Wednesday, November 10, 2010

Tinseltown, London.

Assalamualaikum wbt.


Masa keluar dengan Ezzah hari Sabtu lepas, agenda utama ialah makan tengahari di Tinseltown. jalan-jalan di Hyde Park tu sampingan saja. Dah alang-alang keluar kan. Singgah sekejap kat sana.

Ezzah la kata sedap. Sebelum ni dia makan dengan kawan-kawan Uni. Lagilah orang nak belanja kan. Saya on je. Rezeki jangan di tolak. 

Tinseltown ni berkonsepkan moden dan menyediakan menu American Diner. Tok sah tanya ada nasi ke idak yer. Nak makan nasi kena p makan kat Malaysia Hall. Boleh pilih. Macam-macam ada. Sedap no dua. ;P

Kedai ni beroperasi dari tengahari sampailah awal pagi. Tok sah gi lah masa malam. Mesti ramai punya orang. Dah la jalan nak ke sana sunyi dan jauh dari laluan orang ramai. Lebih selamat pergi untuk makan tengahari.

Bila pergi awal, kebarangkalian untuk mendengar muzik kuat dan pengunjung ramai memang tipis. Jadi, kitorang boleh makan dengan aman terlebih pulak damainya. Siap boleh lepak lama-lama takde sapa nak suruh balik. ;)



Orait. Model kita dah beraksi. Tanpa disuruh dan dipaksa. Tahu saja bila kamera diacu. kekeke. Memang bestlah jalan ngan awak Ezzah. Sempoi.



Buku menu dia best. Macam-macam ada. Tinseltown ni femes dengan milkshakes. Lebih dari 50 jenis milkshakes yang dijual. Segala macam coklat yang dijual dijadikan bahan dalam setiap milkshakes.



Kami sampai untuk makan tengahari. Masih kosong lagi kebanyakan meja tetapi dah diletakkan tanda 'reserved'. 



Saya order Kinder Bueno Milkshake. Sedaapp..! 

Duk pk apa la bahan selain susu, ais krim dan ais. 

Dah berangan nak buat sendiri nanti. 



Piri-Piri Lamb Chops

Piri-Piri Chicken Wings

Resepi mereka untuk dapatkan daging yang sedap dengan memerap selama 12 hari. Lama bin berkurun. Patutlah moist je rasa bila makan. 

Nampak gaya kalau nak kasi sedap daging atau ayam bila di masak. Marilah kita pakat perap sampai 12 hari ye.

Jangan tulang ayam tu reput sudah.



Ezzah duk renung makanan. Dalam hati berkata, 'berapa lama lah boleh habiskan makanan ni.' (dialog hanyalah ciptaan semata-mata. ngee.)

Hidangan setiap makanan memang besar. Biasalah, depa kan tak makan nasi. Serupa macam ratah lauk aje. Tu yang kena sediakan hidangan besar. Berbaloilah dengan harga yang ditawarkan.



Hampir dua jam kami habiskan masa untuk makan sambil sembang. Senak perut rasa nak habiskan. Memang terasa sampai tekak. Pergghh. Nasib datang dengan berjalan. Se'eh perut bila jalan. Sampai malam pun terasa kenyang. Tak payah lah nak masak lagi. Kena pulak Kak ct sekeluarga pun takde kat rumah. Keluar ziarah kawan. 

Lolipop tu habuan bagi kat Fatih. Sengih bila saya tunjuk gula-gula. Suka sangat.



Kalau ada sesiapa yang nak ke sini. Boleh lah masuk ke laman web dan cari cawangan yang berdekatan. Oh ya, jangan risau. Walaupun konsep dia American Diner dan menyediakan muzik seperti kelab malam. Yang pasti, status kedai ini adalah HALAL. Usah diragui. Percayalah. eceehh.



Terima kaseh Ezzah untuk belanja makan tengahari sempena meraikan perpisahan saya. Sob. Sob. Sekejap je rasa tiga tahun. Ezzah kata, lepas ni seganlah nak datang rumah Kak Ct. Takut nanti pengganti saya tak leh ngam dengan dia. Saya kata, 'Tak kenal mana nak tau. Datang ja dulu.'

Teringat malam terakhir kami sembang sambil dia buatkan dandan dan sanggul. Suka dia main dengan rambut saya. Almaklumlah ada adik perempuan rambut pendek ye. kekeke.

Tak lama dah. Pertengahan tahun depan Ezzah pun nak balik dah Malaysia. Bakal cikgu matrik ni. Sekarang tengah praktikal kat St Mary. Moga ukhwah ini berpanjangan. 

Seronok dia. Awal-awal dah bagitau, 'Nanti Kak ema buatkan kek masa saya kawen eh.' Siap request nak kek pelangi. :)


5 comments:

Marsha~ said...

perggghhh.. besarnye portion.. buleh habis ke tu?? huhuhu

eLLy said...

Kinder Bueno Milkshake .. emmmm mesti melatooppp kan

shafida said...

agak2 berapalaa rege 1 pinggan makanan tu kat malaysia kan?

Fazlinil Irma said...

marsha.. habis dlm masa 2 jam. tp cik ezzah tak leh. sbb perut dia kecik. dia tapau bawak balik. sambung kat rumah.

kak elly.. perghh.. terasa nak minum lg. tp kena la buat sdiri.

kak shafida.. err.. mahunya lebih 50 hengget.

nieda said...

kt oversea portion mesti besar kan..lately ni nieda suka tul mkn western food. sedapnya