Thursday, November 18, 2010

Lidah Lembu Masak Merah.

Assalamualaikum wbt.






Pertama kali saya merasa makan lidah lembu di London. Semestinya di rumah kak Ct. Ini kali kedua saya makan. Rasa. Ok. Daging dia lembut dan sedikit kenyal. Almaklumlah, lidah tak bercabang bertulang. Boleh masuk tekak. 

Korang kalau nanti dapat lidah lembu, jangan pulak buang. Ambik je. Cuba sekali masak macam Kak Ct buat. 

Saya kompem takkan masak punya. Tengok lidah pun dah gerun. Dah siap masak tak pa. Dah takde rupa lidah. Errkk. ;P

Nak masak lidah lembu ni leceh sikit. Kena rebus dulu sebab nak buang kulit luar dia yang keras. Kata Kak Ctlah. Saya tak tengok pun proses masa merebus dan membuang kulit. Takut tak lalu makan. ~alasan~

Kemudian, hiris nipis-nipis. Kalau nak lagi sedap, boleh goreng sekejap.

Resepi Lidah Lembu Masak Merah.

Bahan-bahan :

1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji cili merah -hiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar pati beetroot 
Optinal- 1 sudu besar pewarna merah
Garam 
Minyak untuk menumis
Daun bawang -hiasan

Cara-Cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing.

2. Masukkan lidah lembu yang dah dihiris nipis. Goreng sekejap. Biar garing.

3. Masukkan sos tiram, pati beetroot/pewarna merah.

4. Masak sampai sebati. Kemudian masukkan cili merah dan daun bawang.

Hidang dengan nasi panas atau lauk korban yang lain. Sup tulang! ~sambil telan liur~

Bagi sesiapa yang suka mencuba. Memang tak rugi. Sedaapp!

Ada sesiapa yang pernah masak lidah lembu cara lain. Jom kongsi.



7 comments:

masmurni said...

ooooo...tidakkkkkkkkkkkkk.

Fazlinil Irma said...

kak mas. belum cuba belum tau. ahahaa.

Lady of Leisure said...

saya pernah dengar, kalau daging masak merah gini memang asalnya pakai lidah, tapi lidah bukan senang dapat maklum la sekor lembu lidahnya satu je kan, hehe...
tapi sedap kan lidah lembu, saya pun suka sangat, texture dia ala2 daging tapi lebih lembut kan.. heee teringin nak makan lidah la pulak..

* uMieCuiE * said...

iangt lagi, ayah akak amik lidah lembu masa korban...setahun dok lam peti sejuk, bila nk amik barang lain n terlanggar lidah tu, rasa meremang seluruh badan...hehe~ last2 sekali kene tanam juga lidah tu sbb tak de sape yang sanggup nk masak :D

Ummu~Ishak said...

mak abg ipar saya wat sup kepala lembu

~EcahAbu~ said...

Saya penah makan lidah masak merah masa raya tahun bila tah. Mak salimah yg masak. Memang sedap~.. mula2 tak sanggup nak makan. Tapi bila dah rasa.. Habis semangkuk kena bedal, hehe...

eLLy said...

emmm no thanks ,

tapi klu tak tau itu LIDAH mungkin akak telan jugak ;)