Thursday, November 11, 2010

Sebelum Sampai Sekolah, Kita Main Sepak Daun Dulu.

Assalamualaikum wbt...

Setiap hari, rutin menghantar Fatih ke sekolah adalah dengan menaiki bas. Pukul 11.45 pagi dah kena keluar dari rumah. Paling lambat pun 11.55 pagi. Tu pun kena berkejar sebab nak naik bas pukul 12.05 tengahari. Kalau lambat sampai, alamatnya kena masuk ikut pintu depan pejabat.

Kat sini semuanya ikut masa. Kalau lambat sikit alamatnya terlepas bas dan gate nursery akan ditutup. 

Sekarang kan dah masuk musim luruh. Makin lama, semakin banyak daun yang kekuningan dan gugur bila ditiup angin. 

Kalau tak hujan, memang best nak main baling-baling daun. Realitinya sekarang setiap hari mesti hujan. Takde lah lebat sangat. Sini hujannya jenis gerimis atau renyai sahaja. Kalau lebat pun macam paip air hujan kat bilik mandi je. Yang dasyatnya ialah angin. Memang kuatlah. Sampaikan kalau pakai payung pun boleh terlepas atau payung tu sendiri akan bengkok ke atas. 

Sekarang pun suhu dah semakin jatuh. Bawah 10 darjah celcius. Kalau keluar rumah sekejap pun, contohnya buang sampah. Dah bolehlah nak cuba hembus nafas ikut mulut. Gerenti keluar asap berkepul-kepul. 

Ini gambar-gambar masa nak hantar Fatih ke nursery. Masa tu kami keluar awal sikit. Kalau keluar awal boleh jalan tenang-tenang. Boleh biarkan fatih naik bukit kecil. Dia suka jalan atas bukit tu.

Yang ini saya biarkan dia sepak daun-daun yang gugur di tepi-tepi jalan. Pastu pulak jumpa kawasan lapang yang penuh dengan daun gugur. Ini jenis daun kuning. Ada macam-macam warna. Merah. Oren. Coklat. Kuning.















Kalau ada rezeki nak juga bawak dorang pergi taman. Main baling-baling daun. Harap-harap hujung minggu ni cerah dan tak hujan. Sejuk tu memang tak leh nak elak lah. Dah memang musim dia. Yang penting daun dah makin banyak luruh. Pokok pula semakin banyak yang botak.

Kalau kat Europe dah turun salji. Agak-agak kat London ni sempat tak merasa pegang salji lagi sebelum balik? *_*


4 comments:

Ummu~Ishak said...

fatih makin ensem, haha.

rindunye nak pakai baju tebal2 sambil cakap kluar asap berkepul2. kat mesia x dpt semua tu :(

Nur Ede said...

Salam Irma...

Akak suke nyer... tengok gambo2 kat London yang slalu Irma n3.. Niat d hati suatu hari nanti akak nak juge jejak kaki ke sana...tapi x tau ler bile... hansem nyer Fatih niee...

eLLy said...

insyallah sempat ko .. Salji ter akhir.. sebelum balik Msia

fa10 said...

nikmati daun luruh sepuasnya...
lps ni kena gi kebun getah br dpt tgk 'autumn'