ngeee.



Pancake dengan Maple Syrup. Ini untuk Maryam. Dia layan sampai dua keping. 


Pancake + Nutella + Strawberry.


Pancake + Nutella + Strawberry + Cherry + Icing Sugar.


Pancake + Strawberry + Maple Syrup.

Malam tu sampai pukul 10.30 juga la baru saya tutup kedai. heh. Anak-anak kenyang. Bibik soooka hati. heh. 


Yang ini special. Apasal rupa dia lain. heh. Ini pancake terakhir saya habiskan. Hari Isnin petang selepas Fatimah dan Maryam buat tak kisah je. Saya pun apa lagi. Ooo.. mentang-mentang kosong. Tunggu. Saya pun ambil aiskrim. Letak cherry. Pastu bubuh maple syrup. Dah siap saya panggil mereka berdua. Saja nak tengok reaksi. keh keh keh. 

Fatimah : Ohhh.. I want that one with ice cream but not cherry.
Maryam : Kak Irma, can u make another one for me pleaaaaseeee!

HAHAHAAHA. 

Kan dah kena gelak besar dalam hati. Saya senyum ja. Tahu dah. Mesti dorang nak punya kalau dah berhias bagai. hehe. Nama pun anak-anak. Suka pada benda yang menarik.


Amacam. Ni gambar Maryam layan pancake kat dapur. Gaya mau ada na. hehe.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Psstt.. sempat lagi kalau nak buat pancake untuk sarapan. Selamat mencuba!