Friday, November 2, 2018

PREMIUM STARTER KIT RM 713

Assalamualaikum wbt





Premium Starter Kit
Harga : RM 713 


13 Essential Oils untuk kegunaan seisi keluarga.


Antara testimoni paling best bila guna EO.

1. Membantu untuk tidur lebih lena.
2. Menurunkan suhu badan anak demam.
3. Melegakan batuk dan selsema.
4. Menghilangkan lenguh badan dan sendi.
5. Melegakan sakit kepala.
6. Melawaskan pencernaan.
7. Merawat luka dan parut.
8. Membantu mengawal stress dan emosi.
9. Meningkatkan imunisasi badan.
10. Meningkatkan tumpuan belajar.


Paling best guna EO ni kita tak rasa risau pasal kesan sampingan.


EO selamat digunakan kerana dia datang dari sumber tumbuhan semulajadi. Tak ada campuran bahan kimia atau sintetik.


Paling senang diffuse. Semua dapat manfaat.


Nak kena rajin dan istiqamah. Sapu kat tapak kaki dan anggota badan yang berkaitan sebagai persediaan dan pertahanan.


Jom kurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan seharian.


Terokai manfaat tumbuh-tumbuhan melalui Essential Oils.


Saya belum jumpa orang yang rasa rugi guna EO. Sekali guna dah rasai manfaatnya.


DISCLAIMER :


Maklumat yang terdapat di posting ini tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Maklumat ini adalah saya sebagai Young Living Independent Distributor  telah memilih untuk menguruskan kesihatan peribadi saya sendiri dan keluarga saya.


#teamylangelisya
#younglivinglembahkeramat
#younglivingpv12
#younglivingmalaysia
#PSKbyIrma

Sunday, June 7, 2015

Bilik Sewa London.

Assalamualaikum wbt.







Untuk mengetahui kekosongan bilik boleh hubungi terus email atau SMS/Whatsapp no di bawah -


a.kamar@hotmail.co.uk
fairuz_azhar@hotmail.com
OR SMS +447884317852



Terima kasih.




Friday, June 20, 2014

Testing.. testing...!

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat.

Saja try test blogging dari Note. Nak rasa syok ke dak menulis tempat baru.

Ehm... boleh la. Dari tak ada orang kata.

Mana icon nak buh gambaq.

Tak boleh ka? 😕

*

*

*

*

*

Lepas godek.. jumpa dah..haaihh. dah tua2 nak belajaq benda baru. Memang lambat. Tak macam dulu. Cepat je dapat.

Pelan- pelan kayuh.

Thursday, May 22, 2014

Resepi Sambal Nasi Lemak.

Assalamualaikum wbt.

Penangan Masterchef UK. 


Bismillahirrahmanirrahim...

Bahan-

3 bj bawang besar *
5 bj bawang putih *
1 inc halia tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis *
tumbuk / kisar bahan bertanda *
2 inc belacan
1/2 cawan air asam jawa
1 mangkuk cili kisar
1 ketul gula kabung/ gula perang
1/2 cawan gula - kurangkan jika suka sambal pedas.
Garam
1 bj bawang besar potong bulat
2 cawan minyak untuk menumis

Jika suka sambal cair, boleh tambah air 1/4 cawan ketika menumis.

Cara -

Tumis bahan bertanda * dengan halia sehingga garing. Tempoh 15-20 min bergantung pd byk mana bawang. Kalau blender bahan jgn letak air byk. Cukup sekadar boleh jlnkan blender. ada food processor lg best. Tu kira lesung batu moden la kan. Preettt 3 kali. Siap!

Masukkan belacan sambil menumis. Saya suka masuk lambat sikit. Tunggu bahan tumis tu dah separuh garing. Nak cepat garing, belacan tu hancurkan sikit. Jangan masukkan seketul.

Masukkan cili kisar. Kacau sampai sebati. Masa ni sy masukkan air yg sy kocak dlm blender cili. Bagi bersih blender dari sisa2 cili. 1/2 cawan ja.

Bila dah masukkan cili, masa ni nak kena rajin kacau. Satu nak elakkan hangit kat bawah periuk. Dua, nak kurangkan percik. Proses ni ambik masa lama. Lagi banyak cili lagi lama. Lebih 1 jam. Api sederhana. Nak elak percik, tutup periuk. Sendal dengan senduk kayu. Sambil2 tu kacau jugak.

Masa menumis, kalau tengok minyak tak keluar. Boleh tambah minyak. Masak sambal, minyak memang kena guna banyak. Baru cili elok garing.

Bila makin lama tumis, nampak cili dah garing. Minyak dah naik. Boleh letak air asam. Sambung kacau lagi. Tunggu 1/2 jam lagi. 

Dah elok cili garing. Boleh masukkan gula kabung/ gula melaka dan gula putih. Kacau biar serata. 

Masukkan garam. Rasa. Masukkan bawang potong bulat. 

Tunggu dalam 1/2 jam lg. Biar api sederhana. 

Dah puas hati dengan warna sambal ( merah gelap) boleh tutup api. 

Tip tambahan - 

1- untuk kurangkan pedas. gunakan cili kering yg kerinting dan berkilat. Campur dengan cili kering yg gemuk tak berkedut. Cili gemuk tak berkedut tu bg warna sambal cantik.

Rebus cili sampai kembang. Buang air rebusan. Basuh cili bagi bersih. Masa blend masukkan minyak 2 sudu nak hancurkan biji. 

2- boleh juga guna tomato blend untuk kurangkan pedas. Blend hancur. Masukkan bila cili dah garing. Ni utk kes cili pedas sangat.

3- untuk kurangkan pedas. Boleh masak sambal sehari awal. 

4- sambal ni boleh juga guna sebagai perencah nasi goreng atau mee. Masak lebih. Simpan beku.

5- masak sambal memerlukan minyak yg banyak utk menumis. Jika minyak kurang, cili tak garing betul. Jgn risau. Minyak yg bergenang. Ambil dan simpan. Boleh juga diguna utk menumis mee/nasi goreng.

6- jika ada minyak ayam yg diguna utk menggoreng. Boleh juga guna utk menumis. Campur dgn minyak baru. Optional. Xde pun xpa. Guna minyak baru. 

7- penggunaan gula melaka/ gula kabung adalah utk menggelakkan sakit perut bila makan sambal terlalu banyak. Ini petua dr mak sy.

8- untuk bawang putih dan halia, sy prefer tumbuk lesung dari blend sekali dgn bawang besar. Jika ada food processor lebih baik. proses menumis takkan ambil masa yg lama. 
Masa tumis sy akn masukkan bawang putih dan halia dulu. Dah nampak garing sikit (2min) baru masukkan bawang merah dan ikan bilis. 

Tak rajin... blend semua pun xpa. Make sure bawang garing baru masukkan cili. 

Jangan lupa selawat dan zikir sepanjang masak. Insyaallah. dengan izin Allah sedap sambal tu. :)

Monday, April 7, 2014

Hi..!

Assalamualaikum wbt...











Beaumanor Hall,

Leicestershire.