Saturday, November 20, 2010

Ulangtahun Pertama - Mak Di London.

Assalamualaikum wbt.


17.11.2009 adalah tarikh mak sampai London untuk mentengok anak dara dia sorang ni macamana. Tup.. Tup.. ayat pertama yang keluar ialah ' apasal makin comel (baca:gemuk) je mak tengok?'. Sentap ok dalam hati. Saya sengih je pastu bila peluk mak nangis. Dua tahun tak jumpa merupakan tempoh masa yang paling lama buat saya dan mak.

Berdebar tu tak payah cakaplah kan. Memang doa banyak-banyak minta Allah permudahkan urusan mak masuk. Dah jadi kenangan pun. ;)

Sekarang tahun 2010, mak berada di Mekah mengerjakan haji. Alhamdulillah, tadi dapat cakap buat kali kedua dengan mak. Mak buat Haji Ifrad rupanya.

Saya tanya, 'Mak tak jumpa ke Dr Sheikh Muszaphar?'

Mak jawab, 'Ada jugak mak jenguk kot tingkap. Tapi takde nak jumpanya. Mesti dia duk dengan VIP.'

Sengih je saya dengar. Ramai la. Tu belum yang serupa bin seiras kot. ;P

Hari ni mak rehat je. Dah siap bagitahu mak nak pergi shopping. Nanti kat Madinah mak nak beli jubah. 'Ma nak jubah?'. Aisey... den angguk je. Sedangkan mak mana nampak. Apa daa.

Memandangkan jurugambar mak tak ikut pergi Haji. Jadi saya sambunglah tayang gambar Mak Di London. Jadilah kan. Nak perabih cerita ja. ;P







































Selesai. Percutian mak bersama Opah Kenit dan Makcik Belakang (sebab rumah dia belakang rumah kami) selesai. Alhamdulillah. Rasa tak puas berjalan dalam musim sejuk. Mereka tak tahan. Asal pukul 5 petang je dah ajak saya balik. 

Tadi sajalah saya bagitahu mak. ' AirAsia tengah buat promosi ke Paris dengan London tahun depan mak.' 

'Betullah, hari tu ada masuk surat khabar kata nak bukak laluan ke Paris. Bla.. Blaa... Blaaa... ------> Last sekali ayat mak, 'Suruh akak tengok.'

Yes. Ada chance tahun depan nak pi Disneyland. Cek jadi pemandu pelancong ja. ;)






7 comments:

nieda said...

bila duduk di perantauan ni, kalau ada waris terdekat nak datang mesti teruja. saya dapat rasakan mcmane seronoknya kalau parents dtg. at least terubat rasa rindu

kzai said...

salam fazlini...cubalah buat kek karamel tu..sng je..mesti jd...pelan2 buat ye...

eLLy said...

untung gak jadi tour guide nie kan ;)

Adeeya said...

waa seronoknye travelling :D

sweetsal said...

kenangan no bila mak datang ke London, mesti best punya..teringin jugak akak nak jenguk anak akak kt Jepun..rindu dkt dia..huhu

Marsha~ said...

bestnye.. teringin nak ke london lagi tapi tadak bajet.. hahahaha

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bestnya dpt pergi jalan2 kat london :) kalo ada orang sponsor, memang best lah :)