Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dapat juga semalam mengerjakan puasa sunat sempena Hari Arafah. Kamu di Malaysia puasa hari ni kan? Kami di sini akan menyambut Aidil Adha sekejap lagi. Berbeza hari tetapi yang pasti pengertian korban itu kita ambil dan manfaatkan dalam kehidupan. Setiap kita mesti ada pengorbanan yang dilakukan. Besar atau kecil bukan ukuran. Kesan dari pengorbanan itu sendiri yang membezakan kita sama ada menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya atau tidak.
Andai diizinkan Allah swt, ini adalah sambutan hari raya yang terakhir di bumi permaisuri, United Kingdom. Jujurnya saya belum dapat semangat untuk meraikan Aidul Adha. Barangkali teringat pada mak di Mekah. Keluarga di Malaysia dan arwah abang yang tiada. Separuh hati sudah berada di Malaysia. Tinggal sedikit sahaja semangat yang tinggal dalam diri untuk saya gunakan sementara menunggu pengganti yang baru. Moga Allah permudahkan urusan kami.
Semenjak pagi semalam Kak Ct dah bertungkus lumus di dapur menyediakan juadah untuk Aidil Adha. Memang kebiasaannya begitu. Bila hari raya Kak Ct yang akan memasak. Saya hanya membantu apa yang patut sahaja.
Hari ni juga sempena Aidil Adha jatuh sama tarikh dengan sambutan hari lahir Fatimah yang ke 10. Selamat ulangtahun sayang. Setahun berlalu moga mendekatkan kamu dengan Allah swt. Moga membesar menjadi anak yang solehah dan rajin menolong. ;)
Memandangkan raya hari Selasa, jadi malam ni saya hidangkan anda dengan aneka gambar autumn la eh.
Ini semua gambar semasa di Hyde Park, London. Alhamdulillah. Tahun ni autumn yang datang dapat dirai dengan sebaiknya. Walaupun sejuk, tetapi keindahan daun yang berwarna keemasan menerbitkan rasa syukur kerana diberi peluang menikmatinya.
Kalau dikira, ini juga satu pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk menikmati cantiknya musim luruh di bumi permaisuri ini.
Alhamdulillah.
6 comments:
Salam, bestnye bila la nak dapat peluang ke sana...berangan dululah..hikhik
cantiknya.. entah bila saya dpt melihat keindahan musim luruh dengan mata sendiri.. Salam Aidiladha, salam kenal juga..
cantiknyeeeee pemandangan! ;)
suke baca blog akak hehe =)
selamat hari raya..cantiknya permandangan musim luruh ni..
salam singgah..subhanallah.cantiknya autumn di sana ..;)
subhanallah...
Allah is The Greatest...
semoga diberi kesempatan utk berada ditempat yang betul pada masa yang betul ...
insya Allah...
Post a Comment