Monday, November 8, 2010

Kudaku Lari Gagah Berani.


Dah tiga tahun saya di London, belum pernah sekali pun saya teringin nak pergi tengok pertukaran pengawal di Buckingham Palace. Selalu saya akan terserempak dengan mereka bila saya jalan-jalan di taman. Biasanya di Hyde Park dan St James's Park. Dua laluan ni memang akan membawa mereka ke Buckingham Palace. 

Bila tengok gambar orang yang pergi. Mak aihh. Ramainya orang. Kensel terus nak pergi. Malas nak berhimpit-himpit dengan manusia. Lebih-lebih lagi musim sejuk sekarang. 

Yang saya kagum tengok kuda depa tu. Hitam berkilat betul. Macam kena warna je. ;P

Masa ni saya tengah jalan-jalan kat Hyde Park. Sementara tunggu Ezzah, nampak la kuda ni lalu. Ezzah kata, bagus kuda-kuda ni. Bila kena berhenti, dorang berhenti. Kalau jalan. Alahai, lemah gemalai sungguh. 

Entah berapa ribu lah harga seekor kuda ni ye. Mesti datang dari baka yang bagus. Kalau tak, mana mungkin boleh jadi kuda istana. Ye dak..?




Satu lagi gambaq autumn di Hyde Park. 

Tak dan sungguh cek nak duk mengarang ayat panjang-panjang.





Sebab... Duk layan sembang dengan tetamu cantik ( jangan perasan banyak-banyak. sikit je tau Ezzah ) ni, cik adik Ezzah.




8 comments:

Kyuubi said...

wah cantik la autumn. huhu. best!

eLLy said...

cantik sungguh pemandangan, tambahan pulak di ambik guna camera baru ;)

@ju said...

sangat cantik gambar autumn kat Hyde Park tu...boleh copy paste tak?

Aku said...

tahun depan i nak pi london ni follow kelana konvoy.time bulan 9...agak2 hyde park dah menguning mcm pic yg u amek ni tak???

Fazlinil Irma said...

kyuubi.

yup. memang best. kalau ada rezeki awk pun boleh dtg. sy doakan.

kak elly..

ehehh.. terima kasih kpd kamera baru yg sudi berbakti.

@ju..

silakan..

aku..

rasanya bulan 9 baru awal autumn. pokok belum kuning sepenuhnya.

sweetsal said...

cantiknya pokok berkale-kale, irma pakai kamera jenis apa, pic nampak terang dan cantik sgt..

Anonymous said...

la....ezzah..betul la muka macam syakirah la ma..

Fathiyah

shafida said...

cantik cik adik Ezzah nie...
kecur plk air liur dgr kek velvet merah tue