Monday, November 1, 2010

I Will Miss U Dear.

Assalamualaikum wbt.

Tadi jam 8.06 malam selamat sampai rumah. Buka pintu di sambut oleh keempat-empat anak Kak Ct. Sama-sama melepaskan rindu yang bertamu di hati. Fatih turun tangga terus datang dekat. Saya tanya, 'Fatih miss Kak Irma ke? Angguk kepala. Saya tanya lagi, 'Banyak ke sikit?'. 'Banyak'.

Alahai. Saya pun rindu dengan dia. Rindu juga dengan anak-anak yang saya temui sepanjang sepuluh hari ini.

Nadhirah, Najmy, Zatul, Nina, Husna, Najwa, Khalil dan Solehah.

Setiap kali perpisahan terjadi. Pasti keluar dari bibir mereka. I will miss U.

Masyaallah. Besarnya nikmat ukhwah dan kasih sayang walaupun sebentar dengan anak-anak kecil ini.

Teringat malam terakhir di Leicester dengan Husna dan Najwa di bilik. Sebelum tidur kami bersembang panjang. Sambil membelek-belek barang yang saya beli di bandar.

Najwa tanya, 'Kak Irma nak jadi apa besar nanti.? Dalam hati,'aiiikk.. tak cukup besar lagikah saya sekarang?' kehkehkeehhh.

Saya kata, 'Sekarang Kak Irma jadi nanny. Jaga budak-budak dekat London.'

Husna pulak menyampuk.' Nanti kalau dah balik Malaysia, Kak Irma nak kerja apa?'

'Akak nak buka nursery.'

Najwa dan Najihah menjawab serentak, 'Oh... bestnya.'

Budak-budak pun tahu seronok. Bila tahu saya nak balik dah petang Ahad. Masing-masing rasa tak seronok. Sedih ja muka. Tak puas bersembang lagi gamaknya. 

Tak palah sayang, nanti ada rezeki kita jumpa di Malaysia. Datang rumah, kita buat sleepover. ;)












Esok dah masuk November. Hari ni masa ditolak sejam ke belakang. Makanya, sekarang beza Malaysia dengan UK adalah 8 jam.


5 comments:

Lady of Leisure said...

cantrrik sangat pic tuu.. huwaaa geram..

Ummu~Ishak said...

tgk.entri.tanpa.titik.dah.tau.dah.balik.london

haha :p~

sweetsal said...

pokok dh berkale-kale, cantiknya...

Nadiah Sidek said...

kitorang kat sini 7hb baru tukar waktu :)

Najwa Safiyyah Zaharuddin said...

salam kak Irma, Ni najwa,
hehe...ingat lagi yang kita orang semua chat bila malam..Hehe...

kakak sihat?

najwa sihat alhamdulillah..Macam mana di london? panas ke sejuk? Kat sini panas dan sejuk..hehe :)

wasalam.